BeritaSIRIM lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi

SIRIM lancar Pelan Anti Rasuah Organisasi

SHAH ALAM – Kumpulan SIRIM melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) SIRIM 2022-2026 yang akan menjadi rujukan dan panduan dalam menangani isu berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah pada Rabu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim, ​​​Datuk Dr ​Ahmad Sabirin Arshad berkata, pelan itu merupakan dokumen dasar antirasuah yang mencerminkan komitmen Kumpulan SIRIM dalam membanteras gejala rasuah dalam semua operasi perniagaan.

“Pelan tindakan pengurusan strategik antirasuah ini dibangunkan selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan antirasuah dengan bimbingan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM).

“OACP SIRIM 2022–2026 akan menjadi panduan kepada semua warga kerja Kumpulan SIRIM dalam melaksanakan usaha yang dirancang dan seterusnya menyumbang kepada tercapainya aspirasi kerajaan dalam memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI) itu turut melafazkan ikrar bebas rasuah sebagai usaha untuk mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam aktiviti perniagaan.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi SIRIM Berhad, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali dan turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, Datuk Alias Salim.

Seramai 200 warga kerja SIRIM telah hadir secara fizikal bagi melafazkan ikrar bebas rasuah dan selebihnya melafazkan ikrar tersebut secara maya pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat SIRIM.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy