BeritaRasuah sebab nak cepat kaya

Rasuah sebab nak cepat kaya

SHAH ALAM – Kemahuan untuk memiliki harta kekayaan dengan cepat dan mudah mendorong masyarakat terlibat dengan gejala rasuah.

Pengerusi Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk), Dr Ahmad Zaid Ismail berkata, kebanyakan mereka yang bersifat tamak cenderung mengambil jalan mudah untuk memperoleh harta atau pangkat dengan menerima rasuah.

“Keinginan seseorang untuk hidup mewah dengan cara yang mudah menyebabkan mereka sering leka sehingga sanggup terlibat dengan rasuah semata-mata untuk memenuhi kehendak sendiri.

“Selain itu, rasuah juga boleh berlaku dalam kalangan masyarakat yang kurang didikan agama dan moralnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Perak berkata, sistem pentadbiran kerajaan yang tidak telus juga menyebabkan terjadinya rasuah dalam negara.

Menurutnya, kelemahan dan kelompongan yang wujud dalam sistem pentadbiran itu telah memberi kesempatan kepada perasuah untuk mengaut keuntungan.

“Undang-undang yang lemah juga menyumbang kepada penularan gejala rasuah dalam negara sekali gus menimbulkan pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman negara kita untuk menangani isu ini,” jelasnya.

Tambahnya, gejala rasuah seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat dan seperti tiada penghujungnya.

“Ia berlaku di setiap peringkat masyarakat, baik pemimpin tertinggi negara mahupun peringkat bawahan, semuanya tidak terkecuali.

“Buktinya, setiap hari, ada sahaja kes-kes baharu rasuah yang akan dipaparkan di surat khabar mahupun media massa,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy