BeritaPetani setinggan minta RM100,000 pampasan dari MB Inc

Petani setinggan minta RM100,000 pampasan dari MB Inc

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Kerajaan negeri Perak mendedahkan pengusaha pertanian tanpa kebenaran di atas tanah milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) di kawasan Mukim Pasir Panjang Ulu, Daerah Perak Tengah meminta pampasan RM100,000 bagi seekar jika mahu mereka keluar daripada tanah yang diusahakan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagaimana pun MB Inc hanya bersetuju untuk memberikan bayaran ex-gratia sebanyak RM2,000 bagi setiap ekar kepada pengusaha-pengusaha tanpa kebenaran di tanah seluas 324.15 hektar berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak melakukan sebarang penganiayaan atau pengusiran secara paksa terhadap pengusaha-pengusaha tanpa kebenaran tersebut sebaliknya ia dilakukan mengikut proses perundangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642598/edisi/perak/setinggan-minta-pampasan-rm100000-seekar—mb

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

 

​ 

Terkini

Artikel Berkaitan