Banteras rasuah menerusi lukisan

0
1908

SHAH ALAM – Pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Normah, Daro, Sarawak mendapat tempat pertama bagi kategori Lukisan Komik pada Pertandingan Melukis Poster dan Lukisan Komik yang bertemakan ‘Putuskan Rantaian Rasuah’.

Menerusi pertandingan yang dianjurkan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf dan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK) itu, Aniqah Annuar, 17, membawa pulang wang tunai berjumlah RM400, baju eksklusif dan e-sijil manakala lima pemenang sagu hati bagi kategori itu membawa pulang wang tunai RM50 dan e-sijil.Aniqah berkata, lukisan komik yang dihasilkan itu adalah untuk mendidik generasinya dan masyarakat di luar sana mengenai tindakan yang sepatutnya dilakukan apabila berdepan aktiviti rasuah.

“Sesuatu yang saya mahu sampaikan adalah kalau kita ditawarkan rasuah, kita perlu menolaknya dan apabila menolak jangan kita biarkan.

“Sudah tentu kita perlu melaporkan kepada pihak berkuasa kerana jika tidak, pemberi rasuah akan terus mencari mangsa yang lain,” katanya selepas Majlis Pengumuman Pemenang Pertandingan Poster dan Lukisan Komik Banteras Rasuah yang disiarkan secara langsung menerusi platform Facebook Ikram-Musleh baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Presiden Ikram, Badlishah Sham Baharin, turut dihadiri Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Razuki A Rahim; Ketua Pasukan Petugas Masyarakat Progresif Ikram, Profesor Madya Ainullatfi Abdul Latif dan Pengarah Sekretariat Rasuah Busters, Norhayati Nordin.Sementara itu, Badlishah berkata, pertandingan secara dalam talian itu memberi ruang kepada remaja untuk mempersembahkan kreativiti mereka melalui lukisan dan penghasilan poster.

“Pertandingan ini berjaya merekodkan sebanyak 1,853 penyertaan dari seluruh negara dan sebanyak 1,555 (poster) dan 298 lukisan komik dihasilkan.

“Usaha mengiktiraf hasil bakat remaja ini akan melonjakkan lagi bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu dalam menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada remaja dan masyarakat,” kata beliau.

Bagi kategori Lukisan Poster (Tradisional), murid Tahun Empat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) North, Miri, Jacinda Liu Zhi Ying, 10, dipilih sebagai pemenang pertama.Dalam kategori Lukisan Poster (Digital) pula, tempat pertama dirangkul murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Brickfields 1, Kuala Lumpur, Qaseh Ainur Najwa Mohd Suffian, 12.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here