berita rasuah bustersPendidikan akhlak sangat penting

Pendidikan akhlak sangat penting

SHAH ALAM – Persatuan agama Buddha sangat menitikberatkan nilai pendidikan akhlak antaranya integriti, kata Setiausaha Che Sui Khor atau Moral Uplifting Society, Stanley Wong Tzu Hyen.

Menurut beliau, integriti merupakan satu amalan bersikap jujur dan ia menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip, nilai moral dan etika yang kuat.

“Bayangkan kalau kita tidak memiliki sifat integriti. Apa yang akan terjadi kepada masyarakat dan negara kita. Seseorang yang menerima rasuah kebanyakannya menikmati kebaikan daripada orang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi tamak.

“Justeru, pendidikan akhlak dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah. Ini adalah kepercayaan Che Sui Khor,” katanya dalam program bertajuk ‘Interfaith Dialogue: Rasuah Menurut Perspektif Agama’ secara dalam talian pada Sabtu.

Turut menjadi panelis adalah Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (KDMRS Muslim), Nicholas Sylvester, Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Sabah State Council, Datuk Dr K Mathavan Karuppiah, Paderi St Joseph’s Catholic Church Papar, Sabah, Thomas Yip dan Pengarah Penatalayanan Southern Asia Pacific Division of Seventh-day Adventist, Jibil Simbah.

Program yang menampilkan lima tokoh agamawan dianjurkan KDMRS Muslim dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Gabungan Dakwah Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Gabungan NGO-NGO Islam Sabah (CONCERN), Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN), Sinar Harian dan Rasuah Busters.

Stanley berkata, pendidikan integriti itu juga penting dalam mewujudkan masyarakat yang gembira, aman dan selamat.

“Saya percaya ramai yang pernah melawat Singapura. Kita tahu Singapura adalah negara yang cemerlang di dalam Asia Tenggara. Kebanyakan yang bekerja di sana akan menetap dengan lebih lama kerana mereka berasa aman dan selamat.

“Kesimpulannya, integriti akan memberikan kita kesihatan fizikal dan mental sekali gus membawa kepada perkembangan untuk negara. Jadi, kalau kita mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam diri, maka budaya rasuah ini dapat dihapuskan,” katanya.

Sementara itu, Thomas berkata, setiap agamawan perlu meneruskan kepercayaan agama masing-masing dalam memastikan masyarakat tidak mengambil atau mendekati rasuah.

“Bila hati kita sudah bersih, kita dapat mewujudkan satu kehidupan yang lebih baik di sekeliling kita. Kita perlu ikut dengan ajaran agama yang diajari. Dengan berbuat demikian, kita dapat menyelesaikan masalah rasuah yang berlaku di negara,” katanya.

Thomas berkata, pihaknya mempunyai kepercayaan yang kuat kepada Tuhan Yesus kerana dikatakan dapat memberikan kebahagiaan dan ketenangan.

“Tuhan Yesus boleh mengubah kehidupan kami. Ini termasuklah dapat membantu kami menghindari daripada amalan yang buruk seperti rasuah. Justeru, kami percaya dan bergantung sepenuhnya kepadanya,” ujarnya.

INTERFAITH DIALOGUE

SEMUA DIJEMPUT HADIR! . Bersiaran Langsung di Facebook KDMRS Muslim bersama wakil-wakil Tokoh Agama. . Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/KDMRSMuslim . Tajuk : Rasuah Menurut Perspektif Agama Tarikh : 03 Julai 2021 (Sabtu) Masa : 8.00 – 10.00 malam Apaka.h itu rasuah? Apakah pandangan 5 agama terhadap rasuah? Apakah kesan rasuah kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara? . Persoalan yang kita akan rungkaikan bersama wakil-wakil tokoh dari 5 agama di Malaysia! . Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Paringkuanangan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre. . ——————————————————————– ANDA MENYUMBANG KAMI SAMPAIKAN ——————————————————————– Nama: PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA No. akaun: 1005 2010 1170 95 Bank akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD . Ikuti kami di: 1. Facebook | https://www.facebook.com/KDMRSMuslim 2. Website | https://momogunmuslim.org/ 3. Instagram | https://www.instagram.com/kdmrs_muslim/ 4. TikTok | https://www.tiktok.com/@kdmrs_muslim?lang=en 5. Youtube | https://www.youtube.com/channel/UCY9n-4IYWUFQ4LBaMDI0n7g 6. Telegram | https://t.me/joinchat/nopbCBLphIFmZmVl 7. Hotline whatsapp | wa.me/601114979037 / wa.me/601158549404 8. Email | [email protected] . [ Maju, Makmur, Sejahtera ] #PKDMMS #KDRMSMuslim #MomogunMuslim

Posted by KDMRS Muslim on Saturday, July 3, 2021

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Generated by Feedzy