berita rasuah bustersAmalan ‘kos hiburan’ budaya rasuah korporat

Amalan ‘kos hiburan’ budaya rasuah korporat

SHAH ALAM – Kos hiburan dipercayai salah satu amalan rasuah yang sudah menjadi budaya perniagaan oleh golongan korporat pada masa kini.

Pengasas Elzar Group & Myclazz.com, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, kos hiburan dilihat semakin berleluasa di Malaysia kerana ia menjadi sebahagian daripada budaya korupsi oleh syarikat perniagaan korporat.

“Kalau dilihat dari sudut dunia korporat, kos hiburan biasanya disediakan oleh syarikat untuk memeterai sesuatu perjanjian secara tidak rasmi dengan orang-orang yang berkuasa sama ada dalam bentuk membawa mereka pergi bermain golf, pergi ke kelab atau menginap di hotel yang hebat.

“Itu dimaksudkan dalam kos hiburan. Ia dianggap seolah kos pemasaran tetapi dinamakan kos hiburan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Zaharuddin yang juga Profesor Adjung Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di Universiti Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin berkata, penguatkuasaan dari segi aspek perundangan perlu dimulakan dengan cara menangkap golongan berpangkat tertinggi terlebih dahulu.

“Penguatkuasaan bukan hanya bercakap kosong tetapi penguatkuasaan yang menangkap jerung-jerung (golongan berpangkat tinggi) terlebih dahulu. Bukan setakat pilih-pilih sahaja,” kata beliau.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy