Berita#Malaysia100 bentuk ‘sistem imun’ antirasuah anak muda

#Malaysia100 bentuk ‘sistem imun’ antirasuah anak muda

PEKAN – [DIKEMAS KINI] Tiga dekad sebelum Malaysia mencapai 100 tahun kemerdekaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina ‘sistem imun’ antirasuah dalam kalangan generasi muda yang bakal menerajui pelbagai sektor strategik negara.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, pendedahan awal di peringkat pengajian tinggi amat kritikal memandangkan mahasiswa hari ini merupakan penentu landskap kepimpinan negara pada masa hadapan.Menurutnya, mahasiswa berusia 19 dan 20 tahun hari ini perlu dipersiapkan seawal mungkin agar tidak canggung mendepani cabaran tadbir urus apabila memegang jawatan utama kelak.”Sebab itu, ini ruang pertama yang kita mahu buka supaya mereka siap siaga berdepan perancangan dan cabaran menuju 30 tahun akan datang.”Kita tidak perlu menunggu penyakit itu menjadi kronik, tetapi siapkan diri dan melakukan semakan dan penelitiandari sekarang.”Proses pencegahan rasuah perlu dijadikan ‘suplemen’ awal kepada anak-anak ini supaya mereka imun terhadap apa jua bentuk tawaran dan godaan, sama ada ketika menuntut ilmu mahupun dalam alam pekerjaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA Pekan di sini pada Khamis.Hadir sama, Pengarah TVETMARA Pekan, Dr Suzilasahibatul Akhmar Ahmad.Program Jelajah Antirasuah 2016 Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang dianjurkan bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Rasuah Busters itu dihadiri hampir 700 pelajar TVETMARA di sini.Nurhayati memberitahu, kebolehan mengenali petanda awal penyelewengan (red flags) menjadi perisai utama bagi mengelakkan pelajar terjerumus ke dalam perangkap salah guna kuasa.Jelasnya, pendedahan integriti bukan sahaja untuk membendung salah guna kuasa, malah menyuntik keberanian moral kepada mahasiswa untuk mempertahan kebenaran.”Dalam proses menolak rasuah, kita perlu berani bangkit dan bersuara. Jika ada perkara yang salah, kita tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu teguh melakukan perkara yang betul walaupun persekitaran melakukan kesalahan.”Matlamat kita adalah membina niat yang betul sejak awal supaya prinsip integriti tetap dipertahankan sekalipun berdepan tekanan atau godaan,” jelas beliau.Sementara itu, Nurhayati menegaskan pembangunan fizikal dan kepakaran teknikal menerusi TVET tidak akan memberi nilai tambah bermakna tanpa kekuatan sahsiah.Ujar beliau, ikhtiar membina teknologi canggih akan sia-sia jika pereka dan pengurus sistem berkenaan kerap mengabaikan aspek moral.”Kita boleh membina teknologi sehebat mana sekalipun, tetapi intinya mesti dipasakkan kepada nilai moral dan karakter yang teguh seiring dengan pembangunan fizikal.”Bayangkan sektor kesihatan, perkapalan mahupun infrastruktur jalan raya pada waktu itu. Pelajar bidang teknikal inilah yang menterjemahkan pembangunan negara, jadi perubahan ketara dari segi integriti juga akan bermula daripada mereka,” tegasnya.Nurhayati berkata, kepakaran yang diperoleh melalui pendidikan juga membawa kuasa dan tanggungjawab yang perlu digunakan untuk kebaikan, bukannya disalahgunakan.”Kuasa yang ada pada segulung ijazah itu boleh melakukan macam-macam,” katanya sambil menegaskan setiap individu perlu melaksanakan amanah bidang masing-masing dengan penuh tanggungjawab.Beliau menjelaskan, matlamat lebih mendalam menerusi program berkenaan adalah memupuk nilai kebertanggungjawaban (accountability) agar mahasiswa melihat isu integriti sebagai peranan bersama, bukannya sekadar mencari pihak untuk dipersalahkan.”Yang mendalam itu saya nak mendidik bertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, dan negara,” katanya.Menurutnya, jelajah edisi 2026 yang memasuki tahun ketiga itu menyasarkan enam lokasi IPMA di seluruh negara sehingga Oktober depan dengan libat urus mencecah 2,000 pelajar.”Pilihan kita adalah bermula dengan menetapkan matlamat akhir. Jika daripada kelompok ini sebahagiannya memikul mandat reformasi negara, bayangkan sektor yang mereka terajui kelak pasti boleh berubah.”Walaupun perubahan itu tidak berlaku 100 peratus secara menyeluruh, kita tahu bahawa kita sudah pun berada dalam gelombang perubahan tersebut,” katanya.

Baca Artikel Penuh di Sinar Harian

Terkini

Artikel Berkaitan