BeritaAgenda reformasi institusi, integriti perlu diterjemah kepada perubahan berkekalan - RasuahBusters

Agenda reformasi institusi, integriti perlu diterjemah kepada perubahan berkekalan – RasuahBusters

SHAH ALAM – Komitmen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap reformasi, integriti serta pembanterasan rasuah perlu diterjemahkan kepada perubahan institusi yang efektif, tegas RasuahBusters.Menurutnya, reformasi yang dilaksanakan kerajaan perlu bersifat menyeluruh dan berkekalan supaya tidak bergantung kepada individu serta penggal kerajaan memerintah.RasuahBusters berkata, antara perkara yang perlu diberi keutamaan adalah menetapkan garis masa bagi reformasi institusi.”Perkara itu termasuk pemisahan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengukuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penggubalan Akta Kebebasan Maklumat 2026, penubuhan Ombudsman Malaysia dan pengukuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).”Selain itu, memperkukuh Parlimen sebagai institusi semak dan imbang melalui autonomi, sokongan kepakaran dan sumber profesional yang mencukupi,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.RasuahBusters turut menggesa Peraturan Mesyuarat bagi memperkukuh pengawasan kewangan dipinda termasuk mekanisme rujukan wajib oleh Jawatankuasa Pilihan Khas bagi projek berskala besar melebihi RM3 bilion.Selain perundangan, badan itu berpandangan reformasi yang tidak memerlukan pindaan undang-undang melalui keputusan pentadbiran, arahan dasar dan penambahbaikan prosedur perlu dilaksanakan segera.RasuahBusters berkata, tatakelola syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu diperkemaskan.”Khususnya dari aspek pelantikan berasaskan merit, pengurusan konflik kepentingan yang tegas, proses pelaburan dan perolehan berjejak, audit kukuh serta pendedahan awam yang setimpal.”GLC dan GLIC bukan ruang yang terpisah daripada prinsip akauntabiliti awam hanya kerana pengoperasian adalah melalui struktur korporat,” katanya lagi.RasuahBusters turut menasihatkan pimpinan politik untuk teguh meletakkan anti rasuah sebagai agenda utama dengan memastikan setiap individu yang memegang kuasa tertakluk kepada undang-undang, pengawasan Parlimen, serta akauntabiliti terhadap rakyat.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Terkini

Artikel Berkaitan