BeritaWarlord jadi satu budaya dalam politik

Warlord jadi satu budaya dalam politik

SHAH ALAM – Seseorang yang tidak diketengahkan ke hadapan oleh warlord atau kekuatan warlord sukar untuk mendapat tempat dalam politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, warlord telah menjadi satu budaya dalam dunia politik sejak sekian lama dan ia melibatkan parti-parti politik besar.

“Untuk menempatkan diri ini kadang-kadang ada perkara-perkara (warlord) tersebut dari segi kapasiti, kedudukan kewangan dan sebagainya.

“Kadang-kadang ini menjadi satu sandaran kepada ahli-ahli di luar sana untuk mengangkat kita,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Kompas Rasuah Busters: Rasuah Rampas Masa Hadapan Anak Muda yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Rabu.

Turut menjadi panel, artis yang juga penyampai radio, Fizie Roslan serta Pengurus Unit Demokrasi dan Tadbir Urus Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari manakala Amin Idris bertindak selaku moderator.

Mohd Imran pada masa sama turut menyatakan seseorang yang bagus juga kadangkala dicantas oleh warlord.

“Sesetengah warlord ini melihat bakat-bakat baharu muda yang berkredibiliti sebagai ancaman kepada mereka.

“Sebab apa? Dengan kedudukan itu mereka boleh mendapatkan sesuatu. Ini yang mungkin boleh menjerumus kepimpinan parti politik ke arah rasuah kerana kiblatnya kedudukan, kuasa dan wang,” jelasnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy