berita rasuah bustersYARM gembira pembentangan kajian berjalan lancar

YARM gembira pembentangan kajian berjalan lancar

SHAH ALAM – Pemangku Presiden Yayasan Antirasuah Malaysia (YARM), Mohd Rafee Md Aris gembira dengan kejayaan program ‘Hasil Kajian Persepsi dan Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah dalam Kalangan Mahasiswa’ yang disiarkan secara langsung pada Rabu.

Malah, lebih menarik katanya, program tersebut turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antirasuah seperti Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Azam Baki dan Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.

“Kaji selidik yang dijalankan ini merupakan kajian yang sangat berguna untuk diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang memerlukan garis panduan atau rujukan dalam menganjurkan program-program berkaitan rasuah ini.

“Saya sangat bersyukur pada hari ini (Rabu) kerana program ini berjalan dengan baik. Saya juga berharap akan ada lagi kerjasama antara YARM dengan Sinar Harian dan Rasuah Busters pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Mohd Rafee berkata, YARM akan menjalankan pelbagai lagi program bagi memerangi rasuah antaranya Hari Antirasuah Antarabangsa pada 9 Disember.

Beliau turut mengharapkan kerjasama rakan media seperti Sinar Harian.

Tambah beliau, YARM juga berharap dapatan kajian itu dapat dilihat dan diterima pakai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan SPRM.

“Usul yang dicadangkan antaranya untuk memberi kebenaran menubuhkan biro integriti dalam majlis perwakilan pelajar wajar dipertimbangkan,” katanya.

Program itu disiarkan secara langsung di www.sinarharian.com.my dan platform Facebook Sinar Harian pada Rabu.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here