berita rasuah bustersBelajar ukur baju di badan sendiri

Belajar ukur baju di badan sendiri

SEREMBAN – Setiap individu disaran supaya belajar mengukur baju di badan sendiri bagi mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah rasuah.

Ketua Biro Ekonomi Pertubuhan Ikon Malaysia, Mohd Azli Senin berkata, apabila setiap individu tahu kemampuan diri sendiri, serta sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki, aktiviti rasuah tidak akan berlaku.

Menurut beliau, masyarakat sama ada golongan bawahan mahupun mereka yang berada di kelas atasan dapat menghindarkan diri daripada gejala rasuah jika mereka sentiasa bersyukur.

“Kunci hidup utama yang perlu kita pegang ialah sentiasa bersyukur dan selalu belajar mengukur baju di badan sendiri.

“Apa yang kita ada itulah kita gunakan, jangan terlalu kejar kemewahan di luar batasan dan kemampuan, kerana itu hanya akan menyebabkan kita menjadi seorang yang leka.

“Jika itu terjadi, kita akan sentiasa mencari peluang dan mendedahkan diri dengan rasuah, sama ada dari pihak luar, mahu pun kita sendiri yang akan meminta dan menerima rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Tegas beliau, aktiviti rasuah yang dianggap sebagai ‘najis’ dan sesuatu yang boleh merosakkan masyarakat perlu dibendung sejak awal persekolahan.

“Kalau kita dapat mendidik anak-anak tentang bahayanya najis rasuah itu, sudah pasti mereka tidak akan melakukan aktiviti ini pada masa akan datang,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy