berita rasuah bustersKerajaan PN perlu mendahului cegah rasuah

Kerajaan PN perlu mendahului cegah rasuah

SHAH ALAM – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu tegas dan menjadi pendahulu dalam menangani amalan rasuah yang telah lama ‘bertapa’ dalam sistem kerajaan.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli berkata demikian mengulas mengenai berita tangkapan kumpulan atau kartel pada Ahad yang menjadi monopoli tender kerajaan melibatkan jumlah mencecah RM 3.8 billion yang berlaku sejak tahun 2014.

Menurutnya, tangkapan tersebut membuka mata rakyat bahawa amalan rasuah memberi kesan negatif yang besar dalam pembangunan negara.

Malah, katanya, ia boleh merencat segala kerja pembangunan dengan menghasilkan projek yang tidak berkualiti daripada hasil suapan kepada kaki rasuah.

“Tangkapan ini mungkin permulaan kepada kebongkaran banyak lagi amalan rasuah yang melibatkan projek-projek tender kerajaan, apatah lagi amalan ini berlaku terlalu lama.

“Inilah masanya kerajaan PN mempamerkan kualiti pentadbiran yang bebas rasuah melalui para menteri dan timbalan menteri yang kini menjadi mata perhatian rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Sementara itu, Hanafi berkata, pihaknya sedia untuk mendukung segala tindakan terhadap usaha membasmi gejala rasuah dalam kalangan ahli-ahli politik, kakitangan pentadbiran kerajaan dan kartel rasuah yang merosakkan negara.

Ujarnya, pihaknya juga bersedia menjadi pendahulu dalam apa juga program penerangan yang mampu mewujudkan sebuah sistem yang mencegah rakyat daripada terlibat dalam aktiviti rasuah.

Terkini

Artikel Berkaitan

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here