BeritaRasuah perlu lebih dipandang serius

Rasuah perlu lebih dipandang serius

SHAH ALAM – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan bahawa gejala rasuah seharusnya lebih dipandang serius berbanding isu kenaikan harga barangan yang sedang dihadapi negara kini.

Yang Dipertua Ikram Perak, Dr Hasbullah Ashaari berkata, ini kerana gejala rasuah merupakan antara punca kenaikan harga barangan yang seterusnya membebankan rakyat.

“Banyak usaha yang perlu dilakukan. Rasuah membawa kesan kepada negara iaitu kehilangan berbilion ringgit disebabkan oleh amalan korupsi yang hanya akan merosakkan negara.

“Kerajaan kena lihat masalah rasuah dengan lebih serius daripada isu kenaikan barang. Apabila kita benarkan rasuah, ia akan menyebabkan isu lain berlaku. Jadi, untuk menghalang perkara buruk lain dari berlaku, rasuah paling utama perlu dicegah,” tegasnya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, bagi menangani gejala tersebut, kehendak dan dorongan politik yang kuat perlu dimainkan oleh semua kalangan ahli politik.

Beliau turut berpendapat, sebuah badan eksekutif yang bebas perlu diwujudkan bagi memastikan semua kes yang melibatkan rasuah dapat dikaji dengan lebih telus.

“Kita kena lakukan ini agar mana-mana keputusan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tidak berlaku akhirnya, yang bersalah tidak akan dikenakan tindakan. Ia sama sekali salah,” katanya.

Tambah beliau, pihak penguat kuasa juga perlu memainkan peranan penting dengan tidak menerima sebarang suapan daripada mana-mana pihak untuk melepaskan diri daripada didakwa.

“Kita sudah ada banyak akta berkenaan dengan rasuah ini, inisiatif juga sudah banyak. Cumanya kesungguhan kita untuk pastikan negara bebas rasuah itu masih kurang. Pihak penguat kuasa perlu lebih tegas dengan perkara ini.

“Jangan sesekali terima suapan untuk selamatkan mana-mana pihak. Meskipun nilai yang ditawarkan tinggi, tetapi kita perlu ada jati diri yang tinggi,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy