BeritaRasuah jadi ikutan generasi muda jika tidak dibendung

Rasuah jadi ikutan generasi muda jika tidak dibendung

SHAH ALAM – Jenayah rasuah menjadi satu budaya normalisasi untuk generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang sekiranya tidak segera dibendung.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment to Accelerate (AWETA), Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, amalan rasuah dikhuatiri menjadi ikutan anak muda sekiranya dinormakan.

Menurut beliau, gejala rasuah kini semakin menjadi-jadi seperti dilaporkan di media massa berpunca daripada sikap mementingkan diri yang terlalu tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Mereka tidak berfikir, kalau diambil duit atau ganjaran ini, apa yang akan terjadi kepada syarikat atau agensi. Janji dia senang dan selesa, kalau jadi apa-apa itu cerita kemudian,” katanya kepada kru Rasuah Busters.Sharifah Mazlina berkata, sifat rakus, tidak berintegriti, kurang disiplin dan tiada etika juga menjadi punca untuk mereka terus melakukan jenayah rasuah.

Jelas beliau, apabila mereka mempunyai sifat tersebut, ia akan menyebabkan ketirisan sehingga membuka ruang untuk memberi dan menerima rasuah.

“Mereka sudah gelap mata sebab sudah disogokkan dengan segala habuan.

“Bagi penjawat awam atau pemimpin, angkatlah sumpah 100 kali pun, demi harta dia akan tetap membuat jenayah itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, sekiranya masih terus berurusan dengan amalan rasuah di mana-mana institusi, negara akan terus mundur ke belakang pada masa akan datang.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy