BeritaUndi 18 tingkat tanggungjawab anak muda untuk bawa perubahan

Undi 18 tingkat tanggungjawab anak muda untuk bawa perubahan

SHAH ALAM – Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun telah secara langsung meningkatkan beban tanggungjawab kepada generasi muda untuk mengubah landskap politik negara.

Pengasas bersama Undi 18, Qyira Yusri berkata, sekarang adalah waktu yang penting untuk anak muda lebih aktif dan mengambil inisiatif bagi memahami dengan lebih mendalam isu politik di Malaysia.

Beliau berkata, dengan perkembangan tersebut, anak muda perlu mula lebih berani untuk tampil ke hadapan bagi membincangkan mengenai isu yang mendasar berkaitan kepentingan negara antaranya mengenai kaum, agama, pendidikan dan termasuk masalah rasuah.

“Ketika ini kita tidak diajar untuk membincangkan mengenai perkara ini dengan rakan atau keluarga kerana ia sangat sensitif dan politikal.

“Jadi saya dengan pindaan Undi 18, anak muda harus berani untuk membuka ruang ataupun mendengar mengenai isu ini supaya kita boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi muda dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika menjadi panelis semasa program Kompas Rasuah Busters bertajuk ‘Rasuah: Duhai Anak Muda Apa Dah Jadi?’ yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Program dikendalikan oleh moderator Amin Idris itu turut menampilkan kolumnis, Nathaniel Tan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai panelis.

Qyira berkata, anak muda tidak seharusnya berputus asa bagi membawa perubahan dalam politik.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy