BeritaTindakan hapus 'kanser' rasuah perlu libatkan semua peringkat

Tindakan hapus ‘kanser’ rasuah perlu libatkan semua peringkat

SHAH ALAM – Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau berpandangan bahawa tindakan menghapuskan ‘kanser’ rasuah dalam negara perlu melibatkan semua peringkat.

Ujar beliau, sebuah badan atau agensi bebas perlu diwujudkan bagi memantau perilaku dan aktiviti pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, cadangan tersebut amat penting bagi memastikan kes-kes rasuah melibatkan SPRM atau pihak berkuasa tidak terlepas pandang serta wajar dibicarakan seperti kes lain.

“Apabila ada tuduhan-tuduhan begini dimana ia berasaskan daripada mata orang awam, sepatutnya kita ada suatu badan yang bebas untuk menyiasat dan juga datang dengan kertas putih.

“Apakah keputusan tersebut dan bagaimanakah pendakwaannya?

“Jadi, perkara ini saya percaya ramai tokoh pendidikan dan aktivis telah menyuarakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada program Kompas Rasuah Busters bertajuk SPRM: Integriti Yang Hilang yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panelis ialah Pengasas dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi, Cynthia Gabriel; Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan manakala Ismail Adnan bertindak selaku moderator.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pihak yang masih lagi menjadikan faktor bangsa dan agama sebagai senjata penting bagi menutup kes-kes rasuah.

Menurutnya, dua faktor tersebut dijadikan sebagai alat ‘distraction’ (pengalihan) daripada membincangkan topik-topik penting.

“Mereka gunakan perkara ini supaya dapat mengalihkan perhatian orang ramai dengan isu yang baru ataupun isu yang dianggap tidak penting tetapi sudah menjadi penting.

“Maka sebab itu kita dengar bila kita bercakap mengenai vaksin, tiba-tiba mereka akan bawa isu lain untuk kita mengalihkan pandangan.

“Perkara sama terjadi untuk topik pendidikan dan kesihatan,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy