BeritaSpot & Win tawar hadiah RM25,000

Spot & Win tawar hadiah RM25,000

SHAH ALAM – Pembaca setia Sinar Harian berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM25,000 sempena Konvoi #RasuahBusters ke seluruh negara yang akan bermula di Lembah Klang pada 9 Disember ini.

Ketua Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, menerusi program ‘Spot & Win’, sekumpulan pemenang bertuah akan membawa pulang wang tunai apabila berjaya dijejaki ‘pasukan pengintai’ yang berada di lokasi-lokasi disinggahi Kru Rasuah Busters sepanjang konvoi.

Menurutnya, wang tunai RM5,000 disediakan untuk lokasi pertama Konvoi #RasuahBusters iaitu Lembah Klang yang akan menemui orang ramai pada 9 hingga 12 Disember ini.

Katanya, syarat pertandingan sangat mudah kerana pembaca setia akhbar Sinar Harian di Lembah Klang hanya perlu membeli akhbar Bahasa Melayu nombor satu itu sehari sebelum Konvoi #RasuahBusters bermula iaitu pada 8 Disember 2021.

“Setelah mendapatkan akhbar Sinar Harian keluaran 8 Disember tersebut, pembaca hanya perlu menampal pelekat khas Konvoi #Rasuah Busters yang terdapat dalam naskah tersebut pada kenderaan masing-masing.

“Jika anda bertuah, ‘pasukan pengintai’ yang turut sama mengikuti jelajah antirasuah selama empat hari di Lembah Klang akan mendapatkan anda bagi memenangi hadiah wang tunai,” katanya pada Khamis.

Konvoi #RasuahBusters akan menjelajah ke seluruh negara bermula 9 Disember ini iaitu sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa yang diraikan pada tarikh sama setiap tahun.

Siri jelajah bersama sebahagian daripada lebih 400 gabungan #RasuahBusters akan bermula di zon Lembah Klang dan diikuti zon-zon di negeri lain yang seterusnya sehingga April tahun depan.

Mengulas lanjut, Nik Justin berkata, selain hadiah wang tunai, dengan pembelian akhbar Sinar Harian di ‘pop-up stall’ di setiap lokasi hentian Konvoi #RasuahBusters, pembeli akan mendapat pelitup muka atau t-shirt edisi khas Sinar Harian secara percuma.

Menurutnya, kesemua hadiah istimewa itu boleh dimiliki apabila orang ramai bersama-sama menyertai program Rasuah Busters sepanjang empat hari siri jelajah di sekitar Lembah Klang.

Katanya, bukan sahaja berjaya memenangi hadiah-hadiah istimewa, pembaca Sinar Harian juga dapat menyertai pelbagai program anjuran Rasuah Busters bersama komuniti setempat.

“Hanya membeli akhbar Sinar Harian yang berharga RM1.50, pelbagai hadiah eksklusif yang boleh dimenangi orang ramai.

“Tujuannya hanya satu iaitu menghargai dan mendekati secara terus kumpulan pembaca Sinar Harian di negara ini, sekali gus menyampaikan mesej antirasuah kepada seluruh masyarakat,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy