berita rasuah bustersPetanda tembok integriti dalam diri individu terlibat rasuah hancur

Petanda tembok integriti dalam diri individu terlibat rasuah hancur

SHAH ALAM – Kegiatan rasuah tidak hanya berlaku dalam lingkungan penguat kuasa dan badan beruniform sahaja sebaliknya ia boleh berlaku di semua peringkat organisasi.

Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Zaini Othman berkata, ramai yang seolah-olah menuding jari ke arah badan penguat kuasa apabila pihak yang diharapkan sebagai barisan hadapan dalam memerangi rasuah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Beliau berkata, senario itulah yang menjadikan rakyat rasa dikhianati.

“Terlibat dalam aktiviti rasuah sebagai pemberi atau penerima adalah petanda hancurnya tembok integriti dalam diri seseorang itu. Sedangkan integriti merupakan nilai asas dan fundamental kepada setiap manusia.

“Ia merupakan satu nilai universal yang diterima oleh semua pihak tanpa mengira sempadan agama, kepercayaan dan asal usul mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Zaini berkata, apabila membicarakan soal pendidikan integriti, beliau yakin bahawa ia mempunyai signifikan dengan institusi pendidikan tinggi (IPT).

“Universiti merupakan sektor penting dan kritikal dalam sistem pendidikan tinggi negara kerana ia berkait rapat dengan pembangunan dan wawasan negara,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy