BeritaMembasmi rasuah tanggungjawab semua

Membasmi rasuah tanggungjawab semua

SHAH ALAM – Tanggungjawab untuk memerangi rasuah bukanlah tugasan eksklusif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

Inspektor Harryanto Bujang dari Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuching, Sarawak berkata, sebaliknya, tanggungjawab itu juga wajar dipikul oleh seluruh masyarakat di negara ini terutamanya dalam kalangan warga yang berkhidmat di agensi kerajaan.

Beliau berkata, usaha untuk mencegah rasuah juga perlu dilihat secara total dan ia memerlukan kepada perancangan dan pelaksanaan bersepadu daripada semua pihak.

“Usaha tersebut haruslah merangkumi pelbagai aspek termasuklah penguatkuasaan, politik dan kepimpinan, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, program pendidikan serta pembangunan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Harryanto yang juga calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, rasuah akan berlaku apabila pegawai-pegawai yang mempunyai kuasa berkehendakkan sesuatu bersifat keuntungan peribadi dengan menggunakan kedudukan mereka.

“Situasi di atas jelas menunjukkan perbuatan terkutuk ini masih berlaku dan berterusan berlaku selagi usaha membasminya tidak dilakukan secara habis-habisan.

“Setiap hari kita dikejutkan dengan laporan tangkapan dan pendakwaan berkaitan rasuah dan terkini berkaitan pengeluaran sijil vaksinasi tanpa suntikan dan kes berkenaan masih dalam siasatan SPRM,” jelas beliau.

Justeru, beliau menyokong kempen Rasuah Busters yang dianjurkan Sinar Harian.

Katanya, kempen Rasuah Busters merupakan suatu inisiatif terbaik dalam pencegahan rasuah.

“Namun usaha ini perlu dilakukan dengan kerjasama bukan sahaja dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi Transparency International Malaysia (TI-M) perlu turut serta,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy