Jelajah Antirasuah 2.0 KPS Berhad Act-i
Syukur kerana program Jelajah Antirasuah 2.0 KPS Berhad Act-i kolaborasi bersama Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) telah pun berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Merangkumi beberapa negeri dari utara ke selatan kami membawa misi ini.
Misi ini dimulakan di Pulau Pinang ke Johor dan Jelajah Antirasuah 2.0 KPS Berhad Act-i berakhir di Selangor. Misi ini disertai oleh murid sekolah dari pelbagai latar belakang antaranya atlet sukan, pengawas, ketua kelas, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya
Terima kasih juga kepada semua pelajar, guru, rakan media Sinar Harian, sukarelawan dan pihak penganjur yang telah bekerja keras di sebalik tabir bagi memastikan kelancaran setiap siri jelajah ini.
Jelajah ini bukan sekadar satu siri program, tetapi satu manifestasi komitmen bersama dalam memperkukuh budaya integriti dan ketelusan di peringkat sekolah.












