BeritaPenduduk rayu selesaikan masalah banjir

Penduduk rayu selesaikan masalah banjir

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Penduduk sekitar Taman Aman/Mawai, Kota Tinggi, Johor memohon pihak berwajib untuk segera menyelesaikan permasalahan banjir, termasuk banjir kilat yang sering berlaku di kawasan perumahan berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan perumahan berkenaan sememangnya dinaiki air susulan hujan lebat pada pagi Khamis, namun ia segera surut menjelang petang.

Seorang penduduk, Sadiah Ahmad berkata, banjir kali ini merupakan yang kedua setelah banjir pada Mac 2023 lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642677/edisi/johor/penduduk-rayu-selesaikan-masalah-banjir

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

 

​ 

Terkini

Artikel Berkaitan