[[{“value”:”
Enam lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan dituduh di Mahkamah Sesyen di Seremban pada Rabu atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 17,232 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) secara haram, hujung bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Bagaimanapun, hanya tertuduh warga tempatan, Chong Ming Fei, 28, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Hazeelia Muhammad selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Tiada pengakuan diambil daripada enam warga Myanmar, Min Min, Thar Tun, Thein Than Oo, Aung Min Tun, Kyaw Thu Ya dan Myo Thu Htet di hadapan Hakim, Hazeelia Muhammad berikutan mereka tidak memahami bahasa Melayu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #LPGHaram
“}]]