BeritaTerpaksa ambil rasuah akibat tekanan industri

Terpaksa ambil rasuah akibat tekanan industri

SHAH ALAM – Pensyarah Universiti Xiamen Malaysia, Dr Anas Afandi Ahmad berpandangan bahawa terdapat sesetengah pekerja yang terpaksa mengambil rasuah disebabkan oleh tekanan dalam industri tertentu.

Ujar beliau, oleh kerana ia menjadi sebahagian daripada norma industri maka, pekerja ditekan oleh syarikatnya untuk melakukan perkara berkenaan.

“Ada setengah itu pula bila nak dapatkan projek, mereka perlu bayar rasuah.

“Kalau syarikat mempraktikkan rasuah secara terang-terangan, maka, akhirnya pekerja akan terpaksa ikut cara itu.

“Jadi pekerja itu terpaksa (ikut) sebab itu adalah ‘practice’ (amalan) untuk industri berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anas Afandi berkata, dorongan kehidupan sosial juga antara punca yang menyebabkan seseorang itu mengambil rasuah.

“Ada yang mempunyai kerja yang stabil, ada keluarga dan semuanya cukup.

“Kemudian, mereka cuba beli sesuatu yang melebihi kemampuan macam beli kereta mahal.

“Dan bila mereka tidak boleh (mampu) tampung, ada yang cuba ambil rasuah sebab mereka tidak mahu hilang status,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy