berita rasuah bustersAmbil perhatian titah Sultan Selangor isu rasuah: SPRM

Ambil perhatian titah Sultan Selangor isu rasuah: SPRM

PUTRAJAYA – Rakyat di negeri Selangor diseru mengambil perhatian khusus terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembabitan beberapa pegawai kerajaan di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, ia bagi memastikan perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang sekali gus menjadikan Malaysia bebas rasuah.

“Saya juga sangat mengalu-alukan dan menyanjung tinggi pendirian Tuanku Sultan terhadap SPRM dalam menjalankan tugas untuk melaksanakan penyiasatan yang telus dengan bukti-bukti kukuh bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menzahirkan dukacita apabila terdapat beberapa pegawai kerajaan di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan rasuah.

Titah baginda, kurniaan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor bagi pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik yang didapati bersalah dalam rasuah akan ditarik balik.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy