berita rasuah busters‘Segelintir masyarakat alpa bahaya rasuah’

‘Segelintir masyarakat alpa bahaya rasuah’

SHAH ALAM – Masyarakat perlu dididik mengenai risiko dan bahaya di sebalik amalan rasuah.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Tengku Elena Tengku Mahamad berkata, berikutan itu pendidikan tentang rasuah perlu diserap dalam silibus di sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung pada peringkat rendah, menengah atau pengajian tinggi.

“Ini kerana risiko di sebalik pengambilan rasuah ini mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada diri sendiri, keluarga, agama dan negara.

“Dan kebanyakan ahli masyarakat kadang-kadang bersikap alpa dan terlupa mengenai bahaya rasuah apabila melihat habuan yang bakal diperoleh hasil aktiviti tidak sihat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Tengku Elena berpandangan bahawa Rasuah Busters yang dibawakan Sinar Harian merupakan kempen yang sangat positif.

“Rasuah Busters bukan hanya untuk mendidik orang ramai tetapi juga memberi kesedaran kepada orang muda dan membantu mereka mengembangkan sikap positif dan tabiat jujur.

“Malah, kanak-kanak di sekolah rendah mungkin dianggap terlalu muda tetapi mereka sebenarnya cukup matang untuk memahami bahawa rasuah tidak boleh diterima dan ia adalah jenayah sosial,” kata beliau lagi.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy