berita rasuah bustersPas ucap tahniah kepada SPRM tangkap kartel tender kerajaan

Pas ucap tahniah kepada SPRM tangkap kartel tender kerajaan

SHAH ALAM – Pas konsisten membanteras amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam dan anggota penguat kuasa, bahkan pemimpin negara yang jelas perbuatan tersebut merosakkan negara.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, langkah membanteras rasuah juga perlu diberi perhatian serius dan diperangi sehingga ke akar umbi.

“Pas merakamkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah melumpuhkan sindiket kartel tender kerajaan yang dipercayai aktif sejak tahun 2014.

“Lebih mengecewakan, sindiket memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan mencecah RM3.8 bilion mendapat kerjasama daripada ‘orang dalam’ dengan memasukkan syarikat bagi proses mendapatkan tender mererusi sogokan rasuah,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, setiap individu tanpa mengira pangkat dan jawatan perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

“Setiap manusia yang diberikan tanggungjawab hendaklah ditanamkan dengan nilai integriti, bersikap jujur dan berprinsip agar dapat menguruskan kepercayaan orang lain terhadapnya dengan sempurna,” kata beliau.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin.

Menurut sumber, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juru ukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan ‘Bill of Quantity’ (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy