Rasuah Busters

IKRAM perkasa institusi keluarga, pupuk kasih sayang dan tanggungjawab
SHAH ALAM – Usaha perkukuh institusi keluarga perlu bermula dengan membina hubungan erat antara ibu bapa dan anak-anak menerusi aktiviti bersama yang mampu menyemai nilai kasih sayang, tanggungjawab serta membentuk persekitaran keluarga yang harmoni.Ahli Jawatankuasa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Cawangan Selangor, Dr Amalina Abdullah berkata, program berteraskan kekeluargaan bukan sahaja memberi ruang kepada ahli keluarga meluangkan masa bersama, malah menjadi platform mendidik anak-anak mengenai tanggungjawab sosial dan kepentingan menjaga alam sekitar.Menurutnya, program Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (SBKK) 2026 yang dirancang berlangsung Ahad ini anjuran bersama IKRAM Cawangan Selangor, Karangkraf dan Rasuah Busters turut menyediakan pelbagai pengisian termasuk pertandingan untuk kanak-kanak berusia bawah 16 tahun, reruai pendidikan berkaitan inisiatif Kitar Semula serta program Explorace Keluarga.”Melalui aktiviti ini, kita mahu melihat sejauh mana anak-anak mengamalkan apa yang dipelajari daripada ibu bapa, khususnya dalam menguruskan sisa buangan di rumah dan memahami kepentingan mengurangkan pembaziran.”Kesedaran seperti ini perlu diterapkan sejak kecil supaya anak-anak dan keluarga memahami bahawa usaha menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama,” katanya kepada Rasuah Busters pada Selasa.SBKK 2026 akan berlangsung pada 15 November ini di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam bermula pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari dan terbuka untuk umum serta kemasukan adalah percuma.Pelbagai aktiviti menarik seperti Explorace Keluarga, permainan dalaman, jualan buku, Projek Keluarga: Audit Kitar Semula, hadiah aktiviti anak-anak, cabutan bertuah dan forum kekeluargaan.Tambah Dr Amalina, penganjuran SBKK 2026 bertemakan Lelaki Teguh, Keluarga Kukuh tersebut menyasarkan penyertaan sekitar 200 hingga 250 peserta termasuk kanak-kanak yang menyertai pertandingan.Mengulas penyertaan, Dr Amalina memaklumkan seramai 200 peserta telah mendaftar setakat ini dan pihak penganjur masih mengalu-alukan lebih ramai keluarga khususnya ibu bapa untuk turut serta.”Bagaimanapun, pendaftaran awal diperlukan bagi peserta yang ingin menyertai pertandingan kanak-kanak kerana pihak penganjur perlu menyusun jadual pertandingan. Penyertaan secara terus pada hari program hanya dibuka kepada pengunjung forum,” katanya.Mengulas pengisian utama program, beliau berkata, antara perkara yang ingin diketengahkan ialah kepentingan peranan bapa dalam membina keluarga yang kukuh khususnya dalam mendidik, membimbing dan melindungi anak-anak.Katanya, peranan bapa tidak seharusnya terbatas kepada tanggungjawab menyediakan keperluan kewangan keluarga sebaliknya perlu turut merangkumi penglibatan secara aktif dalam perkembangan emosi, pendidikan dan pembentukan sahsiah anak-anak.”Hubungan kekeluargaan perlu dibina melalui perkara sederhana seperti makan bersama, membawa keluarga bersiar-siar dan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama pada hujung minggu.”Kita mahu mengembalikan interaksi dalam keluarga yang semakin terjejas apabila anak-anak terlalu banyak menghabiskan masa dengan gajet, permainan digital dan media sosial,” katanya.Dalam pada itu, Dr Amalina menjelaskan usaha memperkukuh institusi keluarga tidak terhenti pada penganjuran satu program sahaja sebaliknya akan diteruskan sepanjang bulan ini melalui pelbagai aktiviti anjuran IKRAM di 20 kawasan serta rangkaian cawangannya di seluruh negara.Antara inisiatif yang dirancang termasuk ceramah bertemakan peranan lelaki sebagai hero keluarga, seminar kekeluargaan, aktiviti perkongsian foto keluarga serta program kemasyarakatan seperti kunjungan kepada golongan asnaf, warga emas dan saudara baharu.Program akan disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari yang sebelum ini turut memberikan kerjasama baik dalam pelaksanaan program kekeluargaan dan kemasyarakatan di negeri ini.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Rasuah membungkam suara rakyat: Peranan masyarakat sivil
RASUAH bukan sekadar pertukaran wang secara sulit atau salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi. Kesannya jauh lebih besar.Rasuah menentukan siapa mendapat kontrak, siapa menikmati peluang dan siapa terpaksa menunggu hak yang sepatutnya diterima.Lebih membimbangkan, rasuah bukan sahaja menghakis kekayaan negara, malah boleh membungkam suara masyarakat.Apabila keputusan awam boleh dibeli, keadilan menjadi tidak seimbang. Mereka yang mempunyai wang dan hubungan mendapat kelebihan, sedangkan rakyat biasa semakin kehilangan kepercayaan terhadap sistem.Dalam keadaan ini, ada yang memilih untuk berdiam diri kerana bimbang menerima tekanan, kehilangan pekerjaan atau berdepan tindakan balas. Ada pula yang tidak lagi percaya bahawa aduan mereka akan membawa perubahan.Inilah kesan rasuah yang paling berbahaya: apabila masyarakat mula menganggap ketidakadilan sebagai sesuatu yang biasa dan berdiam diri sebagai pilihan paling selamat.Belanjawan 2027 yang dibentangkan baru-baru ini membawa komitmen kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus, termasuk pelaksanaan Akta Perolehan Kerajaan mulai 2027.Kerajaan turut berhasrat meningkatkan ketelusan melalui pendedahan maklumat projek, kontraktor dan nilai kontrak kepada umum.Langkah ini penting, namun persoalannya ialah sejauh manakah reformasi tersebut mampu mengubah budaya penyalahgunaan kuasa dan memulihkan keyakinan rakyat?Kemajuan Ada, Cabaran Masih BesarDalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025, Malaysia mencatat skor 52 daripada 100 dan menduduki tempat ke-54 daripada 182 negara. Kedudukan ini meningkat berbanding tempat ke-57 pada 2024, dengan pertambahan dua mata.Peningkatan ini wajar diakui, tetapi ia belum bermakna negara telah bebas daripada masalah rasuah. CPI mengukur persepsi terhadap rasuah sektor awam dan bukan jumlah sebenar kejadian rasuah.Statistik penguatkuasaan turut memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi.Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebanyak 34,819 laporan berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa diterima antara 2020 hingga April 2025. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 5,145 kertas siasatan dibuka, 2,479 individu didakwa dan 1,274 disabitkan kesalahan.Angka ini menggambarkan usaha penguatkuasaan yang berterusan. Namun, ia juga mengingatkan kita bahawa proses daripada penerimaan aduan kepada siasatan, pendakwaan dan sabitan memerlukan pembuktian yang teliti.Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula menjadi antara ujian terbesar terhadap integriti institusi negara. Pada 26 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, setelah mensabitkannya atas 25 pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB bernilai kira-kira RM2.3 bilion. Beliau telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.Dalam kes berasingan melibatkan SRC International, hukuman asal beliau telah dikurangkan melalui proses pengampunan pada 2024. Pada September 2026, pengampunan bersyarat turut diperkenankan bagi membolehkan baki hukuman kes SRC dijalani di bawah tahanan rumah, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.Walaupun pengampunan merupakan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan, perkembangan sebegini mengundang persoalan masyarakat tentang ketelusan, kesaksamaan dan keyakinan terhadap sistem keadilan.Prinsipnya jelas. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, tetapi juga mesti diyakini oleh rakyat bahawa ia dilaksanakan secara adil tanpa mengira kedudukan.Reformasi Memerlukan Perubahan StrukturDalam suratnya kepada ahli sejarah Mandell Creighton pada 5 April 1887, sejarawan British, Lord Acton, pernah mengingatkan bahawa kuasa cenderung merosakkan, manakala kuasa mutlak merosakkan secara mutlak (Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely).Pandangan ini selari dengan pandangan ahli ekonomi Robert Klitgaard (1988), menerusi bukunya Controlling Corruption, menjelaskan bahawa rasuah cenderung berkembang apabila kuasa dimonopoli, ruang budi bicara terlalu luas dan akauntabiliti lemah. Prinsip ini dirumuskan sebagai Corruption = Monopoly + Discretion − Accountability.Kerangka ini mengingatkan kita bahawa usaha membanteras rasuah tidak boleh bergantung pada penguatkuasaan semata-mata, sebaliknya memerlukan reformasi struktur yang mengehadkan penumpuan kuasa, meningkatkan ketelusan dan memperkukuh mekanisme semak dan imbang.Rumus ini menjelaskan mengapa usaha membanteras rasuah tidak memadai dengan menangkap pesalah semata-mata. Struktur yang membuka ruang kepada salah guna kuasa juga perlu diperbaiki.Kerajaan telah memperkenalkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028 dan melaksanakan beberapa inisiatif pembaharuan institusi.Antara langkah penting ialah penggubalan Akta Perolehan Kerajaan yang memperkenalkan mekanisme kajian semula keputusan perolehan dan Tribunal Rayuan Perolehan Kerajaan.Namun, beberapa pertubuhan masyarakat sivil seperti C4 Center dan Transparency International Malaysia turut membangkitkan kebimbangan terhadap keluasan kuasa budi bicara menteri serta tahap kebebasan mekanisme rayuan.Kritikan ini perlu dilihat sebagai sebahagian daripada proses semak dan imbang yang sihat, bukannya halangan kepada reformasi.Selain itu, pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat telah berkuat kuasa pada Januari 2026, manakala Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2026 telah dibentangkan dan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.Reformasi institusi lain, termasuk penggubalan undang-undang pendanaan politik, penubuhan Ombudsman Malaysia dan pengasingan fungsi Peguam Negara dengan Pendakwa Raya, juga perlu dipercepat dan diperkukuh bagi memastikan ketelusan serta kebebasan institusi awam.Hakikatnya, penggubalan undang-undang yang baik sahaja tidak menjamin tadbir urus yang bersih. Kejayaan reformasi bergantung pada keberkesanan pelaksanaan, ketelusan maklumat, kebebasan institusi dan mekanisme semak dan imbang yang benar-benar berfungsi.Masyarakat Sivil Sebagai Suara Semak dan ImbangDi sinilah gerakan masyarakat sivil memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan sekadar pelaksana program kemasyarakatan. Dalam sebuah negara demokrasi, NGO juga berperanan menjadi suara rakyat, pemerhati dasar dan rakan semak imbang kepada institusi awam.Pertama, memantau dasar dan memperjuangkan reformasi institusi. Pertubuhan seperti Transparency International Malaysia, C4 Center dan gerakan Rasuah Busters telah menyumbang kepada kesedaran masyarakat serta perbahasan mengenai rasuah, ketelusan dan akauntabiliti.Advokasi yang berasaskan bukti amat penting untuk memastikan komitmen kerajaan diterjemahkan kepada tindakan yang boleh dinilai keberkesanannya.Kedua, membina budaya integriti dalam masyarakat. Usaha membanteras rasuah tidak boleh bergantung pada penguatkuasaan semata-mata. Pertubuhan komuniti, pendidikan dan agama mempunyai ruang yang luas untuk membudayakan amanah, kejujuran dan keberanian menolak salah laku. Masyarakat perlu dibimbing untuk menolak sikap bahawa rasuah kecil boleh diterima kerana dianggap sebagai kebiasaan.Ketiga, memperkukuh suara dan perlindungan pemberi maklumat. Masyarakat yang takut melapor akan membiarkan salah guna kuasa terus tersembunyi.NGO boleh menyediakan pendidikan mengenai hak pemberi maklumat, membantu masyarakat memahami saluran aduan yang sah serta mengadvokasi perlindungan yang lebih berkesan daripada tindakan balas.Keempat, memantau perbelanjaan dan pelaksanaan projek awam. Pendedahan maklumat perolehan kerajaan perlu dimanfaatkan untuk membolehkan masyarakat menilai sama ada sesuatu projek benar-benar memenuhi keperluan rakyat, dilaksanakan mengikut spesifikasi dan menggunakan dana secara berhemat.Sebagai contoh, apabila sebuah sekolah atau kemudahan kesihatan yang dijanjikan masih belum siap, masyarakat berhak mengetahui status projek, nilai peruntukan, pihak yang bertanggungjawab serta sebab kelewatannya.Pemantauan sebegini bukan bertujuan mencari kesalahan semata-mata, tetapi memastikan setiap ringgit wang awam memberi manfaat kepada rakyat. Gerakan masyarakat sivil juga mesti mengekalkan integritinya sendiri.Pemantauan perlu berasaskan fakta, bebas daripada kepentingan sempit dan terbuka kepada penelitian. Kredibiliti moral NGO terletak pada keupayaannya mempertahankan prinsip yang sama tanpa mengira pihak yang memegang kuasa.Mengembalikan Keberanian dan Kepercayaan RakyatPeningkatan skor CPI, tindakan penguatkuasaan dan penggubalan undang-undang baharu menunjukkan adanya usaha memperkukuh tadbir urus negara.Namun, ukuran kejayaan reformasi bukan sekadar jumlah undang-undang yang diluluskan atau individu yang didakwa.Ukuran sebenar ialah sejauh mana rakyat merasakan hak mereka dilindungi, peluang diagihkan secara adil dan suara mereka didengari tanpa rasa takut.Rasuah merampas lebih daripada wang. Ia boleh merampas peluang pendidikan, kualiti perkhidmatan kesihatan, pembangunan komuniti dan masa depan generasi akan datang.Oleh itu, persoalan yang perlu kita tanyakan bukan lagi sekadar, “Siapakah yang menerima rasuah?” tetapi juga, “Apakah hak, peluang dan kemudahan yang sepatutnya dinikmati rakyat tetapi telah dinafikan akibat rasuah?”Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan reformasi, institusi mesti mempertahankan kebebasan dan akauntabilitinya, manakala NGO serta masyarakat sivil perlu terus memainkan peranan sebagai suara nurani negara.Rasuah akan terus berakar apabila masyarakat memilih untuk berdiam diri. Sebaliknya, apabila rakyat berani bersuara, institusi bersedia dipersoalkan dan kuasa tertakluk kepada semak dan imbang, barulah integriti mampu menjadi budaya negara.* Profesor Dr Hanim Salleh ialah Ketua Kluster Kepimpinan, JKP Agenda Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, Universiti Tenaga Nasional.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Hampir 6,000 pelajar, kakitangan Mara terima manfaat Program Jelajah Antirasuah IPMA 2026
SHAH ALAM – Kesedaran mengenai bahaya rasuah terus diperkukuh menerusi Program Jelajah Antirasuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2026 yang memberi manfaat kepada 5,679 pelajar dan kakitangan di enam IPMA di seluruh negara.Program anjuran bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Rasuah Busters itu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menjadi platform untuk menyemai nilai integriti serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menolak rasuah.Siri jelajah bermula pada 8 Julai di Kolej MARA Banting (KMB), Selangor, sebelum diteruskan ke TVET MARA Besut dan TVET MARA Kemaman di Terengganu, TVET MARA Pekan di Pahang serta TVET MARA Rembau di Negeri Sembilan.Jelajah itu melabuhkan tirainya di MARA Japan Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor, pada Jumaat lalu.Setiap sesi menampilkan pelbagai pengisian, termasuk ceramah, perbincangan interaktif dan perkongsian pengalaman berkaitan isu integriti serta kepentingan menolak rasuah dalam kehidupan seharian, khususnya sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.Timbalan Ketua Unit Integriti MARA, Ahmad Zuriat Ahmad Tejuddin, berkata komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat merupakan perkembangan positif, lebih-lebih lagi apabila usaha tersebut turut mendapat perhatian dan kerjasama agensi kerajaan.”Kerjasama antara NGO dengan agensi kerajaan penting bagi memastikan isu integriti dan antirasuah terus diberi perhatian serta ditangani secara berterusan.”Inisiatif seperti Program Jelajah Antirasuah IPMA ini akan diteruskan dan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi membina masyarakat yang lebih peka terhadap kepentingan integriti, amanah dan tanggungjawab bersama.”Usaha berterusan ini diharap dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja memahami bahaya rasuah, malah berani mempertahankan prinsip integriti dalam kehidupan seharian,” katanya kepada Rasuah Busters selepas sesi jelajah terakhir di MJII.Tambahnya, jelajah tersebut akan diperluas pada tahun hadapan menerusi peningkatan jumlah program di pusat pendidikan MARA serta pelaksanaan pendekatan baharu bagi memperkukuh kesedaran tentang integriti dan antirasuah dalam kalangan masyarakat.Menurut beliau, usaha berkenaan bukan sahaja perlu diteruskan dengan mendekati pelajar dan warga MARA, malah wajar diperkasakan melalui penganjuran forum yang membolehkan lebih banyak pihak terlibat dalam perbincangan berkaitan integriti dan pencegahan rasuah.”Penglibatan orang awam, khususnya masyarakat yang tinggal berhampiran pusat pendidikan yang dikunjungi, dapat membantu memperluas capaian program agar manfaatnya tidak terhad kepada warga MARA semata-mata.”Insya-ALLAH, tahun hadapan kita berharap dapat meningkatkan lagi jumlah program bersama pusat pendidikan MARA. Kita juga berharap dapat melakukan pembaharuan, antaranya melalui penganjuran forum yang melibatkan bukan sahaja pelajar dan warga MARA, tetapi juga orang awam,” katanya.Ahmad Zuriat turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan NGO, khususnya Rasuah Busters, yang disifatkan sebagai antara pihak yang bersungguh-sungguh memperjuangkan agenda integriti dan antirasuah di negara ini.Dalam pada itu, Pengarah MJII, Ir. Ts. Dr. Mohd Nazif Mohd Baharuddin, berkata TVET MARA bukan sahaja memberikan penekanan terhadap pendidikan teknikal dan pembangunan kemahiran, malah turut menerapkan nilai keagamaan dan integriti sebagai asas pembentukan sahsiah pelajar serta warga institusi.Menurut beliau, agama perlu menjadi tonggak utama dalam kehidupan kerana nilai tersebut mampu membentuk individu yang berakhlak mulia, amanah dan bertanggungjawab, sekali gus menyokong pembangunan kemahiran, keusahawanan serta potensi diri.Katanya, penerapan nilai integriti dalam kalangan pelajar dan kakitangan MARA selaras dengan tuntutan agama yang menekankan kepentingan amanah, kejujuran dan akhlak mulia dalam setiap tindakan.”Program ini menyediakan pelbagai elemen baharu menerusi perkongsian ilmu dan pengalaman serta penyampaian oleh penceramah yang membantu memberikan pendedahan dan pencerahan kepada pelajar serta kakitangan mengenai kepentingan integriti.”Program ini memberikan banyak input kepada pelajar dan kakitangan tentang kepentingan mengamalkan integriti, kesan apabila nilai tersebut diabaikan serta implikasinya terhadap pembangunan negara secara keseluruhan,” katanya.Mohd Nazif turut menegaskan bahawa penghayatan integriti bukan sahaja memberikan kesan terhadap pembentukan individu, malah memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan menyokong pembangunan negara secara beretika.Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Unit Integriti MARA dan Rasuah Busters atas pelaksanaan program berkenaan yang disifatkan sebagai inisiatif bermanfaat dalam memperkukuh kesedaran tentang integriti.”Saya amat mengalu-alukan agar program sebegini diteruskan dan diperluas dengan lebih banyak aktiviti pada masa hadapan.”Usaha berterusan ini diharap dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, tetapi turut memiliki jati diri yang kukuh, berakhlak mulia serta teguh mempertahankan prinsip integriti dalam kehidupan seharian,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, berkata generasi muda perlu membina prinsip integriti sejak daripada perkara paling kecil ketika menyampaikan mesej kesedaran antirasuah kepada pelajar.Menurutnya, kejujuran tidak terbentuk hanya apabila seseorang memegang jawatan besar, sebaliknya dibina melalui pilihan kecil yang dibuat setiap hari.Beliau berkata, perjuangan membanteras rasuah bukan sekadar tentang menangkap dan menghukum pelaku, tetapi juga tentang membina individu yang mampu berkata tidak apabila berdepan keperluan, ketamakan dan peluang yang menguji integriti.Pelajar semester lima Diploma Elektronik di MJII, Nurhanisa Mohd Irwan, berkata pendedahan menerusi program berkenaan membantu membentuk pemikiran pelajar agar lebih memahami dan menghargai nilai kejujuran serta integriti dalam kehidupan seharian.”Saya mula memahami bahawa rasuah bukan sekadar melibatkan wang, tetapi turut merangkumi perbuatan menggunakan orang lain atau cara tertentu demi mendapatkan sesuatu yang diinginkan,” katanya.Seorang lagi pelajar semester lima Program Elektronik, Robotik dan Automasi di MJII, Mohd Afiq Mohd Azlan, berkata penganjuran program berkenaan memberikan pelbagai input tentang bahaya rasuah.Menurutnya, sesi berkenaan turut membuka peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat secara terbuka mengenai isu rasuah.”Kami berasa bertanggungjawab untuk memahami bagaimana rasuah memberikan kesan kepada masyarakat dan bagaimana kami boleh memainkan peranan dalam membanterasnya. Insya-ALLAH, ilmu ini akan digunakan apabila memasuki alam pekerjaan kelak,” katanya.Sementara itu, pelajar semester empat Diploma Elektronik di institusi sama, Mohd Sharkawi Hussein, 21, berkata perkongsian penceramah mengenai punca, langkah pencegahan dan kesan buruk rasuah memberikan impak positif kepada pelajar, khususnya dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integriti dan usaha membanteras rasuah.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

‘Berniaga seperti kita jalani kehidupan’ — Rotiboy tekan integriti, perkasa kempen antirasuah
SHAH ALAM – Inisiatif memperkasakan budaya integriti dan menolak amalan rasuah perlu disokong secara menyeluruh oleh pelbagai pihak termasuk sektor swasta, badan berprestij demi memastikan kesejahteraan masyarakat serta masa depan negara yang lebih terjamin.Pengasas dan Pengarah Urusan Rotiboy Bakeshoppe Sdn Bhd, Hiro Tan berkata, penglibatan syarikat swasta dalam usaha membanteras rasuah bukan sekadar menyokong kempen semata-mata, sebaliknya merupakan satu tanggungjawab korporat yang berlandaskan prinsip kejujuran dan integriti.Beliau menjelaskan, matlamat utama penglibatannya bersama gerakan Rasuah Busters adalah untuk memahami visi dan menyelaraskan nilai-nilai murni yang boleh diterap serta disumbangkan oleh sektor swasta.”Bagaimana kita menjalankan sesebuah perniagaan adalah mencerminkan bagaimana kita menjalani kehidupan. Sejak awal lagi, saya percaya kita perlu hidup secara telus, berintegriti dan rendah diri.”Rotiboy akan berusaha sedaya upaya untuk memainkan peranan yang sepatutnya sebagai warga korporat di Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan pertemuan bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf merangkap Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub di Karangkraf di sini pada Jumaat.Hadir sama, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Aspirasi Berhad, Sakaria Samela dan Pengurus Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan.Tambah Hiro Tan, perancangan kerjasama bersama Rasuah Busters juga merangkumi kempen kesedaran anti-rasuah yang disasarkan kepada komuniti serta sekolah-sekolah.”Langkah ini disifatkan penting bagi memberikan pendidikan awal dan pemahaman mendalam kepada generasi muda serta masyarakat umum mengenai implikasi amalan rasuah,” katanya.Sementara itu, Sakaria menegaskan bahawa penghayatan nilai amanah, kejujuran dan integriti adalah selari dengan ajaran serta prinsip asas Islam.Menurutnya, setiap individu dan pemimpin organisasi wajib mendapatkan sesuatu hasil atau kejayaan menerusi salur serta usaha yang betul tanpa melibatkan kompromi moral.”Dalam ajaran Islam, hidup ini mestilah berasaskan kejujuran. Mendapatkan sesuatu dengan cara yang betul dan berhak adalah dituntut, berbeza dengan rasuah yang sedia ada berunsur penipuan.”Dunia akan menjadi lebih selamat sekiranya semua orang bertindak atas dasar kejujuran. Sekiranya kita menggadaikan prinsip demi mengejar kedudukan atau wang ringgit, dunia dan generasi akan datang akan terancam.”Justeru, amalan rasuah ini mesti dibendung dan dihabiskan secara bersungguh-sungguh,” jelas beliau.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

TSIS, Rasuah Busters perkukuh agenda antirasuah di lapangan
SHAH ALAM – Usaha memperkukuh agenda antirasuah dan integriti bakal diperluas daripada peringkat dasar serta penyelidikan kepada tindakan di lapangan menerusi kerjasama strategik antara Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) bersama Rasuah Busters.Kerjasama itu memberi tumpuan kepada program kesedaran, kempen antirasuah serta penglibatan agensi kerajaan negeri bagi memastikan usaha membanteras rasuah tidak terhenti pada tahap kesedaran, sebaliknya diterjemahkan kepada tindakan.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Integriti TSIS, Mohd Adram Musa berkata, Rasuah Busters dipilih sebagai rakan strategik kerana mempunyai pengalaman luas melaksanakan kempen serta usaha antirasuah bersama masyarakat.”Rasuah Busters mempunyai pengalaman di lapangan, berjumpa masyarakat dan melaksanakan kempen, manakala TSIS pula berada pada peringkat penyediaan dasar dan strategi.”Jadi, kita boleh gabungkan kekuatan masing-masing dengan merangka strategi bersama rakan yang melaksanakan usaha tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Beliau berkata, kerjasama itu turut membuka ruang kepada agensi kerajaan negeri untuk memainkan peranan lebih aktif dalam agenda antirasuah, bukan hanya melalui kempen kesedaran tetapi tindakan berdasarkan bidang kuasa masing-masing.Pendekatan itu penting bagi memastikan usaha membanteras rasuah dapat digerakkan pada peringkat pelaksanaan, terutama dalam kalangan agensi yang mempunyai kuasa serta tanggungjawab berkaitan.”Di peringkat agensi kerajaan, kita bukan sekadar mahu berada pada tahap kesedaran tetapi perlu sampai kepada tahap tindakan.”Ada peringkat kerajaan yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tertentu dan perkara ini perlu dimanfaatkan,” katanya.Menurutnya, pertemuan berkenaan merupakan kerjasama rasmi pertama antara kedua-dua pihak selepas hubungan sebelum ini lebih tertumpu kepada perkongsian maklumat serta sokongan melalui platform media, dengan beberapa inisiatif susulan dirancang mulai November ini.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Norhayati Nordin berkata, kerjasama berkenaan dapat menterjemahkan hasil penyelidikan dan data kepada bentuk yang boleh dilihat serta dirasai masyarakat.”Kita mahu melihat apa hasil data dan dasar itu diterjemahkan dalam satu bentuk yang boleh dilihat dan dirasai rakyat. TSIS merupakan pusat penyelidikan, manakala Rasuah Busters mempunyai pengalaman melaksanakan usaha antirasuah di lapangan.”Jadi, ini peluang untuk kita menterjemahkan hasil kajian kepada tindakan yang lebih dekat dengan masyarakat serta membentuk satu sistem sokongan yang kukuh,” katanya.Beliau menjelaskan, jaringan kerjasama itu akan diperluaskan kepada pelbagai pihak termasuk komuniti, pemegang taruh, pegawai integriti dan penjawat awam bagi membentuk jaringan lebih besar dalam usaha membanteras rasuah.Tambahnya lagi, penglibatan pelbagai pihak dalam ekosistem berkenaan penting bagi mewujudkan sokongan bersama serta memperluaskan usaha antirasuah ke peringkat masyarakat.”Kerjasama ini adalah peluang untuk kita bertukar pandangan, saling memperbaiki dan melihat apa lagi yang boleh kita sumbangkan kepada negara.”Dengan perluasan jaringan ini, kita boleh membina satu jaring keselamatan untuk negara supaya lebih terlindung daripada ancaman rasuah,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Semua perlu usaha bina generasi berintegriti untuk Malaysia lebih baik – Hiro Tan
KUALA LUMPUR – Usaha membentuk generasi yang teguh dengan nilai integriti merupakan proses jangka panjang yang perlu digalas oleh semua ahli masyarakat.Pengasas dan Pengarah Urusan Rotiboy Bakeshoppe Sdn Bhd, Hiro Tan berkata, jika semua pihak mengambil tanggungjawab, tidak mustahil kita boleh mewariskan Malaysia yang lebih baik, bersih daripada rasuah dan harmoni untuk anak cucu nanti.”Saya sangat berharap dapat melihat sebuah masyarakat yang lebih berintegriti, berani menolak perbuatan salah dan sentiasa memilih jalan yang benar dalam 30 tahun lagi.”Nilai ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah supaya generasi akan datang mempunyai asas yang kukuh untuk berdepan cabaran kehidupan tanpa mudah mengorbankan prinsip.”Di Rotiboy, integriti adalah nilai teras yang perlu ada dalam diri setiap pekerja. Syarikat baru-baru ini mengadakan kem kepimpinan untuk kakitangan yang berteraskan integriti,” katanya kepada Rasuah Busters pada Khamis.Beliau turut menyokong gerakan Rasuah Busters dan berharap usaha bersama hampir 600 rakan gabungan yang berkongsi matlamat serta misi yang sama dapat terus diperkukuh.”Dengan usaha dan kesedaran yang berterusan, mudah-mudahan suatu hari nanti kita dapat membina masyarakat yang mampu berdikari, membuat pilihan yang betul dan tidak perlu bergantung atau terlibat dalam sebarang amalan yang tidak wajar,” katanya yang turut menyatakan komitmen kebersamaan dalam gerakan Rasuah Busters.Tambah beliau lagi, dalam realiti kehidupan hari ini untuk mempertahankan nilai integriti bukan sesuatu yang mudah terutama apabila seseorang berdepan pilihan antara berpegang kepada prinsip atau berkompromi demi mencapai sesuatu yang diinginkan.Katanya, setiap individu perlu menyedari harga yang perlu dibayar bagi kedua-dua pilihan tersebut.”Kita kena pertimbangkan sama ada mahu berpegang kepada nilai atau berkompromi untuk mencapai apa yang kita perlukan.”Ada kos untuk berkompromi dan ada juga kos untuk berpegang kepada nilai yang kita mahu pertahankan,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Mahasiswa diingatkan bina benteng integriti – Mustafar
CYBERJAYA – Mahasiswa diingatkan supaya membina benteng integriti sebelum berdepan godaan dan kuasa.Ahli Lembaga Pengarah, Institut Integriti Malaysia (IIM) yang juga Pengerusi RapidBus, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, seseorang itu tidak seharusnya menunggu sehingga memegang jawatan tinggi, berada di bilik lembaga pengarah atau menguruskan jutaan ringgit sebelum mula memikirkan apa yang betul dan apa yang salah.”Jawapan itu sepatutnya sudah ada dalam diri anda kerana karakter dibentuk jauh sebelum kuasa diberikan,” katanya ketika berucap pada Hari Integriti dan Kepimpinan 2026 di Dewan Tun Canselor di sini pada Rabu.Program anjuran Universiti Multimedia (MMU) itu dihadiri lebih 2,000 pelajar Tahun Satu.Turut hadir, Presiden MMU, Profesor Datuk Ts Dr Mazliham Mohd Su’ud.Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Nurhayati Nordin turut menyampaikan ceramah berkaitan Kepemimpinan Beretika: Memimpin dengan betul, Memimpin dengan Integriti.Menurut Mustafar, kebanyakan kegagalan integriti tidak bermula dengan kesalahan besar sebaliknya, ia diawali dengan perkara remeh seperti pembohongan kecil, menipu dan konflik kepentingan atau bayaran kecil yang dianggap tidak memberi kesan.”Dengan bermula dengan satu kompromi boleh membawa kepada kompromi yang lain. Akhirnya, perkara yang dahulunya kita anggap tidak boleh diterima menjadi sesuatu yang normal. Apabila sesuatu menjadi normal, ia akhirnya boleh menjadi budaya,” katanya.Tambah beliau, kejayaan juga tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan pencapaian tetapi bagaimana kejayaan itu dicapai tanpa mengorbankan prinsip dan nilai.”Integriti seseorang tidak seharusnya diukur ketika dirinya diperhatikan sebaliknya terserlah melalui keputusan yang dibuat ketika tiada siapa melihat.”Kepimpinan bukan semata-mata mempunyai kedudukan. Kepimpinan adalah tentang prinsip. Ia bukan sekadar tentang menjadi individu yang diikuti, tetapi individu yang dipercayai.”Pimpinlah dengan cara yang betul ketika mudah, pimpinlah dengan cara yang betul ketika sukar, tetapi paling penting, pimpinlah dengan cara yang betul ketika tiada siapa melihat,” katanya.Dalam pada itu, Nurhayati berkongsi, perjalanan untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu yang sentiasa mudah kerana seseorang perlu berdepan dengan cabaran, tekanan dan keputusan sukar yang menguji prinsip diri.Ujar beliau, selain kebijaksanaan intelektual dan emosional, seseorang pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan spiritual bagi memahami mengapa mereka berada dalam sesuatu kedudukan dan tanggungjawab.”Jika tiada siapa yang akan mengetahui apa yang kita lakukan, adakah kita masih memilih untuk melakukan perkara yang betul?”Itulah kebijaksanaan seorang pemimpin. Kita percaya bahawa Tuhan sentiasa melihat apa yang kita lakukan,” katanya.Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Nur Elisa Qistina Zainal Abidin berkata, dia sangat bersetuju kesedaran integriti dan rasuah dibawa masuk ke sektor pendidikan dengan harapan amalan itu dapat dihapuskan pada masa hadapan.”Pendedahan seperti ini membuka mata kami untuk lebih berhati-hati dan menjauhi amalan tidak sihat, khususnya rasuah. Ia mengingatkan kami supaya sentiasa menjaga integriti dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan diri serta negara,” katanya.Seorang pelajar Fakulti Pengurusan Bisnes, Muhammad Danial Adenan pula berkongsi, sesi berkenaan memberi pendedahan baharu kepadanya mengenai kepentingan integriti serta membantu memahami dengan lebih jelas maksud integriti sebenar dan bentuk-bentuk jenayah yang boleh menjejaskan diri, organisasi serta masyarakat.Namun bagi pelajar, Erfan Suhaimi, 19, berkata, program tersebut benar-benar membuka mata tentang pentingnya integriti.”Integriti bukan hanya perlu diamalkan ketika berada di universiti, tetapi dalam setiap aspek kehidupan dan pada setiap masa untuk membentuk diri menjadi insan yang baik dan jujur.”Apa juga agama yang kita anuti, semuanya mengajar dan menuntut kita untuk menjadi manusia yang baik, amanah dan berpegang kepada kejujuran,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

RUU Kebebasan Maklumat perlu utamakan ketelusan, kerahsiaan – Rasuah Busters
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat seharusnya menjadi satu bentuk reformasi yang mengutamakan prinsip ketelusan dan kerahsiaan adalah secara pengecualian.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, RUU Kebebasan Maklumat itu sepatutnya memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat secara aktif dalam memperkukuh usaha antirasuah, meningkatkan integriti dan memperbaiki tadbir urus.”Fasal 6 mengehadkan tujuan permohonan kepada kategori tertentu seperti pembetulan maklumat peribadi, penyelidikan bukan komersial, media dan keadaan apabila pemohon mempunyai kepentingan yang wajar dan nyata serta telah terjejas.”Rasuah Busters, sebuah gerakan yang dekat dengan rakyat, kami melihat sekiranya terdapat peruntukan dalam undang-undang ini yang menyebabkan orang awam teragak-agak untuk mendapatkan maklumat, perkara ini perlu diteliti semula kerana hak akses akan menjadi purpose-based, sedangkan sifat sesuatu maklumat tidak berubah berdasarkan identiti atau motif pemohon. Ia boleh menyukarkan penyiasatan awal rasuah kerana pemohon mungkin belum mengetahui salah laku yang hendak dibuktikan.”Kami mencadangkan RUU ini harus diteliti semula kerana ia sepatutnya menjadi ruang untuk rakyat bergerak ke hadapan bersama-sama secara bertanggungjawab dalam mencegah rasuah dan menghentikan perlakuan salah laku melalui maklumat yang diperoleh. Tujuan untuk sebarang tindakan lanjut boleh jadi hanya timbul setelah maklumat diperoleh.”Di sini pentingnya “transparency by default dan secrecy by exception”. Jadi, persoalannya adakah pemohon perlu menyatakan tujuan secara khusus sebelum maklumat itu boleh diperoleh?” katanya pada Sesi Pendengaran Awam (National Town Hall) Mengenai Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2026 di Parlimen, di sini pada Isnin.Dalam sesi tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU Kebebasan Maklumat 2026 masih memerlukan penambahbaikan menyeluruh sebelum ia dimuktamadkan dan pihaknya dalam proses penelitian.Menurut beliau, pihaknya bukan sahaja melihat dari sudut teks tetapi aspek praktikal, mekanisme aplikasi yang jelas serta mudah dilaksanakan di pelbagai peringkat kerajaan.”Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) terbuka mendengar segala pandangan, kritikan serta maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil dan pihak media.”Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya melihat perkara ini daripada satu prinsip yang mudah. Ini kerana undang-undang yang baik bukan hanya mempunyai niat yang baik. Ia juga harus mempunyai tuntutan yang jelas dan mekanisme aplikasi yang dapat difahami,” katanya.Nurhayati turut berkata, sekiranya RUU itu dipinda, ruang yang mencukupi perlu diberikan kepada pihak berkepentingan untuk meneliti sama ada cadangan dan penambahbaikan yang dikemukakan telah dimasukkan.”Kami juga berharap sekiranya RUU ini dipinda, akan ada ruang dan tempoh masa yang mencukupi untuk pihak berkepentingan meneliti sama ada input yang dikemukakan, termasuk dalam JKPK, telah dimasukkan atau ditambah baik.”Kita mahu RUU ini diluluskan sebagai satu akta yang benar-benar mencapai tujuan asalnya, iaitu memperkukuh ketelusan, meningkatkan integriti dan memberi ruang kepada rakyat untuk bersama-sama mencegah rasuah,” katanya.Sementara itu, Azalina turut memaklumkan RUU itu sudahpun dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu dan dirujuk kepada JKPK pada 14 Julai lepas.Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas terhadap RUU berkenaan dan mengambil maklum perkara yang perlu diperbaiki.Katanya, antara isu utama yang menjadi tumpuan dalam sesi penelitian itu merangkumi skop maklumat yang wajar diakses oleh orang awam, kebebasan pihak media, proses permohonan yang lebih praktikal, mekanisme mencabar atau penyemakan keputusan penolakan serta perlindungan sewajarnya kepada agensi awam.”RUU ini hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan di Parlimen. Namun kerjasama erat pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemegang taruh penting bagi memastikan reformasi institusi negara ini benar-benar membawa kesan bermakna,” katanya.Sementara itu, sesi pendengaran hari ini diadakan bagi memperluas penyertaan pihak berkepentingan dan masyarakat awam dalam proses penelitian RUU berkenaan.Ia bagi memastikan isu-isu utama berkaitan kerangka RUU itu dipertimbangkan secara menyeluruh, sebelum syor dan pandangan jawatankuasa dimuktamadkan.Penggubalan RUU Kebebasan Maklumat 2026 adalah antara komitmen Kerajaan Madani dalam memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.Hadir sama dalam dalam sesi berkenaan termasuk wakil NGO, pelajar universiti dan kakitangan kerajaan daripada pelbagai kementerian.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Pelajar perlu berani tolak, tidak subahat rasuah
KEMAMAN – Pelajar bukan sahaja perlu mengetahui tentang rasuah itu salah tetapi perlu mempunyai keberanian untuk menolak, tidak bersubahat dan mengambil pendirian apabila berdepan dengan salah laku.Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar TVETMARA Kemaman, Afizah Zubaidah Embong berkata, golongan pelajar perlu diberikan kefahaman jelas mengenai kepentingan integriti kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta tenaga kerja yang akan mencorakkan masa depan negara.Menurutnya, usaha membanteras rasuah wajar bermula di peringkat akar umbi dengan membentuk kesedaran dan keberanian generasi muda untuk menolak sebarang bentuk salah laku sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.”Program Jelajah Antirasuah IPMA 2026 yang dilaksanakan secara bersama antara Rasuah Busters dan Unit Integriti Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini mampu membentuk sikap pelajar supaya lebih peka terhadap tanggungjawab menolak rasuah serta berani mengambil pendirian terhadap sebarang bentuk salah laku.”Ini merupakan satu perkara yang sangat penting di peringkat akar umbi kerana mereka inilah yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.”Kita mahu pelajar memahami bahawa integriti bukan sekadar satu nilai yang dipelajari di dalam kelas, tetapi perlu diamalkan apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak,” katanya kepada Rasuah Busters selepas Program Jelajah Antirasuah IPMA 2026 di TVETMARA Besut pada Rabu.Program Jelajah Antirasuah IPMA 2026 tersebut disertai 1,059 pelajar daripada semester satu hingga enam pelbagai program pengajian.Jelajah edisi 2026 yang memasuki tahun ketiga itu menyasarkan enam lokasi IPMA di seluruh negara sehingga Oktober depan dengan libat urus mencecah 2,000 pelajar.Jelajah berkenaan turut disempurnakan dengan program ceramah integriti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.Afizah Zubaidah turut berharap segala ilmu, informasi dan nasihat yang disampaikan menerusi program berkenaan dapat menjadi bekalan kepada para pelajar apabila mereka memasuki pasaran pekerjaan.Beliau menyeru agar para pelajar menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk mengenal pasti, mencegah dan menolak amalan rasuah dalam apa jua bentuk apabila berada dalam dunia pekerjaan nanti.”Harapan saya agar semua pelajar, apabila suatu masa nanti memasuki dunia pekerjaan, dapat menggunakan informasi, nasihat dan panduan yang diberikan untuk mencegah rasuah.”Semoga mereka menjadi pekerja yang bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing, tetapi juga mempunyai integriti dan keberanian untuk menolak rasuah,” katanya.Beliau berkata, pembudayaan antirasuah perlu bermula lebih awal kerana pembentukan sikap dan prinsip yang kukuh dalam kalangan generasi muda mampu menjadi benteng penting dalam membina sebuah negara yang lebih bersih, amanah dan berintegriti.Sementara itu, Nurhayati berkongsi ketika menyampaikan kesedaran antirasuah kepada pelajar, rasuah tidak semestinya berpunca daripada seseorang yang berpendapatan rendah atau hidup dalam kesusahan sebaliknya ia boleh berlaku apabila seseorang gagal mengawal keperluan, ketamakan dan peluang yang hadir dalam kehidupan.Ujarnya, seseorang yang tidak pernah melakukan kesalahan juga boleh terjebak apabila berdepan keadaan yang menguji pertimbangan dan ketahanan diri.Menurut beliau, antara alasan yang boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah ialah keperluan mendesak.”Kadang-kadang kita kata, ‘Aku tak pernah buat salah ini, tetapi aku ada keperluan. Mak tak sihat, sakit. Jadi kali ini sahaja kita guna alasan pinjam’, tetapi sebenarnya ia boleh menyebabkan berlakunya pecah amanah,.”Seseorang juga boleh terjerumus dalam rasuah bukan kerana kekurangan wang semata-mata, tetapi disebabkan ketamakan. Kita tengok orang yang ditangkap itu jawatan besar-besar, gaji pun berapa? Mahal. Macam mana boleh buat rasuah?”Orang yang buat rasuah mungkin kita fikir orang yang gajinya kecil dan keluarganya susah. Tetapi orang yang mempunyai pendapatan tinggi pun tetap boleh melakukannya. Alasan kedua ialah ketamakan,” katanya.Selain keperluan dan ketamakan, Nurhayati turut menekankan faktor peluang sebagai antara perkara yang boleh mendorong seseorang terlibat dengan rasuah.Beliau merujuk kepada kajian berkaitan penglibatan pelajar dalam rasuah yang menurutnya menunjukkan wujudnya risiko apabila seseorang berada dalam kedudukan yang menyediakan ruang atau peluang untuk melakukan salah laku.”Bukan dia memang nak buat. Tetapi apabila keadaan itu berlaku, ketahanan diri ataupun pertimbangan susah untuk diseimbangkan. Susah nak buat pilihan.”Kita perlu sedar apa yang boleh menyebabkan kita goyah. Kadang-kadang keperluan buat kita goyang. Kadang-kadang ketamakan buat kita goyang. Kadang-kadang peluang menyebabkan kita teruji. Ada ubat tak? Semua ada ubat, katanya,” katanya.Justeru, Nurhayati menyeru generasi muda supaya membina prinsip integriti sejak dari perkara paling kecil kerana kejujuran tidak terbentuk ketika seseorang sudah memegang jawatan besar tetapi dibina melalui pilihan-pilihan kecil setiap hari.Ujarnya, perjuangan membanteras rasuah bukan sekadar tentang menangkap dan menghukum pelaku tetapi tentang membina manusia yang mampu berkata tidak apabila berdepan keperluan, ketamakan dan peluang yang menguji integriti.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Program Jelajah Antirasuah IPMA 2026 kukuh integriti pelajar
BESUT – Usaha membentuk generasi berintegriti perlu dimulakan sejak di institusi pendidikan agar mereka bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal, malah turut mempunyai prinsip yang kukuh ketika memasuki dunia pekerjaan.Pengarah TVETMARA Besut, Ir Ts Abdul Athar Ibrahim berkata, ini kerana kemahiran membina kerjaya dan integriti menentukan bagaimana seseorang menggunakan ilmu serta amanah yang diberikan.Menurutnya, pelajar TVETMARA khususnya perlu diberi pendedahan awal mengenai kepentingan integriti dan bahaya rasuah memandangkan sebahagian besar pelajar institusi itu tidak pernah terdedah secara dekat kepada aspek pencegahan rasuah.”Sebenarnya, kebanyakan pelajar kita yang masuk di sini merupakan pelajar yang tidak terdedah dengan program-program sebegini.”Ini adalah salah satu perkara yang kita rasa perlu diberikan kepada para pelajar kerana mereka secara langsung akan terlibat dengan dunia luar yang lebih mencabar,” katanya kepada Rasuah Busters selepas Program Jelajah Antirasuah IPMA 2026 di TVETMARA Besut pada Selasa.Program anjuran Unit Integriti Majlis Amanah Rakyat (MARA) tersebut disertai kira-kira 200 peserta melibatkan pelajar daripada semester satu hingga lima daripada pelbagai jurusan.Jelajah edisi 2026 yang memasuki tahun ketiga itu menyasarkan enam lokasi IPMA di seluruh negara sehingga Oktober depan dengan libat urus mencecah 2,000 pelajar.Jelajah berkenaan turut disempurnakan dengan program ceramah integriti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia – Rasuah Busters, Nurhayati Nordin.Turut hadir, Pengarah Projek Rasuah Busters yang juga Penasihat dan Pengasas Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah.Tambah Abdul Athar, program itu bukan sekadar memberi pengetahuan mengenai rasuah, sebaliknya mampu membentuk jati diri serta memperkukuh pegangan integriti dalam kalangan pelajar.”Pendedahan awal kepada isu rasuah dan integriti penting bagi memastikan golongan muda mempunyai kefahaman serta pendirian yang jelas apabila berdepan dengan cabaran di alam pekerjaan kelak.”Program ini merupakan platform yang baik untuk membantu pelajar membina jati diri dan menjadikan integriti sebagai prinsip dalam kehidupan.”Ia juga baik untuk mereka bagi memastikan jati diri dan integriti mereka, khususnya berkenaan dengan rasuah, dapat diperkukuh serta diberi pendedahan dengan lebih dekat,” katanya.Beliau berharap sesi perkongsian berkenaan dapat menjadi bekalan kepada pelajar untuk membuat keputusan yang betul apabila berdepan dengan sebarang bentuk salah laku, penyalahgunaan kuasa atau rasuah pada masa hadapan.Sementara itu, Muhamad Nasir turut berkongsi bahawa golongan muda wajar menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan, bukan sekadar membacanya, tetapi memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.Menurut beliau, generasi yang memahami al-Quran bukan sahaja mampu membina kehidupan yang lebih baik, malah dapat membentuk masyarakat berakhlak, bertanggungjawab dan berintegriti.Pada majlis berkenaan, Muhamad Nasir turut menyampaikan wakaf al-Quran yang disumbangkan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) kepada Pengarah TVETMARA Besut.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian