berita rasuah bustersHasil kajian rasuah dijalankan selaras dengan matlamat SDG

Hasil kajian rasuah dijalankan selaras dengan matlamat SDG

SHAH ALAM – Kajian yang dijalankan terhadap golongan mahasiswa mengenai isu rasuah bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Pensyarah Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, isu rasuah dan SDG sering kali dikaitkan dengan amalan pendidikan yang berkualiti.

“Jika di peringkat universiti kita sudah beri pendidikan berkualiti kepada mahasiswa dalam usaha membendung rasuah, maka ia akan beri hasil yang baik apabila mereka menceburi dunia pekerjaan,” katanya pada program Sinar Live pada Rabu.

Haliza berkata, generasi muda merupakan aset intelektual dalam membina sebuah negara.

“Jadi sebagai aset, kita akan memastikan golongan pemimpin pelapis ini bebas daripada rasuah.

“Kajian persepsi rasuah dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2003 juga mendapati 30.5 peratus daripada mahasiswa cenderung untuk melakukan atau menerima rasuah apabila ditawarkan.

“Manakala 15.7 peratus menyatakan berpengalaman dalam tingkah laku rasuah,” ujarnya.

Katanya, trend peningkatan peratus mahasiswa yang sanggup menerima rasuah juga dapat dilihat daripada Kajian Persepsi Awam Mengenai Rasuah di Malaysia (2013-2017) yang dilaksanakan oleh UKM pada 2012 dan 2015 serta UPM pada 2013, 2014 dan 2016.

“Melalui kajian terkini yang dijalankan tahun ini, kita akan lihat hasilnya nanti sama ada jumlah 30.5 peratus tersebut akan kekal, menaik atau menurun,” ujarnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here