berita rasuah bustersKempen antirasuah libatkan golongan muda

Kempen antirasuah libatkan golongan muda

SHAH ALAM – Kempen antirasuah perlu melibatkan murid dan golongan muda kerana pemikiran mereka masih belum terjejas.

Pengerusi Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN), Datuk Tan Yew Sing berkata, gabungan itu yang mempunyai lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memfokuskan kempen antirasuah kepada murid dan golongan muda dengan aktiviti dan kurikulum di sekolah serta institusi.

“Kempen ini juga mesti melibatkan semua kaum kerana kita tidak mempunyai masa lagi.

“Antara NGO yang terlibat adalah Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dong Zong, Jiao Zong dan beberapa pertubuhan lain,” katanya.

Beliau berkata, NGO juga mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dan pihaknya akan membuat perbincangan bagi melaksanakan pelan anti-rasuah itu.

“Macam Dong Zong, mereka mempunyai sekolah Cina swasta dan boleh merancang kurikulum mereka sendiri.

“Kalau boleh saya mungkin akan menggalakkan mereka mengambil kurikulum anti-rasuah sebagai satu nilai penting,” katanya.

Tambahnya, Malaysia telah lama terdedah dengan gejala rasuah dan diakui ia agak sukar untuk mengatasinya.

“Tapi kita kena buat sesuatu. Kalau kita tidak berbuat apa-apa, kita juga yang akan susah.

“Kalau kita lihat di Indonesia, Hong Kong dan China, negara mereka juga banyak kempen anti-rasuah,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurutnya, kempen Rasuah Busters juga tepat pada masanya kerana rasuah telah menjadi satu budaya buruk yang mempunyai impak kepada masyarakat.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here