More

    Sebat individu terlibat penyelewengan

    SHAH ALAM – Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM) mencadangkan agar kerajaan meningkatkan hukuman yang lebih berat seperti penjara seumur hidup ataupun sebatan kepada individu terlibat rasuah.

    Presiden G3RAM, Hariz Faisal Ismail berkata, cadangan tersebut mencerminkan usaha serius kerajaan dalam membanteras rasuah secara habis-habisan di negara.

    Menurut beliau, banyak jenayah berlaku di Malaysia seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan, judi dan arak, sebahagiannya bermula dari perbuatan rasuah.

    “Jika kesalahan menipu pun dikenakan hukuman sebat, inikan pula rasuah yang lebih jahat. Justeru, kerajaan perlu pandang serius,” katanya kepada kru Rasuah Busters, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Hariz Faisal berkata, kerajaan juga wajar memperuntukan bajet tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain memberikan kebebasan pendakwaan tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

    “Sebagai contoh, peruntukan ini boleh digunakan untuk menambahkan lagi kapasiti pegawai SPRM. Ini penting bagi memastikan jenayah rasuah dapat ditangani secara lebih berkesan.

    “Kerajaan juga perlu pergiatkan pendidikan antirasuah di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti berikutan generasi muda ini merupakan tunjang utama negara,” katanya.

    Beliau turut melahirkan kebimbangan jika gejala rasuah tidak dibendung dengan segera, ia akan memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat.

    Jika kesalahan menipu pun dikenakan hukuman sebat, inikan pula rasuah yang lebih jahat. Justeru, kerajaan perlu memandang serius”

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here