Rasuah Busters – Rasuah Busters

Siapa Kami
#RasuahBusters ◦Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini. Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. #RasuahBuster membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik dan merosakkan rakyat dan Malaysia. Kempen #RasuahBusters menekankan nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya. Inilah sebuah gerakan daripada rakyat demi rakyat.

Percepat undang-undang dana politik
SHAH ALAM – Kerajaan digesa mempercepatkan pelaksanaan undang-undang dana politik bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan projek pembangunan dan perolehan kerajaan.

Pakar perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, undang-undang tersebut sudah lama disediakan untuk diluluskan oleh Parlimen namun disebabkan beberapa halangan, ia masih tertangguh.

“Undang-undang berkaitan pembiayaan politik ini penting bagi memastikan penglibatan politik tidak dijadikan batu loncatan untuk meraih kekayaan dengan cara mudah.

“Justeru, kita berharap usaha ini dapat disegerakan dan tidak terus terbantut,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kawal selia parti politik sepatutnya bukan di bawah Pendaftar Pertubuhan tetapi di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau satu badan khusus yang diberi kuasa untuk memantau secara terperinci.

“Syarikat yang terlibat dengan perolehan kerajaan tidak boleh memberikan sumbangan kepada parti politik.

“Parti politik pula perlu memberikan laporan pendapatan, penajaan dan perbelanjaan secara telus,” katanya.

Muhammad Fathi turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu bentuk cukai khas bagi semua pemegang jawatan atas lantikan politik.

Menurutnya, jawatan itu bermula daripada Perdana Menteri sehingga mereka yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sebagai contoh, potongan cukai dua hingga lima peratus daripada gaji bulanan boleh dimasukkan dalam satu dana khas. Kemudian wang yang terkumpul daripada dana ini diagihkan kepada parti-parti politik mengikut formula yang adil.

“Saya percaya dengan cara ini ia dapat mengurangkan pergantungan parti-parti kepada badan korporat dalam mendapatkan dana politik,” katanya.

Antara cadangan lain, beliau berkata, dasar dana politik juga perlu dilakukan secara realistik.

Katanya, ia berikutan setiap parti memerlukan wang untuk perbelanjaan parti dan juga pilihan raya.

“Kalau diharapkan daripada kutipan awam, tentunya terhad. Jika mengharapkan sumbangan korporat pula, kita khuatir ia membuka jalan kepada rasuah,” katanya.

Integriti penjawat awam perlu ditingkatkan
JOHOR BAHRU – Integriti penjawat awam perlu ditingkatkan dengan memberi penekanan terhadap amalan jujur, amanah, telus mengikut bidang kuasa dan tugas agar budaya rasuah melibatkan amalan ‘kawtim’ dalam menyelesaikan sesuatu isu dapat dihindarkan.

Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tian Soon berkata, sektor awam merupakan tulang belakang yang melaksanakan dasar negara bagi menjadi penghubung kepada rakyat sama ada di bandar mahupun desa.

Katanya, cukup membimbangkan apabila amalan ‘kawtim’ atau boleh tolong akan menjadi kebiasaan sekiranya ia tidak dihindarkan dengan penekanan integriti penjawat awam.

“Sebagai wakil orang muda, sudah tentu orang muda tidak boleh menerima apa juga bentuk rasuah. Justeru saya tegaskan di sini agar kerajaan dapat tingkatkan integriti di sektor awam.

“Integriti ini penting supaya tiada individu yang menawar dan menerima rasuah atau boleh tolong dengan amalan ‘kawtim’. Jadi sebelum kita perangai rasuah, kita juga perlu perangi amalan ‘kawtim’ ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, amalan ‘kawtim’ perlu dijauhi walaupun sekadar dengan ungkapan mudah seperti ‘boleh tolong’ kerana ia dikhuatiri akan menjadi budaya dalam kalangan masyarakat.

“Pada pandangan saya, jika ditahan oleh penguatkuasa mungkin disebabkan ada melakukan kesalahan, maka akan ada ungkapan kata-kata seperti boleh ke? Sebenarnya tidak perlu kerana ia seolah-olah mengajak penguatkuasa untuk ‘kawtim’ dan boleh menjurus kepada perlakuan rasuah.

“Amalan ini juga saya dapati sudah biasa dalam masyarakat kita dan ia seharusnya dihindarkan supaya generasi muda tidak mengikutnya kerana saya yakin amalan ‘kawtim’ ini banyak negatifnya,” katanya.

Dalam pada itu, Tian Soon menjelaskan bahawa kadar integriti penjawat awam yang cukup tinggi seperti di Singapura wajar dicontohi di mana di republik itu difahamkan memberikan gaji yang cukup tinggi kepada penjawat awam mereka.

“Saya yakin Malaysia sedang menuju ke arah itu, mungkin pendapatan penjawat awam masih belum mencukupi terutamanya mereka yang mempunyai tanggungan besar atau kos hidup di bandar besar yang tinggi menyebabkan mereka terjebak dengan rasuah,” katanya.

Tian Soon turut menyeru agar integriti penjawat awam dapat ditingkatkan dengan menjadikan amalan yang baik sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.

“Pastinya pendidikan awal mengenai rasuah perlu ditanam dalam diri anak-anak muda agar apabila mereka bekerjaya kelak sama ada di sektor awam, swasta atau bekerja sendiri, mereka akan menolak rasuah,” katanya.

IBR beri impak besar tangani masalah rasuah
KUALA LUMPUR – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018, walaupun hanya secara luaran, namun kesannya amat mendalam bagi meningkatkan kesedaran membanteras rasuah dalam kalangan masyarakat dan organisasi.

Melalui IBR, ia jelas memperlihatkan sifat keterbukaan kepimpinan sesebuah organisasi sekali gus membuktikan usaha memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab eksklusif SPRM semata-mata, tetapi juga adalah amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh anggota masyarakat.

Perkara itu diakui Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang menyifatkan IBR sebagai pembuka pintu kepada agensi untuk melaksanakan program susulan berkaitan antirasuah.

“IBR merupakan salah satu program pendidikan antirasuah dilaksanakan SPRM yang mempunyai impak dan keberkesanan tersendiri. Pengurusan tertinggi agensi yang melaksanakan IBR akan diminta menjalankan program susulan yang dapat memberi mesej bahawa organisasi mereka komited dalam pencegahan rasuah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jelas Shamshun Baharin, setiap tahun SPRM akan mengukur dan menilai keberkesanan program pendidikan yang dilaksanakan itu secara kumulatif, termasuk IBR, semua aktiviti, inisiatif serta program pendidikan.

“Ini dapat dilihat berdasarkan Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh SPRM apabila tahap pengetahuan masyarakat mengenai rasuah meningkat setiap tahun iaitu pada 2018 (72.5 peratus), 2019 (74.3 peratus) dan 2020 (77.7 peratus),” katanya.

Selain itu, Shamshun Baharin berkata, tahap kesanggupan, kesediaan dan kerjasama masyarakat untuk bersama-sama SPRM juga meningkat setiap tahun sejak 2018.

“Tahap kesanggupan masyarakat pada 2018 merekodkan pada kadar 82 peratus, 2019 (82.7 peratus) dan 2020 (86.3 peratus), manakala bagi tahap kesediaan masyarakat pada 2018 (81.1 peratus), 2019 (82.1 peratus) dan 2020 (85.6 peratus),” katanya.

Bagi tahap kerjasama masyarakat bersama SPRM pula, beliau berkata pada 2018 adalah sebanyak 81 peratus diikuti 81.8 peratus pada 2019 dan 84.6 peratus pada tahun lepas (2020).

Melihat kepada statistik keberkesan IBR, Shamsun Baharin berkata, inisiatif SPRM itu akan terus dilaksanakan sehingga ke hari ini.

“Program IBR bersifat sukarela dan tiada paksaan maka, mana-mana organisasi yang berhasrat untuk melaksanakan IBR, mereka boleh melakukannya pada bila-bila masa,” katanya menambah sehingga 31 Disember lepas, pemimpin organisasi daripada 1,608 organisasi telah menandatangani IBR.

IBR diperkenalkan SPRM sejak empat tahun lepas sebagai inisiatif badan itu dalam memberi penekanan kepada ikrar dan janji dibuat kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu.

Ia adalah untuk memastikan setiap individu yang menandatangani IBR akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka serta menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah selama mereka memegang sesuatu jawatan itu. – Bernama

Gejala rasuah untuk dapat tender projek wajar ditangani
SHAH ALAM – Gejala rasuah untuk mendapatkan tender projek daripada kerajaan di negara ini wajar ditangani segera.

Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim) Kebangsaan, Datuk Abd Rasid Nopiah berkata, pengalamannya bekerja sebagai kontraktor selama dua tahun sebelum ini membolehkan beliau melihat sendiri betapa seriusnya gejala itu.

Tegasnya, rasuah berlaku secara terang-terangan terutama dalam persaingan untuk mendapatkan tender projek kerana lazimnya kontraktor yang tidak kuat melobi akhirnya akan gigit jari.

“Untuk melobi, selain ganjaran diberi dalam bentuk peratusan daripada nilai projek, ada yang beri hadiah kepada penjawat awam dalam bentuk material seperti minyak wangi berjenama, komputer riba, kamera, kereta dan sebagainya.

“Orang suruhan untuk hantar hadiah-hadiah itu adalah budak pejabat.

“Ada juga ganjaran yang diberi dalam bentuk tolong gantikan tayar, servis kenderaan dan sebagainya. Disebabkan keadaan inilah saya tidak lagi jadi kontraktor sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, Abd Rasid mengesyorkan supaya subjek antirasuah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.

“Pendekatan ini adalah untuk mendidik anak-anak agar benci rasuah yang boleh memberi 1,001 kemudaratan kepada manusia.

“Di peringkat universiti pula, kita boleh panggil tokoh-tokoh masyarakat untuk beri ceramah mengenai rasuah kerana mereka yang akan menjadi pemimpin pelapis.

“Usaha untuk melahirkan insan yang berintegriti perlu bermula di peringkat sekolah lagi,” katanya.

‘Biar sikit janji berkat’
SHAH ALAM – Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.

Menurut beliau, perbuatan mengambil duit rakyat juga seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ahli politik.

“Suasana sekarang sudah berubah, mengambil duit rakyat ini perkara biasa. Umpama buka peti ais untuk minum air.

“Budaya (rasuah) sudah jadi landasan yang bagi saya betul-betul merosakkan masa depan. Anak cucu tengok tok nenek mereka rumah, kereta besar, tak pernah kerja tapi banyak duit.

“Tapi kalau kita tak rasuah, kalau masa kerja kita betul dan duit itu halal, anak-anak juga tahu. Usaha sebaik mungkin, rezeki berkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Mak Untuk Malaysia (MUM) sempena kempen rasuah yang disiarkan dari Studio F, Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Program itu menampilkan bekas penyampai berita televisyen, Dang Suria Zainuddin sebagai moderator.

Tegas Rafidah, masyarakat turut menganggap individu yang memegang jawatan juga terlibat dengan jenayah tersebut.

“Dulu-dulu memang ada korupsi. Ramai juga ahli politik masuk jel kerana semua orang pandang dan anggap benda ini (rasuah) tidak betul, termasuklah orang yang mentadbir (negara). Maka mereka ini (perasuah) disingkirkan.

“Tapi hari ini, yang tadbir pun sama-sama buat. Jadi siapa hendak susun atur (banteras) gejala ini. Malah pandangan rakyat sendiri seolah-olah orang yang pegang jawatan itu korupsi.

“Sebenarnya ramai lagi ahli politik yang baik tetapi dicemarkan oleh orang tertentu, yang naik turun mahkamah dan sebagainya. Ibarat nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Ini yang jadi masalah kepada semua,” jelasnya.

Sukar basmi rasuah sepenuhnya

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengakui agak mustahil rasuah dapat dibasmi sepenuhnya.

“Zaman dulu ada juga rasuah tapi caranya lain. Mungkin sebab tak ada projek, tak ada rakyat dikuasai ahli politik. Dulu berlaku rasuah sebab hendak dapatkan tanah di kampung dan ia dibuat untuk kepentingan diri sendiri.

“Zaman Tun (Dr Mahathir) dulu memang tegas larang semua ahli Kabinet terima hamper.

“Saya bantah, tapi takkan saya nak bersikap kurang ajar, pulangkan semua hamper yang hanya barangan makanan.

“Kalau betul nak rasuah, ajak main golf, bertaruh RM10,000 dan kalahkan diri sendiri sebab nak bagi menteri menang. Itu rasuah sebenarnya. Tetapi semuanya terpulang kepada prinsip masing-masing,” katanya.

Rafidah berkata, beliau sangat menyokong usaha Sinar Harian memerangi gejala rasuah dengan melaksanakan kempen #RasuahBusters.

“Rasuah ini biasanya urusan di belakang tabir. Caranya juga macam-macam, guna yayasan dan banyak lagi.

“Budaya ini sudah meresap dalam masyarakat sebab itu saya sambut baik usaha ini. Memang mustahil nak ‘bersihkan’ semuanya tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membasmi rasuah agar tidak menjadi semakin parah,” kata beliau.

Tegas Rafidah, gejala rasuah tidak akan wujud andainya masyarakat terutama anak-anak menghormati setiap ajaran dan tegahan yang diajari ibu mereka sejak kecil.

Ini kerana katanya, ibu diibaratkan sebagai undang-undang dan peraturan yang perlu dihormati setiap individu.

Ujar beliau, ajaran dan didikan seorang ibu akan menjadi garis panduan dalam kehidupan setiap insan.

“Tafsiran emak itu luas, dialah peraturan dan undang-undang. Mak jugalah budaya. Kalau kita hormatinya, bila mak kata jangan, kena ikut sebab undang-undang kata jangan, peraturan kata jangan dan budaya kata jangan.

“Kita perlu hormati, patuhi. Jangan kita langgar. Kalau kita ingat semua pesan mak, insya-ALLAH, rasuah dapat dibanteras,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, beliau berkata, sejak kecil beliau sentiasa diajar tentang erti bersyukur dan keberkatan dalam hidup.

“Saya sentiasa ingat dan ikut setiap apa yang mak kata atau pesan. Hidup biar berkat, sikit tak apa janji berkat, kalau banyak lagi bersyukur.

“Kalau belajar di sekolah jangan menipu atau meniru. Kena buat betul-betul dan jujur pada diri sendiri. Kalau di sekolah bila jumpa duit lima sen, jangan ambil sebab itu mungkin duit tiket bas atau belanja makan kawan-kawan.

“Jadi kena bagi duit itu kepada cikgu dan dia akan buat pengumuman siapa yang kehilangan duit. Itu yang diajar dan berkatnya sampai ke hari ini,” katanya.

Kata bekas Ketua Wanita UMNO itu lagi, didikan melalui teladan yang dipamerkan ibu bapa juga perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

“Mak, ayah perlu tunjukkan teladan yang baik. Kalau anak-anak tengok cara kita setiap hari, mereka akan ikut. Jadi saya rasa tak payahlah kita ajar macam cikgu atau ustazah.

“Dulu saya belajar daripada ayah saya, jangan cemar negara kita. Sebab itu saya marah bila ada orang cemar negara kita. Tapi sekarang yang cemar bukan penjajah, tapi rakyat sendiri.

“Maka usaha-usaha seperti ini perlu ada dalam keluarga. Ibu bapa perlu tunjuk contoh agar apa yang anak kita lihat, mereka boleh ikut tanpa kita ajar. Mereka tengok nilai yang kita pegang,” katanya.

Ajar anak bencikan rasuah

Dalam pada itu, beliau yang dikenali dengan gelaran ‘Iron Lady Malaysia’ berkata, gejala rasuah juga dapat diperangi melalui pendidikan.

“Kalau tidak diajar anak-anak sekarang, maka susah untuk pecahkan rasuah. Di sekolah kena ada pendidikan ini, bukan untuk peperiksaan, hanya untuk ajar jangan menipu dan mencuri, sebaliknya berlaku jujur.

“Kalau diajar dari awal, insya-ALLAH, kalau tak semua tetapi 90 peratus anak-anak ini bila besar nanti tidak akan terima apa-apa berbentuk rasuah, tak akan terlibat dengan aktiviti memberi atau menerima rasuah.

“Bagi saya kalau nak hapuskan rasuah (sepenuhnya) umpama mimpi di siang hari. Tapi ini usaha untuk mengurangkan supaya pada masa depan, rasuah ini jijik bagi semua dan bukan jadi budaya sampai negara mendapat malu,” katanya.

Ujarnya lagi, sekiranya tidak dibendung dari awal, ‘titik hitam’ ini akan menular dalam seluruh sistem masyarakat.

“Yang saya risau anak-anak di sekolah kerana mereka hidup lebih mewah (daripada generasi dahulu) dan ini akan jadi satu punca (terlibat) rasuah.

“Saya risau setiap hari dalam surat khabar ada sahaja laporan mengenai rasuah, risau sebab ada yang akan anggap Malaysia seperti sudah tiada orang yang jujur, padahal masih ramai lagi,” katanya.

Malaysia perlu contohi negara luar urus kes salah laku
KOTA BHARU – Rakyat perlu melaporkan salah laku rasuah sama ada dalam perkhidmatan kerajaan, swasta dan persendirian.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, Malaysia seharusnya mengambil contoh beberapa negara luar termasuk negara ASEAN bagaimana mereka menguruskan salah laku rasuah.

“Usaha membanteras rasuah perlu menjadi dasar bagi memperkukuhkan kestabilan negara. Oleh itu rakyat perlu bangkit melaporkan salah laku itu bagi menyekat daripada menular,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Beliau mengulas usaha Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang menggerakkan #Rasuah Busters bagi membanteras aktiviti korupsi dalam masyarakat.

Mengulas lanjut katanya, rasuah merupakan wabak yang perlu dicegah daripada peringkat awal dan perlu bersandarkan peraturan tegas.

Beliau yang juga Ahli Panel Penasihat Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) berkata, rasuah juga boleh merosakkan pentadbiran negara jika dibiarkan pihak yang berkepentingan menyalahgunakan kedudukannya dan jawatan yang disandang semata mata untuk kepentingan peribadi.

“Rasuah boleh menggugat kedaulatan negara. Polis dan pihak berkuasa lain perlu tegas dan berani mencegah perkara ini tanpa mengira kedudukan mereka.

“Banyak negara luar mengambil tindakan ke atas mereka yang berkuasa termasuk tokoh politik kerana salah guna kedudukan.

“Ada negara yang begitu tegas dalam soal rasuah termasuk Malaysia dan ini amat baik kerana dapat meyakinkan pelabur untuk melabur dalam negara kita.

“Jadi usaha membanteras rasuah perlu berterusan dengan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai. Kempen besar-besaran perlu dilakukan dan keterlibatan pemimpin utama negara perlu bagi menggerakkan wawasan mencegah rasuah di semua peringkat,” katanya.

Tiga opsyen halang individu terbabit rasuah jadi calon PRU15
SHAH ALAM – Pindaan Perlembagaan, pindaan undang-undang sedia ada atau membuat satu undang-undang baharu merupakan tiga opsyen untuk menghalang pemimpin politik yang terbabit rasuah atau sedang dibicarakan di mahkamah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tiga opsyen itu dikemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil tetapi perlu bersama isu seperti lompat parti, reformasi dana politik dan pembiayaan politik.

“(Ia) bukan isu kelayakan sahaja tetapi bagi saya perlu lebih meluas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa pemimpin politik yang terpalit dalam kes rasuah atau sedang dibicarakan di mahkamah supaya mengundurkan diri secara sukarela daripada terus menawarkan diri sebagai calon PRU15.

Menurut beliau, perkara itu membabitkan integriti yang tidak harus dipandang ringan.

Fahmi yang merupakan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pindaan kepada Perlembagaan itu melibatkan isu kelayakan calon.

Beliau turut menyatakan pandangan Rafidah adalah bernas tetapi undang-undang sedia ada tidak menghalang individu yang mempunyai kes rasuah bertanding.

“Apa yang saya faham mereka disabit kesalahan akan hadapi masalah bertanding, tetapi jika setakat ada kes itu tidak halang (untuk bertanding) dari segi undang-undang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon PRU15 bebas skandal

Pemimpin kini hanya pentingkan diri, konco

Fahmi turut menggesa ahli dan parti politik agar mengambil iktibar daripada sentimen rakyat semasa pra dan pasca PRU14 yang menolak pemimpin yang terpalit dengan kes rasuah sehingga ke hari ini.

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut bersetuju dengan cadangan supaya satu undang-undang baharu digubal bagi menghalang individu yang mempunyai kes rasuah di mahkamah daripada menjadi calon PRU.

“Kita bersedia berkongsi pandangan dan idea menggubal akta ini tetapi peranan undang-undang juga perlu kita hormati kerana kadang-kadang mereka disabitkan di Mahkamah Tinggi, tetapi masih lagi boleh buat rayuan.

“Maknanya mereka belum lagi didapati bersalah,” katanya.

Menurut Salahuddin, mungkin dari segi undang-undang individu itu telah menang jika beliau tidak disabitkan bersalah tetapi dari segi moral, ianya telah hancur.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan setiap parti juga mempunyai tanggungjawab moral bagi memastikan calon pada masa akan datang adalah yang bertanggungjawab.

“Parti itu sendiri mesti bertanggungjawab untuk memastikan calon menjalani satu proses yang telus supaya kita dapat memulakan satu langkah Malaysia Baharu bahawa calon yang akan datang ini boleh kita pastikan bersih dari segala salah laku,” katanya.

Bina sistem sokongan, bantu belia bendung rasuah
SHAH ALAM – Sebuah sistem sokongan perlu dibentuk dalam usaha untuk membendung kegiatan rasuah khususnya dalam kalangan belia.

Presiden Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), Nasim Ralim berkata, usaha tersebut boleh dilakukan dengan cara mewujudkan sebuah pusat sehenti sebagai pusat aduan untuk mereka yang berhadapan dengan masalah rasuah.

Selain itu, Nasim berkata, gerakan belia juga boleh memperbanyakkan lagi program serta aktiviti yang dapat memberikan kesedaran berkaitan isu rasuah sokongan terhadap anak muda.

Menurutnya, dengan cara itu, kumpulan belia yang pernah terdedah kepada kegiatan rasuah akan merasakan bahawa ada pihak lain yang masih mengambil berat dan ingin membantu mereka.

“Kita nak sedarkan golongan belia bahawa mereka ada sistem sokongan yang akan membuatkan mereka tidak berasa keseorangan kalau hendak memerangi atau mengelak daripada perbuatan rasuah.

“Saya yakin ramai orang yang baik tetapi kadang-kadang keadaan akan memaksa mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Jadi adalah baik sekiranya ada sebuah pusat sehenti yang membolehkan kita memberikan kesedaran dan pada masa sama mengambil maklum tentang apa-apa kejadian rasuah yang dihadapi oleh belia dan orang awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pemuda GEMA merupakan antara pertubuhan yang terlibat dalam Gabungan Belia Rasuah Busters yang dilancarkan pada 27 Februari lalu.

Gabungan tersebut adalah hasil kerjasama Majlis Belia Malaysia bersama Sinar Harian bertujuan melibatkan lebih banyak pihak dalam usaha membendung gejala rasuah daripada terus berleluasa di negara ini.

Pada masa sama, Nasim berkata, di samping pelaksanaan polisi oleh pentadbiran tertinggi negara, usaha memerangi rasuah sememangnya perlu melibatkan golongan akar umbi.

“Kita perlu kepada polisi kerajaan dan sebagainya. Tetapi kita juga mesti mencipta sebuah masyarakat yang sikap mereka adalah menolak rasuah,” katanya.

NGO perlu pupuk belia benci rasuah
JOHOR BAHRU – Usaha membanteras rasuah perlu dijayakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya melibatkan golongan belia yang merupakan pelapis masa hadapan negara.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Gerak Tani Johor, Noorsaiful Amri Suloh berkata, pendekatan membawa mesej memerangi rasuah kepada golongan belia berumur bawah 40 tahun cukup penting kerana semakin ramai golongan belia terbabit dalam rasuah sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, berdasarkan data dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2019, ramai penjawat awam yang terbabit dalam gejala rasuah membabitkan golongan muda berusia bawah 40 tahun.

“Kerajaan dan semua pihak perlu mengambil berat jenayah rasuah dalam kalangan masyarakat dan langkah drastik serta holistik diperlukan bagi membendungnya sehingga akar umbi.

“Golongan muda terutama belia dilihat lebih mudah terdedah dengan budaya rasuah disebabkan pelbagai faktor seperti peningkatan kos hidup.

“Justeru, kesedaran awal harus dipupuk bagi memastikan budaya negatif ini dapat dihapuskan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Noorsaiful, jika usaha membanteras gejala rasuah tidak dilaksanakan di peringkat belia, kemungkinan akan timbul tanggapan perlakuan negatif ini merupakan amalan biasa.

“Usaha ini penting dalam mewujudkan masyarakat kelas pertama yang bebas rasuah seterusnya membantu perkembangan dan pembangunan negara pada masa hadapan tanpa rasuah,” katanya.

Justeru, beliau berkata, cukup penting untuk menyemai budaya membenci rasuah dalam kalangan belia.

“Saya yakin NGO berkaitan dapat membantu usaha ini menerusi program dan kegiatan yang mereka lakukan tidak kira sama ada di bandar mahupun desa.

“NGO juga perlu mengutamakan penekanan budaya membenci rasuah dalam setiap program dan kegiatan yang mereka laksanakan,” katanya.