#RasuahBusters

Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini. Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. #RasuahBuster membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik dan merosakkan rakyat dan Malaysia. Kempen #RasuahBusters menekankan nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya. Inilah sebuah gerakan daripada rakyat demi rakyat.