berita rasuah bustersPertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik dan menyokong penuh gerakan rakyat Sinar Untuk Malaysia #KarakterNilaiMoralBangsa yang diusahakan Dato’ Hussamuddin Yaacub.

IKRAM menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk menyambut gesaan ini bagi menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang kini telah sampai ke kemuncak sehingga negara boleh tergadai dan mandat rakyat tidak dihormati.

IKRAM berpandangan, pencapaian markah 53/100 Malaysia pada tahun 2019 dalam tinjauan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sangat menyedihkan.

IKRAM berpendirian tegas bahawa rasuah adalah musuh utama negara. Bagi mengelakkan kehancuran, seluruh rakyat harus memegang sikap menolak sepenuhnya amalan rasuah dan para perasuah tanpa kompromi.

IKRAM menggesa kerajaan supaya mengambil langkah yang segera, tegas dan bersungguh-sungguh serta holistik agar gejala rasuah dapat dikawal dan seterusnya dihapuskan. Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 perlu dilaksanakan sepenuhnya dan dilaporkan pencapaiannya kepada rakyat.

IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama secara aktif dalam gerakan menghapuskan rasuah, termasuk menjadi mata dan telinga melaporkan kes yang diketahui kepada pihak berwajib.

IKRAM akan bekerjasama dengan semua pihak dalam perjuangan membanteras rasuah.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here