BeritaRasuah merosakkan sistem kehidupan, peradaban

Rasuah merosakkan sistem kehidupan, peradaban

SHAH ALAM – Jenayah rasuah melanggar ajaran agama dan merosakkan sistem kehidupan serta peradaban manusia.

Naib Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Mohd Ariffin Abd Rahman berkata, rasuah kini bukan hanya berlaku dalam kalangan pemimpin malah turut membabitkan pihak berkuasa tempatan kerana banyak kes sudah dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, rasuah mengakibatkan penindasan terhadap golongan miskin, daif dan tidak berpengaruh serta hilang kesaksamaan.

“Tahap kesedaran masyarakat terhadap jenayah rasuah masih membimbangkan.

“Elemen utama yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia ialah berpegang pada agama dan kepercayaan yang kukuh bahawa rasuah merupakan satu jenayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ariffin berkata, ramai yang melakukan jenayah rasuah hanya untuk mencapai sesuatu matlamat dengan cara yang salah.

“Untuk mengelak daripada terjebak rasuah adalah dengan menerapkan nilai-nilai tanggungjawab dan telus ketika melakukan perkara yang diamanahkan serta berusaha mendapatkan sesuatu dengan cara yang betul.

“Jangan sesekali terperangkap dalam jenayah rasuah dan melanggar undang-undang negara. Jika ditangkap pasti akan menerima balasan setimpal,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Ariffin berkata, antara langkah yang perlu segera dilakukan mengekang gejala rasuah ialah pendedahan pendidikan agama dan moral di semua peringkat pendidikan rendah, menengah serta universiti.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy