berita rasuah bustersIndividu perlu bentuk nilai sendiri cegah rasuah

Individu perlu bentuk nilai sendiri cegah rasuah

SHAH ALAM- Setiap individu perlu memainkan peranan dalam membentuk nilai jati diri bagi mencegah dan menjauhi gejala rasuah.

Team Ahli Pemikir (TAM) Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Said berkata, pengukuhan integriti dan bersikap jujur dapat mengelak individu itu daripada terlibat dengan perbuatan rasuah.

“Secara keseluruhan, negara boleh berintegriti kalau individu penuh dengan integriti. Individu yang bertanggungjawab dalam membentuk nilai sendiri. Tidak boleh bergantung kepada sebuah organisasi sahaja bagi mencegah perkara ini (rasuah),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Siri Wacana Dasar VI (Siri Akhir): Rasuah dan Gerakan Sosial secara dalam talian pada Rabu.

Turut menjadi panelis pada program itu, Profesor Sosiologi Universiti Nasional Singapura, Profesor Dr Syed Farid Alatas dan Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin manakala Datuk Dr Ilanco Karuppanan selaku moderator.

Selain itu, beliau berkata, sesebuah negara dan kerajaan perlu ada kehendak dalam menyelesaikan masalah rasuah dalam negara.

Jelasnya, usaha menghadapi masalah itu tidak akan menemui penyelesaian sekiranya kerajaan tidak mempunyai kehendak politik.

“Kehendak politik ialah komitmen pihak berkuasa utama (kerajaan) untuk membuat keputusan. Ia bukan kehendak ahli Parlimen, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), tetapi pihak berkuasa negara dalam buat keputusan seperti menggubal dasar dan sebagainya untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

“Yang memainkan peranan penting di sini adalah barisan kepimpinan sama ada kerajaan, agensi mahupun institusi kerajaan. Barisan kepimpinan sektor swasta juga turut main peranan yang penting kerana mereka yang menyuap sering kali dari sektor swasta,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin turut berpendapat, individu itu sendiri perlu memainkan peranan dalam menentang rasuah.

Jelasnya, peranan itu bukan lagi diletakkan kepada badan-badan tertentu semata-mata.

“Sebab itu kita tidak boleh berjaya. Itu fakta yang kita kena terima. Sebab kita beri kepada pihak lain. Sedangkan budaya rasuah ini melibatkan semua individu.

“Kadang-kadang, benda kecil pun kita tidak perasan. Secara tidak sedar, rasuah turut berlaku kepada diri kita,” jelasnya.

WACANA DASAR VI: RASUAH DAN GERAKAN SOSIAL

Kehendak politik atau political will dilihat sebagai satu cara untuk menangani rasuah sistemik di negara Malaysia. Namun, perebutan politk yang berlaku kebelakangan ini menjadi punca yang menyumbang kepada insiden rasuah politik. Justeru, mampukah rakyat Malaysia menggunakan kuasa popular dalam sebuah negara demokrasi untuk menjayakan inisiatif sifar rasuah?

Posted by Inpuma UM on Tuesday, August 3, 2021

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here