berita rasuah bustersAgamawan benteng pertama lindung masyarakat daripada rasuah

Agamawan benteng pertama lindung masyarakat daripada rasuah

SHAH ALAM – Agamawan merupakan benteng pertama melindungi rakyat daripada amalan rasuah yang merosakkan kehidupan rakyat dan negara.

Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (KDMRS Muslim), Nicholas Sylvester berkata, ahli agama merupakan individu dan kumpulan masyarakat yang berperanan besar dalam meletakkan nilai asas kepada penganut agama masing-masing.

“Mereka yang meletakkan asas kehidupan untuk penganut agama mereka dengan mengajarkan untuk membezakan antara yang halal dan yang haram, yang boleh dan yang tidak boleh serta yang baik dan tidak baik.

“Kalau agamawan kita tidak dapat meletakkan asas yang baik kepada penganut agamanya, maka kita sudah gagal di benteng yang pertama,” katanya dalam program ‘Interfaith Dialogue: Rasuah Menurut Perspektif Agama’ secara dalam talian pada Sabtu.

Program tersebut yang disertai agamawan daripada pelbagai kepercayaan dianjurkan oleh KDMRS Muslim dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Gabungan Dakwah Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Turut bersama menjayakan program tersebut ialah Gabungan NGO-NGO Islam Sabah (CONCERN), Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN), Sinar Harian dan Rasuah Busters.

Antara panelisnya ialah Setiausaha Che Sui Khor atau Moral Uplifting Society, Stanley Wong Tzu Hyen, Pengarah Penatalayanan Southern Asia Pacific Division of Seventh-day Adventist, Jibil Simbah, Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Sabah State Council, Datuk Dr K Mathavan Karuppiah dan Paderi St Joseph’s Catholic Church Papar, Sabah, Thomas Yip.

Nicholas berkata, amalan rasuah sememangnya sesuatu yang dilarang dan diharamkan di dalam hukum dan perspektif agama Islam dengan bersandarkan kepada al-Quran, sunnah dan juga fatwa.

“Mengikut pandangan Islam, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi mengatakan termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah.

“Ia termasuk wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai supaya mereka menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya atau merugikan lawannya mengikut kemahuannya.

“Perlakuan rasuah itu juga dikatakan merangkumi sebarang sogokan wang supaya didahulukan atau ditunda urusannya kerana sesuatu kepentingan dan sebagainya,” ujarnya.

Sementara itu, Dr K Mathavan berkata, dalam menangani masalah rasuah, ajaran hinduisme menetapkan empat kategori sikap yang perlu diamalkan penganutnya iaitu kebolehpercayaan, keikhlasan, konsisten dan integriti.

“Seseorang yang boleh dipercayai itu bermakna individu tersebut secara semulajadinya perlu konsisten dengan sikapnya, manakala ikhlas pula bermaksud bersikap benar dalam pemikiran. Ini bermakna kita perlu mengamalkan sikap yang baik secara konsisten.

“Integriti pula bermaksud seseorang itu tetap teguh kepada nilai moral dan kepercayaan yang dianutinya meskipun ditekan oleh anasir luar yang tidak baik,” ujarnya.

Dr K Mathavan berkata, kepercayaan agamanya juga percaya bahawa mereka yang mereka yang mengamalkan rasuah akan sentiasa ditimpa dengan kesedihan dan sukar untuk mendapatkan kebahagiaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, berbanding ahli politik, agamawan dilihat berpotensi untuk memainkan peranan yang lebih penting dalam usaha membantu masyarakat menangani rasuah.

“Kenapa tidak kita (ahli agama) merancang bersama dan melakukan kajian serta mengembangkan satu strategi untuk memastikan masyarakat hidup berdasarkan kepada nilai yang betul.

“Kita perlu memikirkan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh penganut agama masing-masing untuk melawan rasuah,” ujarnya.

INTERFAITH DIALOGUE

SEMUA DIJEMPUT HADIR! . Bersiaran Langsung di Facebook KDMRS Muslim bersama wakil-wakil Tokoh Agama. . Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/KDMRSMuslim . Tajuk : Rasuah Menurut Perspektif Agama Tarikh : 03 Julai 2021 (Sabtu) Masa : 8.00 – 10.00 malam Apaka.h itu rasuah? Apakah pandangan 5 agama terhadap rasuah? Apakah kesan rasuah kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara? . Persoalan yang kita akan rungkaikan bersama wakil-wakil tokoh dari 5 agama di Malaysia! . Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Paringkuanangan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre. . ——————————————————————– ANDA MENYUMBANG KAMI SAMPAIKAN ——————————————————————– Nama: PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA No. akaun: 1005 2010 1170 95 Bank akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD . Ikuti kami di: 1. Facebook | https://www.facebook.com/KDMRSMuslim 2. Website | https://momogunmuslim.org/ 3. Instagram | https://www.instagram.com/kdmrs_muslim/ 4. TikTok | https://www.tiktok.com/@kdmrs_muslim?lang=en 5. Youtube | https://www.youtube.com/channel/UCY9n-4IYWUFQ4LBaMDI0n7g 6. Telegram | https://t.me/joinchat/nopbCBLphIFmZmVl 7. Hotline whatsapp | wa.me/601114979037 / wa.me/601158549404 8. Email | [email protected] . [ Maju, Makmur, Sejahtera ] #PKDMMS #KDRMSMuslim #MomogunMuslim

Posted by KDMRS Muslim on Saturday, July 3, 2021

INTERFAITH DIALOGUE

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here