berita rasuah bustersSistem politik telus, terbuka mampu kawal rasuah

Sistem politik telus, terbuka mampu kawal rasuah

SHAH ALAM – Sistem politik sesebuah negara yang bersifat telus dan terbuka mampu mengawal isu rasuah daripada terus menjadi parah.

Profesor Sains Politik Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN) Politeknik STIA LAN Jakarta, Profesor Dr Nurliah Nurdin berkata, pemimpin politik itu sendiri perlu mempunyai sifat telus dan akauntabiliti dalam menangani urusan tertentu.

“Sifat telus ini boleh mengurangkan rasuah kerana jika ada data yang disembunyikan, masyarakat sukar mengetahui wujudnya rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Siri Wacana Dasar IMPUMA bertajuk ‘Agama dan Rasuah’ anjuran Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA) Universiti Malaya menerusi aplikasi zoom pada Isnin.

Forum yang dikendalikan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha itu turut menampilkan Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengasas Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), Dr KJ John sebagai panelis.

Mengulas lanjut mengenai fungsi agama dalam pencegahan rasuah, Dr Nurliah berkata, agama Islam sudah menyediakan panduan hidup yang lengkap untuk umatnya.

“Dalam Islam, Al-Quran sebagai produk agama sudah bagus, tetapi penganutnya yang kurang mengamalkan ajarannya.

“Agama tidak lagi hanya di masjid, ia harus menjadi sebahagian rutin harian kita dan masukkan dalam dunia politik juga.

“Jika orang Islam mengamalkannya dengan baik, pasti negara akan bersih daripada perbuatan buruk termasuk rasuah,” katanya.

Sementara itu, beliau menekankan bahawa usaha mengawal rasuah memerlukan gerak kerja bersama oleh masyarakat.

“Kesedaran dan kerjasama daripada masyarakat penting supaya pemerintah menerima mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan pemimpin yang bersih daripada rasuah,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy