Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah Alor Setar sejak empat tahun lalu hasil satu serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan Alor Setar pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hasil maklumat risikan yang dijalankan.
Dalam operasi itu, polis merampas 10,340 biji pil Eramin 5 dengan berat 2,846.29 gram, selain 483 gram dadah jenis ketamin dan 364.2 gram serbuk MDMA, dadah sintetik yang sering digunakan di pusat hiburan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketedardadah #PDRM