berita rasuah bustersSyor gubal Akta Pembiayaan Politik

Syor gubal Akta Pembiayaan Politik

SHAH ALAM- Akta Pembiayaan Politik perlu digubal dan dilaksanakan dalam mengurangkan jenayah salah laku rasuah dalam Malaysia.

Pegawai Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir berkata, akta tersebut boleh mengawal kemasukan sumbangan dari luar kepada ahli politik.

“Akta ini akan mewujudkan sistem berkesan bagi pembiayaan politik meliputi bidang pentadbiran derma politik, perbelanjaan dan pendedahan pembiayaan politik, pembiayaan negeri bagi aktiviti politik serta hubungan antara politik dengan perniagaan.

“Dengan adanya akta ini, ia akan dapat menyelesaikan sebahagian isu rasuah negara kita yang melibatkan ahli-ahli politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Nazrul berkata, akta tersebut telah dicadangkan sebahagian ahli akademik dan tokoh-tokoh ternama sebelum ini untuk mengawal kemasukan wang kepada ahli politik menjelang pilihan raya.

“Parti politik memerlukan wang yang banyak khususnya untuk berkempen dan operasi sepanjang tempoh pilihan raya, tetapi bukan digunakan untuk membeli undi.

“Ia digunakan untuk contohnya wang deposit pencalonan, cetakan risalah, poster dan sebagainya. Untuk menampung kos itu, adakalanya mereka akan menerima sumbangan daripada individu persendirian dan badan-badan korporat.

“Sehinggakan boleh jadi ada antara individu ini yang menaja calon-calon pilihan raya dan parti politik dengan syarat membantu semula mereka jika menang kelak. Tanpa sedar, wujud unsur rasuah dalam kalangan ahli politik,” katanya.

Beliau berkata, undang-undang Malaysia dalam membasmi rasuah sudah memadai dilaksanakan kepada pesalah rasuah.

Bagaimanapun, katanya, penguatkuasaan yang dilakukan perlu tegas dan dilaksanakan tanpa mempunyai kepentingan diri sendiri.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy