Uncategorized – Rasuah Busters

Didikan agama perlu tekan jijik rasuah
SHAH ALAM – Setiap individu perlu mendidik diri merasa jijik dan menganggap perbuatan rasuah itu seperti memakan daging tidak halal.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, sistem pendidikan agama perlu menerapkan kepada generasi muda terutama umat Islam bahawa amalan rasuah itu jijik seperti memakan daging yang tidak halal.

“Kenapa kita tak diajar untuk jijik terhadap perlakuan rasuah?

“Apa guna kita sebarkan syiar Islam tapi rasuah kekal kental? Negara juga akan lebih maju dan rakyat lebih sejahtera jika rasuah tiada,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, kejatuhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan reformasi rakyat sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 tidak berkesan kerana kedudukan negara menjadi makin parah.

Tegas beliau, kejatuhan tersebut boleh memberi kesan terhadap reputasi negara dan perspektif pelabur luar dalam melihat sistem pentadbiran yang tidak setelus dulu.

“Mana-mana negara yang dibelenggu rasuah biasanya akan mundur seperti kebanyakan negara di Afrika.

“Jadi bagaimana kita hendak mencapai taraf negara maju jika indeks tersebut menunjukkan negara semakin dibelenggu rasuah?” soalnya.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Hazmi berkata, pentadbir yang mengamalkan rasuah perlu dihukum dengan berat seperti hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup atau yang sama berat dengannya.

“Ini perlu bermula daripada pegawai paling atas seperti ketua setiausaha negara dan perdana menteri.

“Mengapa perlu ada menteri dan timbalan menteri yang ramai jika pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik?

“Saya rasa wakil rakyat (ahli politik) dan pegawai kerajaan perlu bekerjasama dalam membanteras rasuah dari peringkat atas ke bawah,” ujarnya.

Kepimpinan, integriti harus selari
SHAH ALAM – Bagi melahirkan sebuah negara yang betul-betul bebas daripada budaya rasuah, kepimpinan dan integriti haruslah selari, kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli.

Menurut beliau, pemimpin perlu mempunyai nilai kredibiliti yang tinggi malah bebas daripada sebarang salah laku agar ia dapat memberi imej yang baik dalam sesebuah institusi diwakilinya.

Selain itu, beliau berkata, keyakinan orang ramai juga akan menjadi lebih teguh sekiranya institusi itu mengamalkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik atau ‘good governance’.

“Justeru, pemimpin pewaris masa hadapan hendaklah diasuh berani berkata benar. Ini kerana keberanian menyatakan kebenaran melambangkan ketinggian tahap integriti seseorang,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, program MYACT hasil daripada sokongan SPRM, Rasuah Busters, MBM dan Malaysia Reform Initiative atau (MRI) merupakan bukti komitmen PKPIM memerangi rasuah terutama dalam kalangan generasi muda, mahasiswa dan belia.

Menurut Ahmad Farhan, isu rasuah dalam kalangan belia pada hari ini begitu membimbangkan.

“Berdasarkan kajian yang dilakukan SPRM pada tahun 2018, seramai 55 peratus golongan belia dan mahasiswa cenderung untuk menerima serta memberi rasuah.

“Justeru, bagi memastikan golongan belia pada hari ini bebas rasuah, pelbagai usaha akan dilakukan dari segi advokasi, kempen dan kesedaran sosial,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Farhan turut berharap agar pimpinan belia dan mahasiswa di Malaysia dapat berpartisipasi dalam usaha memerangi rasuah di negara.

Katanya, sebanyak enam siri bengkel akan diadakan di seluruh negara dan setakat ini enam zon telahpun dikenal pasti iaitu zon utara, zon timur, zon tengah, zon selatan, zon Sarawak dan zon Sabah.

“Bengkel ini akan melatih belia memahami bahayanya rasuah sekali gus menjadikan sebuah gerakan berskala massa yang berperanan sebagai pemberi maklumat atau whistleblower kepada SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN ‘Rakyat sudah tinggalkan nilai agama’

‘Rakyat sudah tinggalkan nilai agama’
SHAH ALAM – Semua pihak perlu memastikan Malaysian Youth Anti-Corruption Task Force (MYACT) diterapkan dalam hati golongan belia dan memulakan momentum agenda tersebut secara besar-besaran.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, golongan belia perlu bangkit beramai-ramai untuk memasang semula (reinstalling) sistem nilai dalam diri, keluarga dan organisasi.

“Punca masalah kita ini adalah keruntuhan moral bangsa yang berada pada tahap yang teruk semua kaum dan agama. Maknanya kebanyakan orang-orang di Malaysia ini sudah meninggalkan nilai-nilai agama.

“Gerakan ini akan berjaya jika kita masukkan nilai-nilai agama tersebut dalam sistem kehidupan kita,” katanya ketika merasmikan dan melancarkan MYACT 2021 yang diadakan secara maya pada Sabtu.

Antara yang terlibat dalam sesi tersebut ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor; Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli serta Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha.

Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, program MYACT tidak hanya berhenti setakat proses tandatangan saja malah perlu dibawa ke tahap lebih serius iaitu diterjemahkan kepada pelan pelaksanaan.

“Sepatutnya majlis ini kita tandatangani di dalam hati kita dengan niat betul-betul nak menghapuskan budaya rasuah melalui memasang semula nilai moral perwatakan dan bangsa.

“Kita kena bawa (agenda perangi rasuah) ini supaya ia menjadi menyeluruh (ground swell) supaya orang yang mengamalkan rasuah menjadi gerun kerana golongan belia sudah bangkit,” ujarnya.

MYACT bantu SPRM sebar mesej antirasuah
SHAH ALAM – Penubuhan Malaysian Youth Anti-Corruption Task Force (MYACT) merupakan usaha tepat dalam membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terutamanya Bahagian Pendidikan Masyarakat bagi menyebar luas mesej anti rasuah kepada ahli-ahli persatuan, pelajar universiti serta golongan belia.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Razim Mohd Noor berkata, golongan tersebut diperlukan bagi membentuk masyarakat yang berdaya saing, berintegriti serta berani untuk menolak sebarang jenayah termasuklah jenayah rasuah.

Beliau berkata, sokongan berkenaan membawa erti besar bahawa SPRM tidak bersendirian menentang budaya rasuah dalam negara ini.

“Saya difahamkan ini salah satu usaha PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) untuk menggembeleng tenaga dalam menubuhkan pasukan bertindak (task force) anti-rasuah bagi membantu SPRM menyebarkan mesej anti rasuah kepada ahli-ahli persatuan, pelajar universiti dan golongan belia.

“Pelbagai program bengkel dan perbincangan meja bulat telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh pasukan ini bermula Jun hingga Oktober 2021,” katanya.

Mengulas lanjut, Razim berkata, penubuhan pasukan tersebut adalah selaras dengan inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

“Kita ada lagi tiga tahun untuk menjayakan pelan berkenaan iaitu menyebar luas mesej anti-rasuah dalam konteks hubungan antara insan, melalui penglibatan pelbagai agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) secara berterusan. Itu adalah salah satu daripada pelan tersebut.

“Selain itu pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM sedia membantu pasukan bertindak ini supaya dapat menyalurkan informasi yang betul dan tepat berkaitan dengan SPRM serta jenayah rasuah,” ujarnya.

Kerajaan perlu gubal Akta Generasi Masa Depan: MBM
SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang Akta Generasi Masa Depan agar generasi muda pada masa akan datang dapat mewarisi negara dalam keadaan bebas rasuah.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, kerajaan seharusnya memikirkan hak dan kesejahteraan generasi masa depan dalam setiap keputusan dan dasar yang dibuat.

“Ini kerana generasi masa depan negara perlu dipertahankan serta dipelihara daripada tangan-tangan rakus yang hanya memikirkan kepentingan mereka malah langsung tidak mempedulikan nasib dan masa depan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Malaysian Youth Anti-Corruption Task Force (MYACT) yang diadakan secara maya pada Sabtu.

Antara yang terlibat dalam sesi tersebut ialah Ketua Pasukan Rasuah Busters merangkap Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli.

Dalam pada itu, Jufitri turut menyambut baik program MYACT yang dianjurkan PKPIM kerana ia merupakan satu agenda penting dalam usaha membasmi budaya rasuah di negara khususnya dalam kalangan belia dan mahasiswa.

Tambah beliau, pemimpin gerakan belia juga merupakan pendidik informal atau ‘informal educators’ sama seperti guru dan pensyarah di sekolah, universiti serta institut latihan kemahiran.

“Saya percaya anak-anak muda pada hari ini lebih efisien apabila mereka dilatih dan dididik dalam ‘setting’ yang begitu informal. Malah, saya juga yakin gerakan belia seperti PKPIM boleh melaksanakan pendidikan secara besar-besaran kepada anak muda kita,” katanya.

Jufitri berkata, pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mendidik belia dan masyarakat memahami kesan serta bahaya rasuah.

“Setiap daripada ahli-ahli PKPIM, MBM malah masyarakat sendiri sebenarnya ada peranan yang signifikan untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai kesan-kesan kecil yang mana apabila bergabung ia akan mewujudkan satu gelombang yang besar.

“Justeru, kita tidak boleh berdiam diri. Kita tahu kesan rasuah boleh menyebabkan kehilangan nyawa seseorang, bukan satu dua jiwa, malah lebih ramai lagi yang akan terbunuh kerana terlibat rasuah,” katanya.

Rasuah boleh dibendung jika semua komited
SHAH ALAM – Nilai yang tidak disusun dengan betul berdasarkan sistem kepercayaan seseorang individu itu lazimnya menjadi salah satu punca rasuah berleluasa.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, sistem kepercayaan merupakan akar kepada sesebuah sistem nilai.

“Misalnya, kita mempunyai banyak nilai seperti menepati masa, menghormati dan menghargai sesama manusia malah menghargai duit adalah satu nilai.“Jadi, ada sesetengah daripada kita menyalah guna nilai ingin membantu anak yatim dengan mengambil rasuah.“Itu salah kerana matlamat membuat sesuatu nilai itu tidak menghalalkan cara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh pasukan teras Rasuah Busters di Bangunan Karangkraf di sini.

Tambahnya, jika nilai itu diselia dengan nilai kepercayaan, beliau yakin individu itu akan berlaku jujur dengan sesiapa sahaja tanpa membelakangi mana-mana pihak.

Sementara itu, beliau menyeru agar semua pihak terlibat dalam membanteras amalan rasuah di negara ini.

“Jika semua pihak komited, nescaya amalan rasuah dapat dibendung.

“Majoriti rakyat Malaysia perlu banteras rasuah sehingga sehingga orang fikir perkara tersebut sebagai satu jenayah, bukan satu kelebihan mahupun sebagai satu cara untuk sara hidup keluarga,” katanya.

Menurutnya, apabila amalan rasuah dapat dibanteras, tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai negara yang tinggi nilai integriti.

“Kesannya, lebih ramai pelabur asing masuk dan hubungan antara kaum juga lebih harmoni,” katanya.

‘Nilai akhlak, kerohanian semakin rosak’
KUALA LUMPUR – Kerosakan sistem nilai dan kerohanian dalam masyarakat ialah punca sebenar jenayah rasuah di negara ini semakin parah dan berleluasa.

Ahli Pasukan Teras Rasuah Busters, Jonson Chong berkata, rasuah boleh diibaratkan sebagai satu penyakit kronik yang menular dalam masyarakat.

“Rasuah itu bukan sumber kepada kesakitan, ia cuma simptom. Contohnya jika individu itu demam biasanya simptom awalnya ialah batuk.

“Jadi yang kita nampak orang tawar atau terima rasuah. Itu simptom yang mana sumbernya berpunca daripada hilangnya nilai akhlak atau kerohanian,” katanya dalam program Kapsul Rasuah Busters di sini pada Jumaat lalu.

Jonson Chong yang merupakan aktivis dan peguam berkata, faktor utama mempengaruhi individu untuk menolak rasuah bukanlah disebabkan kerana takut kepada tindakan undang-undang, sebaliknya disebabkan nilai moral dipegang dan diamalkan.

Jelasnya, selain kurang pendidikan dan kesedaran dalam masyarakat, punca berlakunya rasuah turut diakibatkan daripada contoh teladan tidak baik yang ditunjukkan oleh kepimpinan negara.

“Kehilangan nilai akhlak dan moral pun kerana pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat tetapi dia pula melakukan rasuah.

“Ia seperti ibu bapa yang gagal menunjukkan contoh baik, maka anak-anak pun belajar dan ikut apa yang dilakukan itu,” ujarnya perunding pendidikan dan usahawan sosial tersebut.

Jonson Chong berkata lagi, pihak yang mahu membanteras rasuah perlu mengambil pendekatan menyeluruh dan tidak bergantung hanya kepada aspek perundangan serta hukuman.

Tegasnya, usaha menangani rasuah juga perlu melibatkan pelbagai aspek seperti penerapan nilai agama yang betul, contoh teladan yang baik daripada kepimpinan negara dan didikan ibu bapa.

Rasuah boleh hancurkan tadbir urus negara
SHAH ALAM – Amalan rasuah boleh menyebabkan sistem kewangan dan tadbir urus negara akan menjadi rosak disebabkan tiada keberkatan dalam mencari rezeki.

Penceramah bebas, Ahmad Tirmizi Ali berkata, harta yang dicari dengan cara yang haram akan menyebabkan seorang Muslim itu susah untuk menambahkan rezeki.

“Macam mana rezeki nak bertambah kalau mendapatkan harta, duit dengan cara yang haram dan tidak halal.

“Sedangkan di dalam al-Quran ALLAH ada menyebut: ‘kalau kamu bersyukur nikmat aku (ALLAH) akan aku tambah, kalau kamu kufur azab aku sangat pedih’,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Islam memandang berat jenayah rasuah bahkan mengecam orang yang mengambil dan memberi rasuah.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis juga memberi peringatan yang begitu keras kepada orang yang menerima dan memberi rasuah.

“Begitu juga dengan agama lain, saya percaya mereka mementingkan tentang kebaikan dan tidak mahu akan kemudaratan.

“Sifat manusia juga tidak suka dan membenci amalan rasuah yang menyebabkan kerosakan kepada sistem negara.

“Amalan rasuah juga menyebabkan berlakunya penindasan dalam masyarakat untuk kepentingan peribadi yang akhirnya menyebabkan masyarakat itu porak-peranda,” ujarnya.

Tambah beliau, amalan rasuah yang sudah hidup dari generasi ke generasi kini menjadi perkara normal dalam kalangan umat Islam.

“Kesedaran agama dan moral yang rendah menyebabkan kita memandang satu perkara yang salah itu lama kelamaan sudah menjadi perkara yang biasa,’’ tegasnya.

Pemimpin berintegriti jadi contoh terbaik
SHAH ALAM – Pemimpin perlu memainkan peranan dalam membendung gejala rasuah dengan menunjukkan sikap integriti dan amanah agar menjadi contoh terbaik kepada golongan bawahan mereka.

Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airport (Kesma), Hussin Shahar berkata, pemimpin tersebut bukan sahaja daripada golongan ahli politik, malahan semua ketua daripada sektor pekerjaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut beliau, semua ketua perlu ada integriti dalam diri mereka kerana melalui sikap ini, gejala rasuah sukar untuk berlaku dalam sesebuah organisasi.

“Pekerja juga akan berasa mudah dan selamat untuk melaporkan sekiranya terdapat kegiatan rasuah yang berlaku di persekitaran kerja,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Jelas beliau, melalui pemimpin yang telus, setiap laporan tersebut akan diambil tindakan dengan dimajukan kepada pihak yang berkenaan.

Beliau menegaskan sesuatu perkara akan menjadi sukar apabila ketua atau majikan sendiri terlibat dengan rasuah. Ini katanya, akan menyebabkan pekerja menghadapi masalah untuk melaporkan sebarang perbuatan rasuah.

“Jika ini berlaku, maklumat identiti pelapor rasuah juga mudah dibocorkan. Ini sepatutnya perlu dielakkan,” tegas beliau.

Perasuah cita rasa tinggi
SHAH ALAM – Golongan terlibat rasuah kebiasaannya individu yang memiliki cita rasa yang sangat tinggi.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, bagi memenuhi keinginan itu, golongan tersebut berusaha mencapai sesuatu walaupun dengan cara yang salah.

“Biasanya rasuah wujud disebabkan mereka berkuasa dan mempunyai kepentingan terhadap sesuatu benda atau objek sehingga tidak tahu membezakan antara halal dan haram.

“Sekiranya mempunyai iman yang kuat dan percaya kepada hari akhirat nescaya mereka tidak berani melakukannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faisol menegaskan, rasuah akan memberikan impak negatif terhadap individu lain akibat aktiviti tidak sihat itu.

“Golongan yang terkesan akibat rasuah adalah masyarakat yang tidak terlibat dengan apa-apa kepentingan tetapi menjadi mangsa akibat perbuatan rasuah.

“Mereka sepatutnya mendapat hak tetapi dinafikan oleh amalan rasuah.

“Kualiti kehidupan masyarakat juga menjadi parah jika setiap lapisan masyarakat terjebak rasuah demi mendapatkan sesuatu walaupun hakikatnya itu adalah hak mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Faisol menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Sinar Rasuah Busters dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.

“Sebagai media arus perdana yang sentiasa cakna kepada isu semasa negara dan masyarakat, Sinar Harian mempunyai ruang dan pilihan untuk menyedarkan masyarakat tentang penyakit rasuah yang amat berbahaya kepada generasi akan datang jika tidak dibanteras dari sekarang.

“Melalui Rasuah Busters segala informasi berkaitan rasuah dapat disebarkan lebih cepat dengan gaya dan kaedah yang pelbagai agar masyarakat dapat memahami serta mengambil tindakan dan pada masa yang sama membantu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.