BeritaRasuah tidak berleluasa jika berpegang kepada agama

Rasuah tidak berleluasa jika berpegang kepada agama

SHAH ALAM – Rasuah di negara ini tidak akan berleluasa sekiranya setiap orang berpegang teguh kepada agama masing-masing, kata aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’.

Menurutnya, sikap merelakan diri terjebak dengan rasuah sukar dihakis melainkan individu terbabit mempunyai pendirian yang teguh untuk tidak menerimanya.

“Yang ambil rasuah itu harus ingat akhirnya kita akan mati. Jadi, kalau berpegang kepada agama, rasuah ini tidak akan berleluasa,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Sabtu.

Bagi mencegah agar rasuah tidak berleluasa, beliau menyarankan agar semangat patriotisme perlu ditanam dari peringkat awal persekolahan.

“Harus ditanam semangat patriotisme di awal persekolahan. Anak-anak kita perlu dididik agar cinta atau sayang kepada negara.

“Kalau sayang kepada negara, kita tidak akan sama sekali terlibat dengan perbuatan rasuah,” tegasnya.

Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak atau individu agar dalam mereka memberi bantuan perlulah seikhlas hati dan mengelakkan diri daripada menerima balasan.

“Bantuan yang diberi adalah seikhlas dengan hati, tidak seharusnya menunggu imbuhan-imbuhan atau balasan-balasan yang tertentu,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy