BeritaRecall election boleh diadakan tetapi perlu adil kepada semua

Recall election boleh diadakan tetapi perlu adil kepada semua

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau ‘recall election’, tetapi perlu memastikan hak keadilan diberikan kepada semua.

Beliau berkata, hak tersebut bukan sahaja diberikan kepada pengundi tetapi parti dan wakil rakyat juga perlu diberikan hak yang sama.

“Jadi, perkara ini perlu diperhalusi dengan lebih terperinci. Saya setuju ambil tindakan cuma saya agak ralat sedikit.

“Bagi saya, sekiranya saya keluar parti, biarlah saya hilang jawatan. Tetapi untuk memastikan hak saya dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan, saya yang kena recall election,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Laksana Pilihan Raya Pecat, Pertahan Hak Rakyat’ yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang dikendalikan oleh Norhayati Nordin itu turut menampilkan ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann sebagai panelis jemputan.

Sebelum ini, Azalina berpendapat, recall election merupakan mekanisme yang membolehkan rakyat menarik balik mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sekiranya mereka melompat parti.

Mengulas lanjut, Noor Amin berkata, recall election juga boleh dilaksanakan, tetapi ia mestilah memudahkan dan tidak mengambil masa terlalu panjang.

“Kalau boleh kita nak minima kos dan masa. Bagi saya dalam kes apa pun kalau kita meningkatkan kuasa parti itu dengan secara automatiknya lebih mudah untuk kita membuat keputusan bahawa siapa yang lompat atau dipecat automatik hilang kelayakan.

“Tetapi ada tempoh penangguhan (grace period) untuk dia mencabar keputusan parti,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy