berita rasuah bustersRasuah boleh timbulkan keburukan, kemurkaan Tuhan

Rasuah boleh timbulkan keburukan, kemurkaan Tuhan

SHAH ALAM – Agamawan Kristian menjelaskan bahawa golongan yang terlibat dengan rasuah boleh menimbulkan keburukan dan kemurkaan Tuhan.

Pengarah Penatalayanan Southern Asia Pacific Division of Seventh-day Adventist, Jibil Simbah berkata, pihaknya memegang satu ketetapan berdasarkan kitab Taurat yang mana ia meliputi tiga kategori berkaitan rasuah.

“Yang pertama, mereka yang memberikan perkhidmatan. Kedua, mereka yang menerima sogokan. Dalam kitab Taurat biasanya hakim bertindak dengan cara yang tidak adil iaitu untuk memutarbelitkan keadilan.

“Ketiga, mereka menjadi mangsa di atas perbuatan yang tidak bermoral,” katanya dalam program bertajuk ‘Interfaith Dialogue: Rasuah Menurut Perspektif Agama’ secara dalam talian pada Sabtu.

Turut menjadi panelis adalah Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (KDMRS Muslim), Nicholas Sylvester; Pengerusi Malaysia Hindu Sangam Sabah State Council; Datuk Dr K Mathavan Karuppiah; Setiausaha Che Sui Khor atau Moral Uplifting Society, Stanley Wong Tzu Hyen dan Paderi St Joseph’s Catholic Church Papar, Sabah, Thomas Yip.

Program yang menampilkan lima tokoh agamawan itu dianjurkan oleh KDMRS Muslim dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Gabungan Dakwah Malaysia, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Gabungan NGO-NGO Islam Sabah (CONCERN), Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Malaysia (ACCIN), Sinar Harian dan Rasuah Busters.

Mengulas lanjut beliau berkata, sesiapa yang mencari keuntungan yang tidak halal boleh menghancurkan keluarganya sendiri.

“Manakala sesiapa yang membenci wang sogokan pula akan hidup bahagia,” katanya memetik tulisan Nabi Sulaiman AS dalam kitab Taurat.

Sehubungan itu, katanya, individu yang mengisi tangannya dengan rasuah dikategorikan sebagai penjahat, malah membawa malapetaka kepada dirinya.

Ujar beliau, keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mengenai keburukan rasuah.

“Dalam masyarakat, keluarga adalah unit dasar. Keluarga sangat penting di mana kita perlu menitikberatkan ajaran yang baik termasuklah mencegah atau mengajar bahawa rasuah ini salah dan tidak baik.

“Selain itu, pemimpin juga perlu menjadikan ‘role model’ kepada rakyat dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Sekiranya amalan ini tidak diperbaiki, maka ia akan terus berleluasa sekali gus menjejaskan imej negara,” katanya.

INTERFAITH DIALOGUE

SEMUA DIJEMPUT HADIR! . Bersiaran Langsung di Facebook KDMRS Muslim bersama wakil-wakil Tokoh Agama. . Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/KDMRSMuslim . Tajuk : Rasuah Menurut Perspektif Agama Tarikh : 03 Julai 2021 (Sabtu) Masa : 8.00 – 10.00 malam Apaka.h itu rasuah? Apakah pandangan 5 agama terhadap rasuah? Apakah kesan rasuah kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara? . Persoalan yang kita akan rungkaikan bersama wakil-wakil tokoh dari 5 agama di Malaysia! . Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Paringkuanangan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre. . ——————————————————————– ANDA MENYUMBANG KAMI SAMPAIKAN ——————————————————————– Nama: PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA No. akaun: 1005 2010 1170 95 Bank akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD . Ikuti kami di: 1. Facebook | https://www.facebook.com/KDMRSMuslim 2. Website | https://momogunmuslim.org/ 3. Instagram | https://www.instagram.com/kdmrs_muslim/ 4. TikTok | https://www.tiktok.com/@kdmrs_muslim?lang=en 5. Youtube | https://www.youtube.com/channel/UCY9n-4IYWUFQ4LBaMDI0n7g 6. Telegram | https://t.me/joinchat/nopbCBLphIFmZmVl 7. Hotline whatsapp | wa.me/601114979037 / wa.me/601158549404 8. Email | [email protected] . [ Maju, Makmur, Sejahtera ] #PKDMMS #KDRMSMuslim #MomogunMuslim

Posted by KDMRS Muslim on Saturday, July 3, 2021

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here