Berita – Rasuah Busters

Negara perlu generasi berintegriti tinggi – Dr Nor Azni
SHAH ALAM – Malaysia memerlukan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu dan kemahiran, malah mempunyai integriti tinggi.Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni), Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nor Azni Abdul Aziz berkata, generasi berintegriti dapat menjadi warganegara bertanggungjawab, beretika dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara.”Kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui pencapaian ekonomi atau pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga melalui kualiti moral rakyatnya,” katanya.Justeru, menurutnya, usaha memperkukuh nilai moral perlu menjadi agenda bersama keluarga, institusi pendidikan, masyarakat dan kerajaan demi memastikan pembangunan negara seimbang serta berteraskan nilai kemanusiaan yang luhur.”Nilai moral merupakan asas utama yang membentuk keperibadian seseorang individu, menentukan cara seseorang berfikir, membuat keputusan dan berinteraksi dengan orang lain.”Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya, nilai moral bukan sahaja penting untuk pembangunan individu, malah menjadi teras kepada keharmonian sosial, kestabilan negara dan kemajuan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya kepada Rasuah Busters.Tambah Nor Azni, integriti merupakan nilai yang paling utama yang merujuk kepada sifat jujur, amanah, bertanggungjawab dan konsisten dengan apa yang diperkatakan dan dilakukan.Ujarnya, individu mempunyai integriti akan melakukan perkara yang betul walaupun tanpa pengawasan dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain untuk kepentingan diri sendiri.”Integriti amat penting kerana pelbagai cabaran sosial yang dihadapi hari ini seperti rasuah, penyebaran maklumat palsu, penipuan dalam talian, salah guna kuasa dan kemerosotan etika profesional berpunca daripada kegagalan menghayati nilai tersebut.”Apabila integriti semakin lemah, kepercayaan masyarakat terhadap institusi, organisasi dan sesama manusia juga akan terhakis,” katanya.Menurut beliau, bagi memupuk nilai integriti, pendidikan perlu bermula sejak awal usia sama ada di rumah, sekolah mahupun dalam komuniti.Katanya, ibu bapa berperanan sebagai model teladan pertama kepada anak-anak melalui amalan harian seperti bercakap benar, menepati janji dan bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.”Di sekolah pula, pendidikan nilai tidak seharusnya terhad kepada pengajaran teori, tetapi perlu diterjemahkan melalui pengalaman pembelajaran, aktiviti kokurikulum, khidmat masyarakat serta budaya sekolah yang mengutamakan kejujuran dan akauntabiliti.”Pada masa yang sama, pemimpin dalam pelbagai sektor juga perlu menunjukkan contoh terbaik kerana masyarakat belajar bukan sahaja melalui apa yang didengar, tetapi juga melalui apa yang dilihat,” katanya.Tambahnya, sekiranya nilai integriti dijaga dan diamalkan secara konsisten, banyak manfaat dapat diperoleh.Ujar beliau, pada peringkat individu, integriti membentuk kepercayaan diri, meningkatkan kredibiliti dan membantu seseorang membuat keputusan yang lebih beretika.”Pada peringkat organisasi, integriti mewujudkan budaya kerja yang profesional, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan konflik.”Pada peringkat negara pula, integriti menyumbang kepada tadbir urus yang baik, meningkatkan keyakinan pelabur, mengukuhkan perpaduan rakyat dan mempercepatkan pembangunan negara secara mampan,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

‘Wakaf sistem urus harta penuh integriti’ – Hisyam
SHAH ALAM – Harta bukan milik mutlak manusia, sebaliknya amanah yang perlu diurus dengan penuh integriti dan rasa syukur.Ketua Pegawai Eksekutif Waqaf Felda, Hisyam Ahmad berkata, perkara itu terbukti melalui firman ALLAH SWT dalam al-Quran yang mengingatkan manusia supaya membelanjakan sebahagian daripada harta yang dikurniakan sebelum datangnya saat kematian.”Kenapa kita perlu berwakaf? Setiap harta yang dimiliki manusia sebenarnya adalah amanah daripada ALLAH SWT.”Manusia sering sibuk bekerja keras untuk mengumpul kekayaan, meningkatkan pendapatan dan mengejar keselesaan hidup. Namun, di sebalik setiap rezeki yang diperoleh, terdapat tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan iaitu membantu golongan yang memerlukan.”Jangan kita fikir harta yang kita terima memang sepenuhnya milik kita. Dalam harta itu ada bahagian yang ALLAH tetapkan untuk kita bantu orang lain,” katanya kepada Rasuah Busters selepas perbincangan kolaborasi pada Selasa.Waqaf Felda merupakan sebuah entiti korporat yang berperanan mengagihkan manfaat wakaf yang dijana menerusi pendapatan dan keuntungan daripada pelbagai aktiviti perniagaan serta pelaburan di samping memelihara dan mengembangkan dana wakaf terkumpul.Manfaat yang diagihkan pula dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira sempadan geografi, agama dan bangsa.Tambah Hisyam, antara kaedah terbaik yang terbukti keberkatannya sejak ratusan tahun lalu ialah melalui wakaf.Ujarnya, menerusi konsep wakaf, sesuatu harta yang dimiliki akan diserahkan untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dan ummah dalam tempoh yang panjang.”Wakaf bukan sekadar memberi bantuan sekali lalu, tetapi menjadi sumber pahala yang berterusan selagi manfaat itu digunakan.”Sama ada wakaf berbentuk pembinaan surau, tanah perkuburan, kelengkapan jenazah atau wakaf korporat, semuanya membawa tujuan yang sama iaitu memberi manfaat kepada manusia,” katanya.Menurut beliau, konsep wakaf korporat yang dilaksanakan oleh Waqaf Felda mempunyai nilai yang sangat besar kepada masyarakat.Katanya, harta yang diwakafkan tidak dihabiskan sebaliknya dilaburkan bagi menjana keuntungan yang kemudiannya disalurkan kembali kepada rakyat yang memerlukan.”Bayangkan seseorang mewakafkan RM1,000 dan harta itu terus dilaburkan serta dimanfaatkan sampai kiamat, insya-ALLAH pahala itu akan terus mengalir,” jelasnya.Beliau turut menegaskan amalan memberi dan membantu orang lain merupakan tanda kesyukuran sebenar kepada ALLAH SWT.Beliau berkongsi bahawa semakin ramai manusia membudayakan sifat suka memberi, semakin besar manfaat yang dapat dirasai oleh masyarakat.”ALLAH suka orang yang membantu orang lain. Bila budaya memberi ini hidup dalam masyarakat, ramai orang akan mendapat manfaat daripada harta yang kita miliki,” katanya.Turut hadir pada perjumpaan tersebut ialah Eksekutif Waqaf Felda, Mohd Nasharuddin Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin serta wakil Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) dan Sinar Harian.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Peguam saran tubuh ‘Legal Council’ lengkapi doktrin pengasingan kuasa
SHAH ALAM – Satu Majlis Perundangan atau ‘Legal Council’ disaran ditubuhkan bagi melengkapi doktrin pengasingan kuasa sedia ada iaitu Legislatif, Eksekutif dan Judisiari.Penulis buku Demi Rakyat, Khoo Kay Ping berkata, selepas pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Pendakwa Raya juga mesti diletakkan di bawah ‘Legal Council’ itu agar tugasnya dapat dilaksanakan tanpa sebarang campur tangan politik.Atas dasar itu, beliau yang juga peguam menyarankan penubuhan ‘Legal Council’ sebagai cabang kuasa keempat dalam Perlembagaan Persekutuan dan diuruskan oleh sebuah badan sembilan ahli merangkumi lima pakar perundangan.”Lima pakar tersebut adalah masing-masing wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah, serta fakulti undang-undang universiti awam dan universiti swasta.”Tiga ahli lain ialah pemegang taruh iaitu wakil-wakil dari Parti Pemerintah, Parti Pembangkang, dan Badan Kehakiman manakala ahli kesembilan ialah wakil dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam),” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kompleks Karangkraf, di sini pada Jumaat.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan Pengurus Perhubungan Strategik #RasuahBusters, Wan Normi Hasan.Kay Ping menambah, tujuan utama penubuhan badan itu adalah supaya agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini bebas daripada tekanan politik.”Jadi, kalau mereka nak dakwa sesiapa, tiada masalah dari segi tekanan politik. Ahli politik nak bermain politik, silakan tetapi jangan sentuh agensi penguatkuasaan,” ujarnya.Ketika ditanya mengenai rasional cadangan itu, Kay Ping berpandangan, doktrin pengasingan kuasa sedia ada masih belum mencukupi kerana peranan mahkamah dilihat begitu pasif.”Sebabnya adalah mahkamah cuma putuskan kes yang dibawa ke mahkamah. Jika ada kesalahan tapi tak dibawa ke mahkamah, mahkamah tak boleh buat apa-apa.”Bagi penguatkuasaan undang-undang, pihak yang memainkan peranan aktif adalah agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, tetapi kesemuanya di bawah Perdana Menteri, itu masalahnya.”Justeru, saya saran tubuh cabang keempat iaitu ‘Legal Council’ untuk melengkapkan lagi doktrin pengasingan kuasa sedia ada,” jelas beliau.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Fizikal, emosi, intelektual, spiritual bentuk kesejahteraan pekerja – Rasuah Busters
SHAH ALAM – Keseimbangan dalam kehidupan pekerjaan merangkumi aspek fizikal, emosi, intelektual dan spiritual penting bagi memastikan kesejahteraan serta produktiviti yang mampan.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, pendekatan ‘3-3-3’ wajar dijadikan amalan bagi membantu pekerja mengurus beban tugas secara lebih tersusun, fokus dan berkesan.”Pendekatan 3-3-3 ini membahagikan tugasan harian kepada tiga kategori utama iaitu kerja fokus, tugasan penting dan kerja penyelenggaraan harian.”Dengan pengurusan yang baik, kita dapat mengelakkan keletihan melampau dan memastikan prestasi kerja kekal konsisten,” katanya ketika sesi taklimat bertajuk Pekerja Masa Hadapan: Adaptasi, Kompetensi dan Integriti.Sesi tersebut berlangsung sempena majlis perasmian Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor 2026 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini pada Isnin.Tambah Nurhayati, pekerja masa hadapan perlu bersedia menghadapi perubahan dunia pekerjaan dengan memperkukuh kemahiran teknologi, kemahiran insaniah serta nilai kemanusiaan.Menurut beliau, dapatan World Economic Forum menunjukkan dunia kini semakin dikuasai teknologi namun masih terdapat jurang besar dari segi keupayaan manusia menguasai kemahiran yang diperlukan.”Sekurang-kurangnya tiga perkara penting yang perlu kita pertingkatkan ialah kemahiran teknologi, soft skills dan human skills. Ini yang akan menentukan keupayaan kita untuk terus relevan pada masa hadapan,” katanya.Beliau turut menekankan kejayaan seseorang pekerja bukanlah hasil usaha individu semata-mata sebaliknya terbina daripada sumbangan ramai pihak dalam ekosistem pekerjaan.Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan kemahiran berfikir secara kritis, penyelesaian masalah dan komunikasi sebagai elemen utama kebolehpasaran pekerja menjelang tahun 2030.”Kita berada di sini hari ini bukan kerana kita sahaja, tetapi kerana ada pekerja-pekerja lain yang menyumbang dalam pelbagai bentuk. Inilah keindahan konsep pekerja madani yang menjadi ‘bunga bangsa’ dan mencerminkan identiti negara,” jelasnya.Mengulas lanjut, Nurhayati mengingatkan rasuah tidak hanya terhad kepada bentuk fizikal seperti pemberian wang atau imbuhan tetapi turut melibatkan elemen tersembunyi seperti konflik kepentingan, kronisme dan nepotisme yang sering dinormalisasikan dalam organisasi.”Apabila perkara salah dianggap biasa, kita gagal membetulkan keadaan. Jika ini berterusan, kita bukan sahaja kehilangan nilai integriti, malah berisiko kehilangan masa depan pekerjaan,” tegasnya.Sehubungan itu, beliau menyeru setiap individu untuk menjadi ejen perubahan dengan menolak rasuah dalam apa jua bentuk serta berani menegakkan kebenaran.Sementara itu, peserta, Pegawai Khidmat Pelanggan Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Hamidah mohd taib, 53, berkata, sesi taklimat tersebut amat bermanfaat, dengan pengisian yang memberi panduan jelas kepada kita sebagai pekerja untuk meningkatkan usaha, sekali gus membentuk sikap kerja yang lebih cemerlang, berintegriti dan berkualiti.Pembantu Tadbir Kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Rabiatul Aqilah Ramlee, 26, berpendapat sesi berkenaan memberi kefahaman mendalam tentang erti tanggungjawab sebagai pekerja, yang menuntut kesedaran, integriti dan amanah dalam setiap pelaksanaan tugas.”Dalam pada itu, ia juga banyak menekankan kepentingan bekerja dengan ikhlas tanpa berkira kerana setiap cabaran akan lebih mudah dihadapi melalui kekuatan dan sokongan kerja berpasukan,” katanya.Manakala Penolong Pegawai Tadbir Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Suhana Surani, 51, berkata, perkongsian yang amat baik dengan penggunaan analogi yang dekat dengan realiti sehingga mudah difahami.Beliau berharap generasi akan datang mampu mengubah landskap rasuah negara ini dan usaha menentangnya perlu dilakukan secara tegas dan berterusan.”Kesedaran seperti ini wajar disemai sejak awal kepada anak-anak agar mereka memahami dan menghayatinya, seterusnya menjadi pemangkin yang mendorong golongan dewasa untuk lebih bertanggungjawab dan berasa malu melakukan kesalahan,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Bank EXIM Malaysia perkukuh integriti melalui ikrar, latihan bersama pengurusan tertinggi
KUALA LUMPUR – Bank EXIM Malaysia menganjurkan program integriti yang menghimpunkan lembaga pengarah, jawatankuasa shariah dan barisan kepimpinan kanan dalam usaha memperkukuh budaya integriti serta tadbir urus korporat dalam organisasi secara berterusan.Ahli Lembaga Pengarah Bank EXIM Malaysia, Jeremy Lee Eng Huat berkata, integriti mesti dijadikan asas utama dalam membina reputasi institusi kewangan pembangunan yang dipercayai.Menurut beliau, lembaga pengarah komited untuk menetapkan ‘tone from the top’ dengan memastikan budaya integriti diterapkan secara menyeluruh di setiap peringkat organisasi.”Integriti bukan sekadar nilai, tetapi satu tanggungjawab bersama yang perlu dizahirkan dalam setiap tindakan termasuk ketika berdepan cabaran dan situasi di luar pengawasan.”Budaya integriti mestilah dipupuk secara kolektif di mana setiap warga organisasi memainkan peranan penting dalam memastikan amalan tersebut terus diperkukuhkan.”Justeru, pembaharuan Ikrar Integriti yang kita laksanakan hari ini bukan sekadar satu formaliti bersifat ‘ceremony’. Ia penegasan semula terhadap komitmen bersama kita untuk menegakkan integriti dan akauntabiliti dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab masing-masing,” katanya.Beliau berkata demikian ketika program Latihan Integriti: Perkasa Tadbir Urus, Akauntabiliti dan Kepimpinan Beretika anjuran Bahagian Syariah, Penyiasatan dan Integriti Bank EXIM Malaysia di Sheraton Imperial di sini pada Rabu.Hadir sama, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Nizam Ismail; Pengerusi Bank EXIM Malaysia, Datuk Charon Mokhzani dan Pengerusi Jawatankuasa Shariah Bank EXIM Malaysia, Dr Ghazali Jaapar.Selain itu, bekas Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan; Ketua Pegawai Pematuhan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Rohayati Talha; Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan dan wakil-wakil Bank EXIM Malaysia serta SME Bank.Program dimulakan dengan pembaharuan Ikrar Integriti yang disaksikan oleh Ahmad Nizam sebagai cerminan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi bank dalam menegakkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti di setiap aspek operasi.Acara diteruskan dengan sesi latihan yang menampilkan Muhammad Mohan sebagai penceramah utama.Beliau menyampaikan ceramah bertajuk ‘Corporate Liability: A Practical Guide and Good Practices’ yang memberi penekanan kepada aspek liabiliti korporat serta amalan terbaik dalam pencegahan rasuah.Perkongsian tersebut turut menyentuh pelaksanaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang menuntut organisasi melaksanakan langkah pencegahan rasuah melalui konsep ‘adequate procedures’ berasaskan lima prinsip utama iaitu TRUST.Dalam pada itu, Jeremy turut memaklumkan bahawa Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bank EXIM Malaysia, Datuk Nurbayu Kasim Chang menerima sokongan penuh daripada lembaga pengarah dalam usaha memperkukuh dan mengintegrasikan nilai integriti sebagai budaya kerja utama bank.”Bank EXIM Malaysia percaya pendekatan menyeluruh ini bermula dengan komitmen melalui ikrar dan pengukuhan menerusi latihan akan terus meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan sekali gus memastikan organisasi kekal berdaya tahan dalam persekitaran yang semakin mencabar,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Malaysia boleh contohi Australia tingkat ketelusan sistem pendakwaan
SHAH ALAM – Malaysia berpotensi meningkatkan ketelusan dan keyakinan awam terhadap sistem keadilan jenayah dengan mencontohi amalan terbaik dari Australia, khususnya dalam aspek pengendalian kes dan peranan Pendakwa Raya.Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Melissa Akhir berkata, Australia melaksanakan beberapa penambahbaikan yang membolehkan orang awam memahami dengan lebih jelas proses pendakwaan termasuk peranan Timbalan Pendakwa Raya dan bagaimana sesuatu kes dikendalikan.Menurutnya, pendekatan itu memberi ruang kepada masyarakat untuk mengetahui sebab sesuatu kes menang atau kalah termasuk bukti yang digunakan dalam prosiding mahkamah.”Penambahbaikan seperti ini boleh membantu rakyat memahami apa yang berlaku dalam sesuatu kes, sekali gus meningkatkan kepercayaan terhadap sistem keadilan jenayah,” katanya kepada Rasuah Busters ketika ditemui selepas forum mengenai pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Wisma Majlis Peguam Malaysia, Kuala Lumpur, pada Isnin.Beliau yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya berkata, Malaysia boleh mengadaptasi amalan tersebut melalui pindaan undang-undang dan penambahbaikan dalam sistem pelaksanaan kes dengan mengambil kira kesesuaian konteks tempatan.Ujar Melissa, kerajaan sememangnya mempunyai pengalaman dalam membuat perbandingan dan berkongsi amalan terbaik dengan negara lain termasuk di peringkat antarabangsa.”Amalan positif dari negara lain boleh disesuaikan dengan konteks Malaysia. Saya percaya Malaysia dan Australia sebagai negara di rantau Asia Pasifik serta anggota Komanwel boleh bekerjasama untuk memperkukuh sistem masing-masing,” jelasnya.Beliau turut menekankan kepentingan mewujudkan garis panduan yang jelas dan konsisten dalam sistem pendakwaan, bukan sahaja dari segi perundangan bertulis tetapi sebagai amalan yang diterapkan dalam budaya kerja.”Kita perlu ada garis panduan yang jelas, sama ada di atas kertas atau dari segi amalan yang konsisten supaya rakyat dan pegawai kerajaan memahami peranan masing-masing dengan lebih baik.”Usaha memperkukuh profesionalisme dalam sistem keadilan jenayah akan membantu memastikan ketelusan, kejelasan dan kepercayaan awam terus dipertingkatkan,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Persepsi rasuah makin membimbangkan, rakyat keliru
SHAH ALAM – Persepsi masyarakat terhadap tahap rasuah di negara ini dilihat semakin membimbangkan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS), Datuk Nizam Mahshar berkata, cabaran utama ketika ini ialah kekeliruan rakyat dalam membezakan antara retorik dan realiti sebenar usaha kerajaan menangani rasuah.Menurutnya, masyarakat hari ini juga keliru antara apa diumumkan dan apa yang benar-benar berlaku.”Memang kita lihat ada tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan individu berprofil tinggi, tetapi persoalan besar adalah apa tindakan seterusnya.”Penangkapan semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disusuli dengan pendakwaan dan tindakan tegas yang jelas.”Ketiadaan perkembangan lanjut terhadap kes-kes berprofil tinggi menyebabkan rakyat terus tertanya-tanya dan hilang keyakinan.”Bila kes besar timbul, ia menjadi perhatian tetapi selepas itu senyap. Rakyat mahu tahu, adakah mereka didakwa? Apa hasil siasatan? Tanpa jawapan, persepsi negatif akan terus terbentuk,” kataya kepada Rasuah Busters pada Rabu.Nizam turut menyifatkan isu tersebut sebagai cabaran besar bukan sahaja kepada kerajaan tetapi masyarakat sivil, akademia dan sektor perniagaan.Tambahnya, persepsi tentang rasuah semakin buruk boleh memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur terhadap negara.”Pelabur akan ragu jika mereka melihat tadbir urus tidak jelas. Ia memberi gambaran bahawa Malaysia bukan persekitaran ekonomi yang selamat dan telus,” jelas beliau.Lebih membimbangkan, kata beliau, apabila persepsi berkenaan mula menormalisasikan amalan tidak berintegriti dalam kalangan rakyat termasuk dalam urusan perniagaan dan perkhidmatan.Beliau juga menegaskan usaha memerangi rasuah perlu bermula dari peringkat tertinggi kepimpinan dan diterjemahkan secara menyeluruh hingga ke peringkat pelaksana.”Bila rakyat mula percaya bahawa untuk berurusan dengan kerajaan atau mendapatkan projek, mereka perlu ‘potong jalan’ atau memberi imbuhan, itu satu isyarat yang sangat berbahaya kepada masa depan negara.”Perubahan mesti datang dari atas. Kepimpinan perlu menunjukkan contoh integriti yang jelas.”Bila itu berlaku, barulah rakyat khususnya generasi muda akan melihat integriti sebagai satu pilihan yang wajib, bukan pilihan sampingan,” katanya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan harapan rakyat terhadap agenda reformasi institusi masih tinggi khususnya dalam aspek ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.”Rakyat menaruh harapan besar bahawa isu rasuah akan ditangani secara serius.”Kita tidak boleh menerima rasuah sebagai norma. Ia mesti ditolak sepenuhnya demi masa depan negara,” tegasnya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Proses pelantikan Pendakwa Raya tidak boleh dikuasai satu pihak – Organisasi sivil
SHAH ALAM – Proses pelantikan Pendakwa Raya tidak boleh dikuasai oleh hanya satu pihak melalui kuasa budi bicara sebaliknya perlu melibatkan pelbagai lapisan.Menerusi kenyataan bersama, ia penting bagi mewujudkan mekanisme semakan, kawalan serta kebertanggungjawaban yang lebih telus dan terbuka.Menurutnya, syor yang dicadangkan adalah untuk melibatkan Parlimen sebagai institusi yang mempunyai keabsahan demokratik bagi menyemak dan menapis calon-calon daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), sebelum diperkenan pelantikannya kepada Yang Dipertua Agong (YDPA).”Kami, organisasi masyarakat sivil yang menandatangani kenyataan ini, menyambut baik pengenalan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 (“RUU”) sebagai satu langkah penting ke arah reformasi institusi yang telah lama dinantikan di Malaysia.”Namun, analisis terhadap kandungan RUU menunjukkan wujud beberapa kelompongan dan kelemahan asas yang memerlukan penambahbaikan substantif.”Terdapat empat aspek yang menimbulkan kebimbangan berkaitan pemisahan fungsi Peguam Negara dan pewujudan Pendakwa Raya yang perlu ditambah baik antaranya pelantikan Pendakwa Raya,” katanya pada Khamis.Kenyataan itu ditandatangani oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center), Projek SAMA dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).Selain itu, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Rasuah Busters dan Maha Balakrishnan.Tambah kenyataan itu, aspek lain yang perlu ditambah baik adalah penamatan Pendakwa Raya.”Secara praktikal dan realistik, sebarang tatacara pelantikan atau penamatan harus telus, diterbit, disemak dan diluluskan oleh Parlimen.”Tempoh seorang Pendakwa Raya perlu ditetapkan selama tujuh tahun dan umur bersara wajib pada 66 tahun (sambungan enam bulan), tanpa pilihan untuk memperbaharui tempoh tersebut.”Selain itu, mekanisme kebertanggungjawaban Pendakwa Raya. Pendakwa Raya perlu diberikan kebebasan yang berimbang agar jawatan ini dapat bertindak secara bebas tanpa campur tangan atau arahan,” ujarnya.Kenyataan itu turut menegaskan reformasi ini memerlukan kesepaduan antara pindaan RUU, penggubalan Akta Pemberi Kuasa dan pengawalan kuasa budi bicara perlembagaan.”Peluasan frasa ‘menurut budi bicara’ tanpa kawalan berupaya menimbulkan risiko yang menjejaskan kebertanggungjawaban,” jelasnya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

EXIM Bank perkukuh integriti kakitangan barisan hadapan
SHAH ALAM – Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) terus mempergiat usaha memperkukuh budaya integriti dalam kalangan kakitangan barisan hadapan menerusi pelaksanaan program tahunan di bawah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).Ketua Jabatan Pematuhan EXIM Bank, Mohammad Nizam Abdul Samad berkata, inisiatif itu melibatkan 100 kakitangan daripada pelbagai jabatan dengan fokus utama diberikan kepada petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan pelanggan serta jabatan sokongan yang dikenal pasti berisiko.Menurutnya, pendekatan berasaskan risiko digunakan bagi memastikan usaha pemerkasaan integriti dapat dilaksanakan secara lebih tersasar dan berimpak tinggi.”Fokus kami adalah kepada jabatan dan kakitangan yang berdepan risiko lebih tinggi dalam tugasan harian, khususnya yang melibatkan interaksi dengan pelanggan.”Setakat ini, tiada kes rasuah dilaporkan dalam kalangan warga kerja EXIM Bank, namun langkah pencegahan terus diperkukuh secara berterusan melalui pelbagai program kesedaran dan pematuhan,” katanya kepada Rasuah Busters pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program forum bertajuk Integriti Dalam Tindakan: Cabaran dan Realiti Menangani Rasuah Hari Ini.Forum tersebut disertai tiga panel iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Samsul Salip; mantan Presiden Transparency International (TI) Malaysia, Dr Mohamad Mohan dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.Tambah Mohammad Nizam, antara inisiatif lain yang dilaksanakan organisasi itu termasuk sesi ‘Brown Bag Session’ yang diadakan secara berkala, melibatkan pertemuan bersama kakitangan mengikut jabatan dalam kumpulan kecil.Ujarnya, pendekatan tersebut membolehkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan, selain memberi ruang kepada kakitangan menyuarakan pandangan dan membolehkan pihak pengurusan menangani isu dengan lebih awal.”Melalui sesi ini, kita dapat memahami cabaran sebenar di peringkat jabatan dan melaksanakan penambahbaikan mengikut keperluan masing-masing,” jelasnya.Selain itu, program seperti Compliance Carnival dan Ikrar Integriti turut dianjurkan bagi meningkatkan tahap kesedaran serta penghayatan nilai integriti dalam kalangan warga kerja.Dalam pada itu, beliau berharap segala inisiatif yang dilaksanakan tidak sekadar bersifat program semata-mata, sebaliknya mampu diterjemahkan dalam bentuk perubahan sikap dan budaya kerja harian.”Kita mahu melihat lebih banyak keberanian dalam kalangan kakitangan untuk melaporkan sebarang salah laku atau cubaan rasuah kepada pihak pematuhan sekali gus memastikan integriti terus menjadi teras dalam setiap operasi,” katanya.Sementara itu, Nurhayati berkongsi bahawa cabaran dalam membina budaya integriti dalam masyarakat disifatkan sebagai dinamik dan memerlukan perubahan menyeluruh, bukan sekadar bergantung kepada dasar serta prosedur semata-mata.Ujarnya, sejak 2021 Rasuah Busters ditubuhkan, pelbagai usaha telah digerakkan, namun realitinya masih wujud kekangan besar termasuk normalisasi rasuah dan kekeliruan dalam memahami sempadan antara hadiah, rezeki dan perbuatan salah.Menurutnya, masyarakat tidak boleh sekadar bergantung kepada polisi atau undang-undang tanpa menghidupkan ‘roh’ integriti dalam pelaksanaan harian.”Kita ada compliance, kita ada polisi, kita ada undang-undang. Tetapi semua itu hanya ‘form’. Yang penting adalah ‘substance’, iaitu bagaimana nilai dihidupkan dalam tindakan,” katanya.Beliau menjelaskan bahawa antara cabaran utama dari sudut luaran adalah isu ketelusan yang masih bersifat selektif, termasuk dalam aspek pengisytiharan maklumat yang boleh membuka ruang kepada ketirisan serta penyembunyian salah laku.Selain itu, katanya, kelemahan mekanisme pemantauan bebas turut menjadi halangan apabila organisasi cenderung melakukan penilaian sendiri tanpa semak imbang daripada badan bebas.”Apabila tiada badan bebas yang benar-benar menilai secara objektif, maka ketelusan itu akan terjejas dan ruang salah guna kuasa tetap wujud,” ujarnya.Nurhayati turut menekankan kepentingan kebebasan institusi dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuk campur tangan politik atau kepentingan tertentu.Katanya, elemen seperti nepotisme dan konflik kepentingan sering dianggap remeh, sedangkan ia merupakan bentuk rasuah tidak ketara yang memberi kesan besar kepada integriti sistem.Dalam pada itu, beliau turut menyentuh cabaran dalaman iaitu normalisasi rasuah dalam kehidupan seharian yang sering berlaku tanpa disedari.”Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup baik, sedangkan ada perkara yang lebih baik yang perlu kita capai. Musuh kepada kebaikan adalah apabila kita berhenti untuk menjadi lebih baik,” katanya.Sementara itu, Rasuah Busters turut membuka reruai bersempena forum berkenaan di bangunan EXIM Bank, Kuala Lumpur.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Penglibatan masyarakat sivil bukti keterbukaan Malaysia Madani – Rasuah Busters
SHAH ALAM – Penglibatan aktif masyarakat sivil sebagai mekanisme semak dan imbang negara dilihat sebagai bukti keterbukaan Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh integriti serta memperhebat agenda penentangan terhadap rasuah.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia–Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, penyertaan masyarakat dalam proses dialog, konsultasi dan libat urus bersama kerajaan mencerminkan kekuatan institusi negara yang semakin matang.Menurut beliau, pendekatan yang dibawa di bawah kerangka Malaysia Madani selain memenuhi aspirasi domestik turut mencerminkan komitmen antarabangsa Malaysia terhadap Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC), khususnya Artikel 13 yang menekankan penyertaan masyarakat dalam usaha pencegahan rasuah.”Penyertaan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan (NGO) dan media sebagai mekanisme semak dan imbang adalah selari dengan piawaian global. Keterbukaan ini merupakan manifestasi jelas komitmen Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus dan integriti,” katanya.Beliau turut merujuk kepada pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACS) yang mengangkat pendekatan keseluruhan negara melibatkan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil secara holistik dalam usaha reformasi institusi.Katanya, keterbukaan kerajaan terhadap pandangan berbeza bukan merupakan ancaman sebaliknya menjadi instrumen penambahbaikan dasar.”Melalui ketelusan yang tinggi, kredibiliti sesuatu undang-undang atau dasar dapat diperkukuh sekali gus mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa.”Apabila ruang sivil dibuka luas, ia membantu memulihkan defisit kepercayaan rakyat. Persepsi terhadap rasuah bukan sahaja bergantung kepada penguatkuasaan, tetapi juga kepada tahap akauntabiliti dan keterbukaan sesebuah kerajaan,” jelas beliau.Tambahnya, data antarabangsa menunjukkan negara yang mengamalkan tahap akauntabiliti dan ketelusan yang konsisten lazimnya mencatat skor lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).Dalam masa sama, ujarnya, keterbukaan merupakan lambang integriti dan memberi kesan positif kepada keyakinan pelabur serta kestabilan ekonomi negara.Beliau menegaskan bahawa agenda memerangi rasuah bukan agenda kerajaan semata-mata, sebaliknya merupakan agenda nasional yang dipikul bersama rakyat.”Ketelusan mengurangkan risiko pelaburan dan meningkatkan keyakinan pasaran. Ia bukan sahaja tentang pengamalan demokrasi tetapi berkait rapat dengan keadilan ekonomi dan daya saing global,” katanya.”Peralihan daripada sekadar pematuhan undang-undang kepada pembudayaan integriti adalah kunci reformasi sebenar. Apabila masyarakat sivil dilibatkan, undang-undang dapat diterjemahkan menjadi norma dan budaya bermoral dan bersahsiah tinggi,” ujarnya.Menurut Nurhayati, model tadbir urus kolaboratif yang melibatkan pelbagai kluster masyarakat termasuk golongan muda serta komuniti bandar dan luar bandar akan memperluas tanggungjawab membina negara ke arah yang lebih holistik.Dalam konteks pencegahan, katanya, penglibatan masyarakat sivil juga berfungsi sebagai mekanisme amaran awal bagi mengenal pasti risiko sebelum krisis berlaku.”Pendekatan ini bersifat pencegahan dan kita mahu membina sistem yang mampu menghalang rasuah daripada berlaku, bukan hanya bertindak selepas kerosakan terjadi,” katanya.Beliau optimis bahawa keterbukaan yang diamalkan ketika ini mencerminkan kematangan demokrasi Malaysia dan berpotensi meningkatkan kedudukan negara dalam CPI pada tahun-tahun akan datang.”Melawan rasuah tidak boleh dilakukan secara bersendirian. Konsep whole of nation governance inilah yang akan memastikan hasilnya dapat dikembalikan kepada rakyat secara bersama,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian