berita rasuah bustersKerajaan Selangor iltizam pelihara integriti

Kerajaan Selangor iltizam pelihara integriti

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi komitmen penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menggesa agar semua kakitangan pentadbiran negeri memelihara integriti dan bebas rasuah.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, titah Sultan Sharafuddin itu merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian sewajarnya bagi menjaga imej kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan beriltizam menjaga intergeriti bagi memastikan semua perancangan tidak terjejas.

“Sebagai anggota kerajaan pentadbiran negeri Selangor, kami mengambil maklum titah baginda melalui satu kenyataan media pada 28 Julai yang menitahkan semua kakitangan kerajaan negeri memelihara integriti masing-masing.

“Ingatan baginda tentunya sesuatu yang perlu diambil berat dan prinsip kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sultan Selangor pada Rabu menzahirkan rasa dukacita susulan mengetahui terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor disyaki terlibat kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, baginda menegaskan sesiapa pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, pihaknya yakin bahawa Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan kes berkenaan dengan adil.

“Ini adalah selaras dengan prinsip ‘rule of law’ bahawa tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here