berita rasuah bustersWujudkan pendidikan lebih serius didik belia benci rasuah

Wujudkan pendidikan lebih serius didik belia benci rasuah

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mewujudkan pendidikan yang lebih serius bagi mendidik belia dalam membenci rasuah.

Pengerusi Remaja Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Ifirdaus Ithanin berkata, ramai yang masih tidak tahu membezakan bagaimana rasuah bertindak dan berfungsi.

“Pendidikan tersebut perlu dilaksanakan bermula dari kanak-kanak sehingga di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Kesedaran dan pengetahuan berkenaan Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah dalam Perkhidmatan Awam juga perlu difahami dah ditelusi.

“Selain itu, kempen benci rasuah perlu diperkasakan dan disampaikan kepada semua masyarakat di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Iffirdaus berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diperkasakan dan dipertingkatkan fungsi mereka dalam menangani jenayah rasuah.

Menurutnya, birokrasi urusan pentadbiran di peringkat kerajaan perlu dikurangkan.

“Ini kerana banyak prosedur yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan sesuatu urusan sehingga menyebabkan perbuatan rasuah boleh berlaku.

“Penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan di tempat kerja terutama dalam sektor awam bagi memudahkan pihak pihak tertentu untuk mengawal gejala tersebut.

“Semua konsep yang baik perlu dijelaskan kepada pekerja supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini,” katanya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here