berita rasuah bustersRasuah: Fahami nilai agama dalam diri

Rasuah: Fahami nilai agama dalam diri

SHAH ALAM – Usaha menentang rasuah dalam negara melibatkan pemahaman nilai agama Islam dalam diri individu.

Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, agama Islam mengajar umatnya menentang kemungkaran dan menghalang kezaliman ke atas orang lain.

“ALLAH SWT berpesan mereka yang melihat kemungkaran perlu mengubah dengan tangan jika tidak mampu lakukan dengan lidahnya.

“Disebut dalam al-Quran bahawa ALLAH SWT melaknat perbuatan rasuah, jadi tidak boleh ada seorang pun umat Islam yang merelakan perbuatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Siri Wacana Dasar IMPUMA bertajuk ‘Agama dan Rasuah’ anjuran Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya, menerusi aplikasi zoom pada Isnin.

Forum yang dikendalikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha itu turut menampilkan Pengasas dan Pengerusi Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), Dr KJ John dan Profesor Sains Politik Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN) Politeknik STIA LAN Jakarta, Profesor Dr Nurliah Nurdin sebagai panelis.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, ajaran agama Islam mempunyai dua bahagian yang penting.

“Pertama ialah bahagian yang membabitkan hubungan langsung seorang hamba dengan Tuhan seperti menunaikan solat, puasa dan zikir.

“Satu bahagian lagi manusia mestilah beradab, berakhlak dan berurusan dengan cara yang baik dalam kalangan masyarakat.

“Bahagian kedua inilah yang membabitkan pemahaman mengenai rasuah namun kita lihat tidak ramai penceramah menyentuh isu ini kerana mungkin akan bertembung dengan pegangan golongan pemerintah,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan masyarakat tidak boleh semata-mata bergantung kepada pemimpin politik dalam menjadikan negara bersih daripada rasuah.

“Gerakan yang digerakkan oleh rakyat yang mahu bebas daripada rasuah sebenarnya adalah lebih kuat dan jelas daripada parti politik,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy