More

    SIAPA KAMI

    #RasuahBusters

    Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini. Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. #RasuahBuster membentuk kebangkitan rakyat agar menentang najis rasuah yang telah menjadi pandemik dan merosakkan rakyat dan Malaysia. Kempen #RasuahBusters menekankan nilai integriti yang melahirkan moral dan karakter bangsa yang bertamadun dan berjaya. Inilah sebuah gerakan daripada rakyat demi rakyat.

    VISI

    Membangun sistem nilai dalam legasi Malaysia yang sifar toleransi rasuah dan bebas dari penyalahgunaan kuasa.

    MISI

    Gerakan dari rakyat demi rakyat untuk memulihkan & membentuk ransformasi dan integriti #NilaiMoralKarakterBangsa Malaysia dengan menghapuskan kereputan akhlak dan segala bentuk korupsi

    OBJEKTIF

    JIWA
    Memperkasa ‘Belief System’ berteraskan Agama

    MINDA
    Perubahan kerangka fikir dengan meletakkan asas Rukun Negara, sistem pendidikan, adaptasi teknologi 4IR

    KESEJAHTERAAN FIZIKAL
    Perubahan karakter melalui kesedaran dan penguatkuasaan