berita rasuah bustersWujudkan gerakan antirasuah mahasiswa menerusi MPP

Wujudkan gerakan antirasuah mahasiswa menerusi MPP

SHAH ALAM – Sebagai langkah lebih holistik, institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara perlu mewujudkan gerakan atau biro khas berkaitan integriti dan antirasuah di bawah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Pensyarah Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Hanina Hamsan berkata, pencegahan rasuah dalam kalangan mahasiswa mesti bermula daripada pemimpin mahasiswa itu sendiri.

“MPP merupakan suara mahasiswa, berpengaruh dan penghubung antara golongan ini dengan pengurusan IPT.

“Ini membolehkan pelaksanaan program berkaitan pembudayaan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah dilaksanakan secara meluas serta menjadi keutamaan mahasiswa,” katanya ketika menjadi panelis program Sinar Live bertajuk ‘Hasil Kajian Persepsi Kecenderungan Tingkah Laku Rasuah Dalam Kalangan Mahasiswa’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Hanina berkata, pengukuhan integriti perlu diterapkan kepada siswazah yang bakal memegang jawatan pengurusan dan profesional di sektor awam serta eksekutif di sektor swasta.

“Mereka akan terlibat dalam tadbir urus dan perolehan awam yang merupakan antara bidang-bidang berisiko terhadap rasuah yang tersenarai dalam Semakan Separuh Penggal Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP).

“Pengukuhan integriti dalam kalangan siswazah perlu dilaksanakan dan kajian ini mendapati mahasiswa sangat menyokong Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR).

“Kajian ini juga menyokong usaha kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan SPRM menjadikan KIAR sebagai subjek elektif di semua IPT mulai September 2021 dan subjek wajib pada tahun 2023,” jelasnya.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy