Pemimpin berintegriti jadi contoh terbaik

0
373

SHAH ALAM – Pemimpin perlu memainkan peranan dalam membendung gejala rasuah dengan menunjukkan sikap integriti dan amanah agar menjadi contoh terbaik kepada golongan bawahan mereka.

Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airport (Kesma), Hussin Shahar berkata, pemimpin tersebut bukan sahaja daripada golongan ahli politik, malahan semua ketua daripada sektor pekerjaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan.

Menurut beliau, semua ketua perlu ada integriti dalam diri mereka kerana melalui sikap ini, gejala rasuah sukar untuk berlaku dalam sesebuah organisasi.

“Pekerja juga akan berasa mudah dan selamat untuk melaporkan sekiranya terdapat kegiatan rasuah yang berlaku di persekitaran kerja,’’ katanya kepada Sinar Harian.

Jelas beliau, melalui pemimpin yang telus, setiap laporan tersebut akan diambil tindakan dengan dimajukan kepada pihak yang berkenaan.

Beliau menegaskan sesuatu perkara akan menjadi sukar apabila ketua atau majikan sendiri terlibat dengan rasuah. Ini katanya, akan menyebabkan pekerja menghadapi masalah untuk melaporkan sebarang perbuatan rasuah.

“Jika ini berlaku, maklumat identiti pelapor rasuah juga mudah dibocorkan. Ini sepatutnya perlu dielakkan,” tegas beliau.

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here